Showing posts with label SUKAN. Show all posts
Showing posts with label SUKAN. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Belum pun liga malaysia bermula, FAM sudah buat hal. Bermula dengan tindakan mengenakan pergantungan kepada jurulatih Kelantan B.Sathiathan selama 6 bulan, hukuman kedua dikenakan kepada Kelantan adalah berkaitan dengan kemungkinan tidak dapat beraksi menentang Selangor untuk Piala Sumbangsih 29 Januari ini. Ini kerana KAFA perlu mendapatkan seorang jurulatih yang ade Kelas A untuk mengendalikan pasukan..

Apa MASALAH FAM sebenarnya nie..kenapa bila berkaitan dengan pasukan Kelantan ada saja yang tidak kena..apa motif anda semua terutama S/U Aizuddin dan Naib Presiden Hamidin..adakah korang takut akan kebangkitan pasukan Kelantan or anda berdua DENGKI kerana The Red Warriors mendapat penajaan bernilai jutaan ringgit..

Berkaitan dengan kes pergantungan coach Sathiathan, kenapa perkara ini tidak dilakukan terlebih awal. Habis je Piala Malaysia, kenapa tak terus wat siasatan n jatuhkan hukuman..Kenapa perlu sehingga Liga Malaysia 2011 nak bermula baru nak jatuhkan hukuman.tu pun 5 hari sebelum game bermula..lepas tu nk kena cari pengganti Sathiathan dalam tempoh tersebut..ini kerja GILA...

Apa salah sathiathan sehingga dihukum sebegitu sekali..Komen beliau mengenai jadual perlawanan yang padat hukumannya gantung 6 bulan.???npe kes2 yang lain tidak diambil tindakan tegas..kes anuar baharom menghantuk kepala pe cte???kes penyokong (bkn pnyokong Kelantan) melempar batu jongkong ke dlm stadium pe cte???

Kalu begini la sikap pengurusan FAM sampai bila-bila pun bola sepak Malaysia tidak kemana. Sejujurnya biarlah orang yang pegang pengurusan bola sepak tau tentang bola sepak..Jangan dilibatkan politiking seandainya mahu bola sepak kita maju setanding dengan Korea dan Jepun...

Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH...

Pujian itu diberikan kepada semua player,jurulatih n pegawai Malaysia yang telah berusaha supaya pasukan bola kita menjadi Juara Piala Suzuki AFF untuk kali pertama sejak piala ini dilancarkan 14 tahun dulu..

Syabas untuk penjaga gol malaysia aka Kelantan,Khairul Fahmi Che Mat yang telah beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pihak lawan selama perlawanan ini berlangsung..

Tidak lupa kepada gandingan pemain pertahanan negara yang rata-rata masih muda sekitar 21 tahun yang menunjukkan kematangan menangkis gerakan-gerakan bahaya pihak lawan..(Mahali, Sabree Abu, Fadli Shas, Muslim Ahmad, Asaruddin Putra Omar)

Ditambah dengan strategi pemain-pemain tengah yang mengawal serta mengumpan permainan supaya menjadikan perlawanan begitu seronok ditonton serta gerakan pantas yang mampu menghasilkan gol..(Amirul Hadi, Asshari Shamsuddin, S Kunalan, Safiq Rahim, Amri Yahyah)

Rangkaian 2 penyerang terhebat negara setakat ini Nor Shahrul Idlan Talaha & Safee Sali menjadikan pasukan kita begitu menyengat bila menentang musuh..Penyudah yang berkesan serta gerakan gelecek yang dipamerkan 2 penyerang hebat ini membuktikan bahawa sememangnya MALAYSIA layak digelar juara baru asia tenggara..

Apa-apa pun perjalanan bola sepak kita baru bermula..Jadikan 2010 sebagai permulaan dan 2011 sebagai pemangkin untuk kita menempah lebih banyak lagi kejayaan.. Kita juga berharap sokongan kepada pasukan kita biarlah berterusan yakni jangan kita sokong bila pasukan kita menang sahaja tapi biarlah walaupun kita tewas,sokongan padu tetap pada pasukan kita..

Sekali lagi tahniah...tahniah..tahniah..

Sunday, December 19, 2010

SR & BB bukan milik Kelantan

SAH
Safiq Rahim(SR) & Badrol Baktiar(BB) tidak sertai pasukan Red Warriors tahun depan..mungkin tiada jodoh tuk tahun 2011..ekekeke....

Pepun perjuangan akan diteruskan.Semoga pasukan Red Warriors terus berjaya untuk tahun 2011..

~GOMO KELATE GOMO~



p/s:TAHNIAH tuk pasukan MALAYSIA kerana layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010.Semoga kejayaan menjadi milik kita nanti..AMIN..

Thursday, December 16, 2010

Safiq Rahim & Badrol Baktiar ke KELANTAN????

Desas-desus mengatakan 2 pemain (antara pemain terbaik negara) akan menyertai pasukan The Red Warriors akan terjawab petang ini.Ini kerana semalam adalah hari terakhir untuk pendaftaran pemain.Tetapi siapakah 2 pemain itu.???

Diberitakan bahawa Safiq Rahim & Badrol Baktiar akan menyertai pasukan kita.Namun berita itu belum dapat dipastikan sehingga 1 pengumuman pemain akan diberitahu kelak oleh Presiden KAFA,Tan Sri Anuar Musa.Kita berharap kalau berita ini betul dan sahih,penyokong2 Red Warriors pasti gembira setelah kita kehilangan 3 tonggak iaitu indra,farhan n azizi..

Sekarang ini yang pasti menyertai pasukan kita adalah Khalid Jamlus,Wan Rohaimi,Nurul Azwan Roya,Solehin Kanasiah@K.Soley dan Aziz Ismail.Dan seandainya dua pemain hebat tersebut akan beraksi bersama pasukan kita,insyallah peluang kita untuk meraih 3 piala musim depan akan terlaksana(harap2nya..amin)..

Pepun kita tunggu pengesahan Presiden KAFA petang ini..

Monday, December 13, 2010

Sudah terang lagi bersuluh

SAH....itulah gambaran yang dapat dibuat bila 3 pemain kesayangan The Red Warriors (indra,farhan & azizi) menyatakan hasrat untuk bermain dengan pasukan T-Team untuk Liga Super 2011. Walaupun pengesahan dari pihak T-Team telah menyatakan bahawa 3 pemain ini akan beraksi bersama pasukan mereka musim depan,namun status pemain-pemain ini masih dikira belum terjawab. Ini kerana menurut pihak Pengerusi Jawatankuasa Pemain, YB Dato Takiyudin, mereka bertiga MUNGKIN akan digantung untuk 1 musim sekiranya ada perkara yang tidak diselesaikan semasa proses pengambilan pemain.

Bila dibaca dari dua-dua pihak (KAFA & T-Team), saya merasakan episod ini akan lebih berlanjutan sekiranya tiada kata putus dari kedua-dua pihak.Oleh itu kita berharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Kepada pihak KAFA,saya merasakan tiada guna lagi kita berharap pada yang tidak sudi bermain dengan pasukan kita. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka tidak mahu kekal bersama pasukan yang memenangi gelaran Piala Malaysia buat kali pertama.

Pepun kita sebagai penyokong The Red Warriors akan terus menyokong pasukan kita untuk selamanya..


~Sokongan kita bukan ketika menang sahaja tapi zaman-berzaman~

~GOMO KELATE GOMO~

Saturday, December 4, 2010

~ Gege Riuh ~

Gegak gempita tentang kem bola sepak kelantan...apa tidaknya selepas kejayaan meraih kejuaraan piala malaysia untuk kali pertama sehingga perarakan piala dipolitikkan,kini pula bising mengenai perpindahan pemain..

Sebagai seorang peminat bola sepak kelantan,seharusnya perkara2 begini tidak perlu diperbesarkan..sudah menjadi lumrah pemain bola sepak untuk menukar haluan masing2 apabila sudah merasakan kepuasan bermain untuk satu2 pasukan.begitu juga dengan tindakan farhan,indra n azizi yang mahu meninggalkan paukan The Red Warriors..sepatutnya bagi pihak KAFA terutama Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa tidak melatah dalam soal ini..tidak perlu memberitahu bahawa pemain2 ini lupa diri or kita mengangkat mereka mnjadi bintang..secara tidak langsung semacam kita tidak menghargai penat lelah mereka selama ini yang berkorban sehingga kita berjaya mendakap Piala Malaysia tahun ini..

Bagi saya,biarkan lah mereka pergi jika mereka mahu..mungkin mereka ada sebab tertentu yang memungkinkan mereka mahu pergi dari pasukan ini.namun jangan kita lupa juga jasa dan pengorbanan mereka..jangan sampai mereka pula bersuara yang suatu hari nanti akan menampakkan keburukan pihak KAFA pula..sebagai contoh hari ini(4/12/10) akmal rizal telah memberitahu tentang bonus yang dijanjikan oleh pihak KAFA belum dapat sedangkan pemain2 lain sudah dapat..(sila rujuk akhbar Kosmo)..jgn nanti keluar pula pihak KAFA tidak membuat pembayaran KWSP,isu gaji dll..ini yang kita tidak mahu dengar..

Buat penyokong2 The Red Warriors, kita terima hakikat yang mungkin mereka ini tidak lagi bersama pasukan kita lagi tahun depan seadanya..mungkin dgn perginya mereka ini,akan membuatkan pemain2 muda kita menjadi lebih hebat jika diberi banyak peluang..mungkin lebih hebat dari mereka..kita tgk saja contoh pasukan MU bilamana cristiano ronaldo pergi,pemain2 muda seperti nani,anderson,oberton mula naik dan MU still hebat..ini semangat yg kita mahu..kita sokong pasukan bukan kerana pemain tetapi kerana nama pasukan kita KELANTAN..

Pepun terima kasih kepada indra,farhan,azizi,akmal,hairuddin serta syed adney diatas jasa dan pengorbanan anda semua sehingga pasukan kita mendakap Piala Malaysia 2010..

Monday, October 25, 2010

Final Piala Malaysia 2010 - KELANTAN vs N9




Alhamdulillah..hari sabtu nie 30/10/10 kemuncak bola sepak Piala Malaysia 2010 diantara pasukan Kelantan dan Negeri Sembilan. Ini juga merupakan ulangan perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 diantara pasukan yg sama.Game itu dimenangi oleh Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1. [harap tahun ini keputusan ini akan diterbalikkan..kelate 3 n9 1]..AMIN...

Namun itu adalah sejarah lalu yang ingin dilupakan oleh pemain2 dan juga penyokong2 The Red Warriors.Mengikut statistik perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini, untuk liga Super lebih berpihak kepada pasukan Kelantan dimana 1 mng dan 1 seri. Namun untuk Piala Malaysia dimana kedua-dua pasukan ini didalam kumpulan yang sama iaitu kumpulan A, ia lebih berpihak kepada pasukan Negeri Sembilan dimana 1 mng dan 1 seri.

Oleh itu,perlawanan akhir ini nanti semestinya dijanjikan dengan perlawanan yang menarik juga kerana Kelantan merupakan Naib Juara Liga Super 2010 manakala Negeri Sembilan merupakan Juara Piala FA 2010.

Pasukan mana yg akan menjadi Juara Piala Malaysia 2010???sama2 kita nantikan diantara Kijang atau Rusa..

GOMO KELATE GOMO

HOBEN JANG HOBEN


p/s: gambar sekitar perlawanan akhir Piala Malaysia 2009


harap dapat dakap piala sebenar tahun nie


bersama sepupu diluar SBJ


penyokong2 TRW di LRT Bukit Jalil


sebelum memasuki stadium


sebahagian 80,000 penyokong TRW


pemain Kelantan tengah memanskan badan


Friday, February 26, 2010

Rooney Dalam Pembikinan


Rooney setaraf Messi, Ronaldo


Pengurus England iktiraf 3 penyerang

LONDON: Fabio Capello melabelkan Wayne Rooney selaku antara tiga pemain terbaik dunia ketika ini apabila pengurus England itu meletakkan penyerang Manchester United itu sebaris dengan Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Lionel Messi (Barcelona).

"Rooney, Messi bersama Cristiano Ronaldo adalah pemain muda yang dapat memikat mana-mana pasukan.


"Rooney adalah luar biasa, dia ada bakat dan kesungguhan. (Alex) Ferguson sudah banyak menggilapnya dan saya hanya perlu memantapkan lagi persembahannya," kata Capello.

Pengendali berbangsa Itali itu berkata penyerang yang sudah menyumbang 28 gol itu kini diminta memberi tumpuan kepada gempuran dalam kotak penalti.

"Perpindahan Ronaldo dari Manchester menjadikan Rooney lebih bertanggungjawab dan dia kini banyak terbabit dalam permainan," katanya.

Namun, prestasi Rooney belum lagi menamatkan harapan rakan sepasukan United, Michael Owen untuk dipanggil semula.

"Mereka mahu saya memilih Owen kerana dia penjaring terbaik sepanjang zaman. Tapi saya tidak boleh memilihnya jika dia tidak bermain kerap." - Agensi


SUMBER: bharian

Friday, January 8, 2010

Liga Malaysia 2010 bermula


Esok bersamaan 9 Januari 2010 akan bermulalah Liga Malaysia 2010. Perlawanan akan dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih diantara pasukan Negeri Sembilan (juara Piala Malaysia 2009) dengan pasukan Selangor (juara Piala FA 2009). Antara perlawanan yang juga ditunggu oleh kawe adalah tentunya perlawanan pasukan THE RED WARRIORS (Kelantan) bertemu Terengganu di Stadium Terengganu. Kawe harap biarlah perlawanan esok berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Cik Siti Wan Kembang.

Setelah kecewa sebagai naib juara (Piala Malaysia & Piala FA) tahun lepas, harapnya pasukan ini dapat meraih satu kejuaraan pada tahun ini. Dilengkapi dengan pemain-pemain baru yang berpengalaman antaranya Akmal Rizal,Hairuddin Omar, Norshahrul Idlan Talaha dan dibantu oleh pemain-pemain senior (Indra Putra,Badri Razi,Nor farhan) diharapnya tahun ini tahun gemilang untuk pasukan Kelantan. Nanti sama-samalah kita memberi sokongan kepada pasukan kita.Dan diharapkan tiada lagi kejadian rusuhan @ keganasan yang dicetuskan oleh penyokong-penyokong kita.

Sebagai permulaan Liga Super tahun ini, kawe nak upload gambar sekitar perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang berkesudahan Kelantan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan.Semoga ia tidak akan terjadi lagi kepada pasukan RED WARRIORS.



GOMO KELATE GOMO




Penyokong Fanatik



Lautan Merah @ LRT Bukit Jalil


Barisan Pemain Final Piala Malaysia 2009


Keberangkatan YAM Tengku Faris Petra (Tengku Mahkota)


Fasha Sanda pun sokong Kelantan..hihi


Gomo Kelate Gomo


Asap hasil dari mercun


Penyokong Setia


Kawe duk tingkat 2 masa game nie..



Wajah2 kekecewaan

Friday, December 25, 2009

Persiapan RED WARRIORS menjelang 2010


AKSI penyerang baru Kelantan, S. Chanturu (kiri) pada perlawanan persahabatan menentang T-Team di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.


SELEPAS mencatat satu keputusan seri dan dua kekalahan dalam siri perlawanan persahabatan menentang tiga kelab handalan Liga Super Thailand di Bangkok baru-baru ini, skuad Kelantan meneruskan misi memperkemas barisan sedia ada menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Malam kelmarin, skuad kendalian B. Sathianathan itu mencipta kemenangan sulung dalam aksi persahabatan selepas menang 2-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Norfarhan Mohamad dan penyerang baru, S, Chanturu masing-masing meledak satu gol buat skuad Wira Merah.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat ramalan terhadap keupayaan Kelantan bagi mengharungi musim 2010 nanti.

Sathianathan nampaknya menggunakan kesempatan dalam siri perlawanan persahabatan ini untuk mencuba kesemua barisan pemainnya.

Beliau kini menjadi orang yang paling pening bagi mencari gandingan terbaik memandangkan skuad kendaliannya memiliki ramai pemain berstatus bintang.

Bagaimanapun, gandingan Chanturu dan seorang lagi penyerang baru, Norshahrul Idlan Talaha dilihat memerlukan sedikit lagi masa sebelum mereka mampu membentuk kombinasi terbaik.

Kehadiran Shakir Shaari juga bakal menambah kekuatan Kelantan di bahagian tengah, namun bekas pemain UPB My-Team itu perlu lebih bekerja keras.

Di posisi pertahanan, Azizi Mat Rose dianggap cukup berpengalaman mengendalikan benteng Kelantan bersama Daudsu Jamaluddin.

Syed Adney Syed Hussein yang akan menggantikan Halim Napi pula perlu memperbaiki beberapa kelemahan andai mahu menjadi penjaga gol utama Kelantan musim depan.



Sumber: KOSMO Online

Monday, December 21, 2009

Terkini Pasukan RED WARRIORS



Perlawanan Persahabatan
KELANTAN vs T-Team

23/12/09 8.45 pm

Stadium Sultan Muhammad ke-4

Live di Gegar FM dan Kelate.net



Senarai pemain Kelantan 2010 (dlm kurungan no jersi)

Syed Adney Syed Hussein ( 1 )
Azizi Mat Rose ( 2 )

Subramaniam a/l Sooryapard ( 3 )

Khairan Eroza Razali ( 5 )

Mohd Farisham Ismail ( 6 )

Mohd Nizad Ayub ( 7 )

Mohd Shakir Shaari ( 8 )
Norshahrul Idlan Talaha ( 9 )
Mohd Nor Farhan Muhammad ( 10 )
Cik Hisammudin Hassan ( 11 )

Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin ( 12 )

Chanturu a/l Suppiah ( 13 )

Akmal Rizal Ahmad Rakhli ( 14 )
Mohd Daudsu Jamaludin ( 15 )
Mohd Badhri Mohd Radzi ( 16 )
Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid ( 17 )
Wan Zaman Wan Mustapha ( 18 )
Zul Yusri Che Harun ( 19 )

Hairuddin Omar ( 20 )
Sarudy Aziz ( 21 )

Mohd Shahrizan Ismail ( 22 )
Indraputra Mahayuddin ( 23 )

Zairul Fitree Ishak ( 24 )

Mohd Halim Napi ( 25 )
Khairul Fahmi Che Mat ( 30 )



Jadual Liga Super 2010 Pasukan Kelantan





Friday, December 18, 2009

Penantian 20 Tahun Berakhir


Tahniah pasukan bola sepak Malaysia
Penantian 20 tahun akhirnya dileburkan
Walaupun dengan kemenangan tipis 1-0 keatas Vietnam
Namun komitmen pemain serta kesungguhan yg ditunjukkn
Amat-amat membanggakan
Pingat Emas bola sepak sukan sea setelah 20 tahun

MALAYSIA BOLEH

Monday, November 9, 2009

KELATE: Menang Dalam Kalah

MENGECEWAKAN...Itulah yg dapat ambo luahkan pada kekalahan Kelantan malam Sabtu lalu..Serba-serbi tidak menjadi..Dari segi pemain,penyokong,peminat dll..Kita menerima kekalahan itu namun permainan pemain2 Kelantan amat mengecewakan.Tidak seperti perlawanan akhir piala FA semasa bertemu Selangor dimana semangat juang pemain begitu tinggi..Walaupin tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan namun pasukan Kelantan tetap menang..Kalau nak tau kenapa??Baca seterusnya..

Disini ambo akan bgitau sbb2 pasukan Kelantan kalah dan menang menurut pandangan ambo sendiri..Kita mulakan dengan KEKALAHAN:

1. Percaturan yg tidak kena dari jurulatih bila meletakkan Farhan sbgai midfield sedangkan beliau pemain penyerang.Dan jg memasukkan Farisham (jersi no 9) sebagai pemain penyerang pada awal2 game. Sepatutnya memasukkan Che Hisamuddin.

2. Pemain-pemain berasa gugup bila bermain dihadapan lebih 70 ribu penyokong RED WARRIORS terutama pemain-pemain yg 1st time main final.

3. BOMOH..Sebelum perlawanan bermula kira2 sejam sblum start game, pemain2 n pegawai2 N9 ade masuk ke dlm stadium untuk melihat kdaan dalam stadium ketika itu. Namun ade beberapa pegawai N9 kelihatan berkeliaran di keliling gol Kelantan dan ade orang melihat pegawai tersebut mencurahkan air di pintu gol Kelantan. (sape2 ade gmbr or video ketika perkara tu berlaku,harap leh tunjukkan)

4. Pemain2 Negeri Sembilan dapat menguasai bola dan mendapat gol awal.



KEMENANGAN...

1. MENANGgung kekalahan..Itu sudah pasti..hehe

2. MENANGgung malu atas sikap segelintir penyokong2 yg membuat kacau didalam stadium seperti membakar kerusi n membaling mercun kepada pihak polis.

3. Menang sorak kerana hampir 3/4 stadium dikuasai oleh penyokong2 RED WARRIORS n N9 hanya 1/9 je..Bergema sorakan GOMO KELATE GOMO..namun bila N9 score gol pertama terus senyap hingga game tamat...


Pepun TAHNIAH RED WARRIORS kerana berjaya melangkah ke final Piala Malaysia setelah hampir 40 tahun tak dapat masuk final..Kalau dikira,pasukan Kelantan antara pasukan yg paling berjaya tahun ini kerana walaupun kali pertama dapat masuk Liga Super namun dapat masuk final 2 kali yakni final Piala FA n Piala Malaysia..Ini adalah musim kebangkitan pasukan Cik Siti Wan Kembang ini..Harapnya tahun hadapan kita dapat memperoleh kejayaan yang lebih bermakna...Adiosss....


GOMO KELATE GOMO


p/s: Gambar2 sekitar perlawanan akhir akan diupload kemudian..

Friday, November 6, 2009

Indra : Pemain Paling Bernilai

AYAM tambatan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Lebih membanggakan apabila Indra turut diumumkan sebagai Penyerang Terbaik.

Kejayaan itu pastinya memberi suntikan semangat buat Indra, 28, menjelang final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

"Satu penghargaan dapat memenangi anugerah ini dan ia secara tidak langsung memberi lonjakan semangat kepada saya menjelang final Sabtu ini," kata Indra yang pernah beraksi untuk Perak, Pahang dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan musim ini.

Selaku penerima anugerah Pemain Paling Bernilai, Indra merangkul trofi serta hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Bagaimanapun, Indra diwakili pengurus Kelantan, Azman Ibrahim kerana dia masih menjalani latihan di Kota Bharu.


Indra Putra


Anugerah-anugerah lain pula menyaksikan Penjaga Gol Terbaik dimenangi Farizal Marlias dari Perlis, Pertahanan Terbaik dimenangi Aidil Zafuan Radzak (Negeri Sembilan), Pemain Tengah Terbaik dimenangi Amri Yahyah (Selangor) dan Pemain Harapan dimenangi Muslim Ahmad (Harimau Muda).

Baki empat lagi anugerah iaitu Jurulatih Terbaik dimenangi K. Devan (Selangor), Persatuan Bola Sepak Terbaik dimenangi Selangor, Kelab Terbaik dimenangi Johor FC dan Kelab Penyokong Terbaik dimenangi KL Plus.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sistem pemilihan tahun ini menerusi panel pengadilan dilihat lebih realistik berbanding undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para peminat seperti dilakukan sebelum ini.

"Saya berpendapat sistem secara panel daripada wakil FAM, media dan 100PLUS ini lebih realistik. Anugerah seumpama ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi para pemain tempatan untuk dipilih menjadi yang terbaik.

"Diharap anugerah ini dapat diadakan secara berterusan setiap tahun pada masa akan datang," kata Azzuddin.















GOMO KELATE GOMO
















Sumber : KOSMO Online

Sunday, November 1, 2009

6 Hari Sebelum Final Piala Malaysia




Sabar penyokong2 RED WARRIORS...
Xlama dah...
Harap2 tahun ini Piala Malaysia pulang ke Kelantan..
Dengar2 tiket leh mula dibeli ari Rabu ini..
Tapi untuk jualan di stadium Kelantan..
Tuk Bukit Jalil lak mgkn sehari or pada hari perlawanan..
Jom kita penuhkan Bkt Jalil dengan Lautan Merah..
Sebelum tgk aksi final Sabtu ini..
Jom kita tgk aksi2 semalam yg membawa Kelantan ke Final Piala Malaysia






GOMO KELATE GOMO

Saturday, October 31, 2009

Jom Gegar Bukit Jalil Sabtu Ini

Tahniah THE RED WARRIORS..kemenangan bergaya keatas Perlis 3-1 jaringan hatrik Mohd Nor Farhan...secara aggregat Kelantan menang 5-1..walaupun permainan banyak dikuasai oleh Perlis, namun tak dapat mengatatasi kekebalan pertahanan Kelantan dan penjaga gol Halim Napi..tahniah pasukan Kelantan kerana oleh kerana counter-attack yg menjadi menghasilkan 3 gol..pepun Kelantan harus bersedia untuk bertemu Negeri Sembilan yg menang keatas Terenganu 3-1 dan secara aggregat 4-1..sebelum kite tgk aksi final sabtu ini antara pasukan Kelantan bertemu Negeri Sembilan, jom kite layan dulu Final Piala FA 2009 antara Kelantan dan Selangor..moga2 tahun ini Piala Malaysia pulang ke Kota Bharu..





masa game ni ak duk belakang gol..best...

GOMO KELATE GOMO

Wednesday, October 28, 2009

RED WARRIORS selangkah ke final...


Walaupun kecoh pada siang hari kerana berebutkan tiket bola (rasanya ada siar dlm berita tv3), namun penyokong2 Kelantan pastinya gembira kerana pasukan kesayangan mereka dapat memenangi perlawanan mlm tadi dengan 2-0 hasil jaringan indra putra (penalti) dan pemain jersi 17 (lupa lak nme per).

1st ak nak cte sal kekecohan yg berlaku di stadium pada pagi td. Ak difahamkan sekitar jam 8 pg,lebih 7000 penyokong sudah menunggu untuk membeli tiket. Padahal kaunter tiket buka jam 10 pg.Ak yg sampai kul 10 pg terkejut melihat begitu ramai orang padahal ari ini ari bekerja (rmai yg ponteng semata2 nk beli tiket..ish2). Kekecohan berlaku disebabkan orang yang terlampau ramai yakni pada pndangan ak sekitar 10 ribu orang berebut-rebut untuk membeli tiket. Lalu bermula la tolak menolak dan sebagainya.Ak yg berada disana selama 2 jam pun blm dpt tiket. Hal bertambah rumit bila ulat2 tiket membeli tiket dengan jumlah yg banyak untuk dijual dengan harga mahal (harga tiket rm12 tp ulat jual smapi rm30 untuk tempat duduk biasa). Pada ak hal ini akan dapat diselesaikan sekiranya pihak berkenaan dapat membuka banyak lg kaunter tiket.Ini tak hanya 4 kaunter yg buka.So jadi la adegan berebut-rebut. Walaupun Tan Sri Anuar Musa (Presiden KAFA) dtg untuk menjernihkan keadaan namun tidak berapa berhasil. Namun setelah kaunter yg dibuka bertambah kepada 6 kaunter, barulah keadaan sedikit ok. Ak bernasib baik kerana mendapat tiket dari kwn ak.Kalau x, x tgk bola la jwbnya..



Keadaan ketika pukul 10 pg


Penyokong sanggup beratur demi sekeping tiket


Sanggup berhimpit-himpit kerana nak tengok bola


Ribuan penyokong yg belum tentu akan dapat tiket



2nd mengenai perlawanan malam ini.Pepun terlebih dahulu tahniah kepada pihak KAFA yg menyediakan skrin besar di Dataran Stadium untuk tatapan penyokong yg x dpt masuk stadium.Ak jangka lebih 5 ribu penonton yg menonton di dataran stadium. Perlawanan dengan Perlis pada mlm ini dianggarkan lebih 25 ribu penyokong memenuhi stadium.Sampai kalau nak jalan pun xleh. Kire xde ruang kosong la. Bayangkan sejam sebelum perlawanan hampir keseluruhan stadium dah penuh. Perlawanan malam td dimenangi Kelantan namun corak permainan THE RED WARRIORS masih belum dapat dibanggakan. Banyak kawalan bola tidak menjadi. Permainan Perlis agak menarik namun mungkin gugup bermain didalam lautan merah. Pepun Kelantan selangkah ke final piala malaysia.Harap dapat mengekalkan kemenangan ketika bertemu di Kangar nanti.. Turut menyaksikan perlawanan tadi adalah YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan).



Skrin besar dipasang di Dataran Stadium


Sejam sebelum perlawanan..PENUH..


Rapat ke pagar penyokong-penyokong


Pemain Kelantan sedang memanas badan


Pepun harap Kelantan dapat ke final. Tak sabar nak jejak Bukit Jalil sekali lagi... 1 lagi perlawanan berkesudahan Negeri Sembilan menang 1-0 keatas Terengganu.

GOMO KELATE GOMO

Saturday, October 24, 2009

Kelantan Ke Separuh Akhir


Syukur akhirnya dapat gak ke sep. akhir piala malaysia selepas menewaskan KL Plus..
Kelate mene 3-0 hasil jaringan indra putra (penalti) dan 2 gol oleh nor farhan..
Aggeregat Kelate mene 4-1..
Penonton yg hadir penuh sesak yakni sekitar 25000 owg..
Pihak KAFA jg menyediakan screen besar di dataran stadium untuk penonton yg x dpt msuk stadium..
Pepun THE RED WARRIORS akan bertemu ngn Perlis selasa ini di stadium kelantan sblm perlawanan timbal balik di perlis ari sabtu ini plak..
Satu lg perlawanan menemukan Terengganu yg menewaskan Slgor ngn penalti dengan Negeri Sembilan..

Pepun GOMO KELATE GOMO


p/s: Jangan lupa tonton perlawanan MU menentang Liverpool kul 10 mlm esok di ESPN..

Sunday, October 18, 2009

MU mng , Chelsea tewas..

Yahooo....
MU kembali menerajui liga selepas menewaskn Bolton..
Ditambah kekalahan mngejut Chelsea kpda Aston Villa..
Sekarang ni MU brda dipuncak liga dgn 22 mata..
1 mata di depan Chelsea...
Pepun perjuangan msh jauh..
Harap MU dpt kekalkan momentum kemenangan slps ini..
Keputusan2 lain..

FTAston Villa2 - 1Chelsea

FTArsenal3 - 1Birmingham C.

FTEverton1 - 1Wolverhampton W.

FTManchester U.2 - 1Bolton W.

FTPortsmouth1 - 2Tottenham H.

FTStoke C.2 - 1West Ham U.

FTSunderland1 - 0Liverpool

Friday, October 16, 2009

Target Final Piala Malaysia..

KOTA BHARU - Skuad Kijang mula mempamerkan watak 'wira merah' yang cuba dijadikan gelaran baru musim ini apabila membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 5-0 di Stadium Muhamed IV di sini malam kelmarin.

Ini merupakan jaringan terbanyak ketika menghabiskan baki perlawanan peringkat kumpulan dalam persaingan Piala Malaysia yang dilihat seolah-olah mahu melepaskan geram.

Bagaimanapun, ketua jurulatih Kelantan, B. Sathianathan tidak mahu memuji kerana masih banyak yang perlu dibaiki ekoran persembahan tidak mencapai tahap yang dimahukan.

Baginya, perlawanan tersebut bukan kayu pengukur kerana mereka harus berhadapan dengan lawan yang lebih kuat di peringkat suku akhir.

Malah beliau masih belum berpuas hati dengan beberapa pemain di posisi tertentu yang masih terikut-ikut dengan cara permainan lama yang ditinggalkan bekas jurulatih, Peter James Butler.

Katanya, perlawanan tersebut juga menunjukkan ada di antara pemain gagal mengawal emosi dan tidak menunjukkan sikap profesional sehingga terikut-ikut rentak penyokong di luar padang.

"Ada pemain yang mendapat kad kuning ketika kita sedang mendahului 4-0 pada malam ini, sepatutnya tidak perlu kad ini, buang masa kerana jika mendapat tiga kuning berturut-turut dia akan terlepas peluang untuk beraksi pada perlawanan berikutnya.

"Pemain kena tunjukkan sikap profesional dan bukannya terikut-ikut dengan rentak penonton tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan permainan malam tadi (kelmarin) terutama pada separuh masa kedua," katanya.

Pada perlawanan suku akhir Selasa ini, Kelantan akan bertemu dengan KL PLUS, di tempat lawan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu mengakui tugas untuk bertemu dengan KL PLUS amat berat dan memerlukan perancangan rapi serta teliti.

"Kita perlu menghormati KL Plus sebagai lawan yang kuat tetapi kita tidak perlu takut untuk memberikan saingan yang terbaik," katanya.

Katanya, masalah utama pasukan itu ialah di bahagian tengah apabila perancang utamanya, Badri Radzi mengalami kecederaan panjang.

"Kita terpaksa mencuba gandingan baru, malam ini, saya menggandingkan Ahmad Azlan Zainal dan Mohd. Daudsu Jamaluddin di bahagian tengah.

"Mungkin kita akan mencuba gandingan lain selepas ini tetapi mereka berdua dilihat berjaya memberikan impak di posisi tersebut," katanya.

Sebelum ini, Ahmad Azlan dan Mohd. Daudsu bermain di posisi pertahanan.


Indra menerima cek drpda Anuar Musa.

Sumber: Utusan Online

----------------------------------------------------------------------------------------------

Harap2 nya dengan cek berkenaan pemain2 kelantan akan terus yakin n membara jiwa mereka untuk membawa pulang Piala Liga Malaysia ke Tanah Serambi Mekah ini. Harapnya kapten,Indra Putra dapat memainkan perananya sbgai ketua sekaligus wira untuk pasukan RED WARRIORS..Harap2 mng suku akhir ni lwn KL PLUS seterusnya ke separuh akhir n akhir..

GOMO KELATE GOMO