Monday, July 26, 2010

10 Strategi Syaitan Membuka Aurat Wanita (khas tuk wanita)

Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}

Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)

Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak

Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.


Kredit:ISUHANGAT

Thursday, July 22, 2010

cerita sedih

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di JB. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 14 Feb 2010

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini....

Kwang....kwang....

Sunday, July 11, 2010

Luahan Hatiku tuk seseorang




pertama kali ku dengar suaramu
sayunya hatiku merindui dirimu
walaupun belum kita bersua muka
namun aku tetap jatuh cinta


pertama kali ku bertemu denganmu
hatiku terpaut melihat senyumanmu
aku mengharap engkau menerimaku
kerna aku bersedia menyintaimu


akan ku renang lautan yang berapi
membuktikan kehebatannya cinta ini
tetapi jikala kau meninggalkan aku
terhiris hati ini
terguris jiwa ini
menangis tak berlagu


biarpun ombak yang merubah pantai
kasihku takkan hancur berderai
biarpun hari berganti hari
dirimu tetap ku nanti


sayangku pimpinkan tanganku
menuju mahligai bahgia
kita bersama nikmati kisah cinta
hidup bagaikan di syurga
Oh Kasih

Wednesday, July 7, 2010

Preview Kelantan vs Negeri Sembilan (Liga Super)

Bismillahirahmanirahim....sblm ambo mengulas ttg perlawanan bola mlm ini,ambo ingin memohon maaf kpda pelayar blog ini krana xdpt update cte2 trbaru..ini kerana kekangan waktu dan juga xde idea tuk menulis..hihi..

okey berbalik kpda game antara kelate vs negeri sembilan..penonton yg mnyaksikan game mlm nie sekitar 15 ribu..kire ok la wpun xpnuh..dan game dikuasai oleh kelate ngn 55% n n9 45% (pd pngn ambo)..

game bermula ngn agak perlahan dimana kedua-dua pihak mngambil sikap berhati-hati..apepun bek kelate pd mlm ini yakni Subramaniam tidak brapa mnjadi..beberapa kali gagal menahan asakan n9 lbh2 lg ngn kepantasan zaquan adha..tetapi mjur jg la ketumpulan penyudah n9 mnjdi pnyelamat bg kelate..

pengadil jg menambah 'ketidakserian' perlawanan mlm ini dimana bnyk keputusan pngadil teragak2 sprti mahu memberi kad atau x serta bnyk kptsn pngadil yg dpt dipertikaikan.jurulatih n9 jg nmpak bgtu bengang ngn keputusan yg bg ak xlayak mngendalikan perlawanan sebesar ini.

0-0 pd separuh masa pertama,b. sathinathan(jurulatih kelate) membawa masuk hairuddin omar n akmal rizal di masa kedua..kemasukan kedua2 pemain ini menambah sengat pada serangan kelantan..hasilnye jaringan dr akmal rizal pd minit ke-65 menceriakn pnyokong2 RED WARRIORS yg sblm ini agak layu kerana persembahan kelatan yg agak tidak menarik..hasilnye kelate mng 1-0..

pepun sekalung tahniah tuk penjaga gol kelantan yakni khairul fahmi yg dpt menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya n9..harap momentum ini dapat diteruskan di shah alam sbtu ini..skrg ini perbezaan mata diantara selangor dan kelantan ialah 5 mata..sekiranya kelantan dpt menewaskan slgr sbtu ini,pluang tuk mnjdi juara liga super 2010 semakin terbuka luas..harapnye...

GOMO KELATE GOMO

P/s:gmbr sekitar perlawanan antara kelate vs n9 akn diupload kemudian
p/s:agak2 spe la juara Piala Dunia 2010..Uruguay,Belanda,Jerman or Spain..

Monday, July 5, 2010

Fakta Sengaaaaaaal

1. Kertas dibuat dari kayu, belajar memerlukan bnyk kertas (baca: buku). Jadi, dengan tidak belajar bererti kita telah menyokong gerakan Go Green!

2. Menjadi perokok pasif lebih berbahaya dari perokok aktif, oleh kerana itu marilah kita aktif merokok !

3. Makan makanan kotor boleh cirit birit? Tapi saya belum pernah dengar ada lalat yang cirit birit.

4. Gigit kuku merupakan kebiasaan buruk? Tahukah kamu kalau kuku tangan empat kali lebih cepat tumbuh daripada kuku kaki, untuk apa? UNTUK DIGIGIT!

5. Mengurangkan makanan akan membuat anda kurus? Cuba lihat paus biru, mereka hanya makan plankton dan mereka haiwan paling besar yang hidup di dunia Sekarang. Jadi, kenapa mesti sibuk nak diet?

6. Berlari dapat membuat jantung anda sihat dan panjang umur. Cuba kita lihat kura-kura. Jalannya amat lambat tapi dapat bertahan hingga 100 tahun. Jadi kenapa harus nak berjogging?

7. Minyak berasal dari kelapa yang merupakan tumbuhan. Bererti sukan makanan bergoreng – kita vegetarian.