Sunday, March 28, 2010

Jom To4 Cara Mudah

“Maaf, baki anda tidak mencukupi untuk membuat panggilan..”
Kita sering saja mendengar perkataan ini daripada operator telefon apabila kita kehabisan kredit. Selalunya, kita ingin membuat panggilan, lebih-lebih lagi kepada yang tersayang, apabila mendengar perkataan ini keluar dari telefon, kita akan berasa kecewa dan terus bergegas mencari bekalan ‘topup’. Kita akan memastikan bahawa kredit kita sentiasa penuh. Tetapi, pernah tidak kita aplikasikan ini kepada sesuatu yang lain?

Realiti:
Cuba kita bayangkan. Suatu hari, satu suara berkata kepada kita, “Maaf, pahala anda tidak mencukupi untuk membolehkan anda masuk ke syurga”. Pernah tak kita berfikir seperti itu? Bayangkan di hari kebangkitan nanti, perkataan seperti itu diucapkan kepada kita. Bagaimana agaknya perasaan kita ketika itu? Apakah kita masih boleh men’topup’ pahala kita di saat pahala amalan kita yang terlampau sedikit ini dihitung. Bayangkan rasa kecewa yang menyelubungi diri kita, melebihi segala kekecewaan kita gagal dalam peperiksaan di dunia, kecewa dalam interview, kecewa dalam kerja, kecewa dalam percintaan dan segalanya. Kita selalu menangis apabila kita kehilangan sesuatu yang amat berharga kepada diri kita. Tetapi, pernah tidak sekali kita menangis mengenangkan dosa-dosa silam kita? Pernah tidak kita mendengar kisah-kisah para alim ulama’, tabi’ tabii’n dahulu yang menangis mengenangkan dosa mereka yang sedikit? Sedangkan kita? Dosa kita terlalu sedikitkah berbanding mereka yang menyebabkan terlalu sukar untuk kita menitiskan air mata. Tetapi apabila kekasih kita meninggalkan kita, sampai bengkak mata kita menangis. Betapa lemahnya iman kita.


Kredit:ISUHANGAT.NET

Saturday, March 27, 2010

Jom Heboh versi Kelantan



Salam...lamo sungguh ambo x upload entri2 terbaru utk blog ambo nie..bkn pe skrg sbuk sgt ngn keje..lagipun laptop wat hal lak..skrg pn kalu nk on9 kn guna yang adik punye..tension tol la..
tujuan sebenar create entri terbaru nie bkn nak mengomel,cuma nak cte sal pengalaman g Jom Heboh di kota bharu..

Seperti yang kite,tau sepanjang penganjuran Jom Heboh,cuma negeri Kelantan yang TV3 blom dapat takluki..so bila thun ini diadakan Jom Heboh untuk pertama kali dinegeri ini,maka berduyun2 la ore trun..ak yg sje ronda2 kul 9.30pg pun turut terkena panahan Jom Heboh..jalan jemmm...sbb tu ak g sne sejam jer..serabut ngn owg yg terlalu rmai..

Tapi Jom Heboh Kelantan ada cara tersendiri..semua artis n pengacara wanita tv3 diwajibkan memakai tudung..so ak tgk sweet sgt sowg2 bl pkai tudung..kl trus pkai kan bgs..satu lg yg bgs sal Jom heboh Kelantan,konsert yg diadakan pada malam ini dibarisi semua artis lelaki seperti Jamal Abdilah,Jay-Jay, Raihan dll..dan yg paling penting tempat duduk diasingkan antara lelaki dan wanita..inilah kehebatan Jom Heboh Kelantan berbanding negeri2 lain..siapa kata hiburan x dibenarkan di Kelantan?? pepun kita jumpa Jom Heboh ditahun hadapan plak..tu pn kl ade lg la..hihi...adiosss...

p/s: gmbr sekitar Jom Heboh akan diupload kemudian..