Wednesday, September 30, 2009

Sorry...x dapat update blog..



Kepada penjenguk2 blog saya...
Saya memohon maaf andai tak dapat update blog beberapa hari ini..
Ini kerana saya akan ke UMP tuk majlis konvokesyen..
Insyallah kalu ade peluang n line internet,sy akan cuba update cite2 terbaru..
Terutamanya mengenai konvokesyen ini..
Kalau xde pe2 hal esok saya akan bertolak pergi..
Doakan saya selamat pergi dan balik..
Serta doakan majlis itu akan berlangsung dengan jayanya..
Assalamualaikum w.b.t

Bilik Bujangku...


Emm ari nie ari yang penat bagi ak...bukan pe xde keje nak wat so pe lg kemas bilik la yg bersepah itu..bl tgk bilik yg kemas nie ase seronok lak nak lepak kat bilk..

1st sekali ak cb kemaskan bahagian meja laptop ak..ak dah ubah design bagi menarik skit..dengan design baru nie harapnya ak akan lebih rajin menulis tuk blog ini..hehe...


Bahagian menulis blog n men'chatting'

Lepas pada kemas bahagian laptop, ak letakkan televisyen (atau nama pendek tv) kat dalam bilik..bkn pe senang nak tengok live bola n berita..melampau gak kan...ade ak kisah..



Nak letak tv lcd 42' tapi x mampu beli..hehe

Sambil2 mengemas tu ak terpandang satu poster nie...bl ak tengok n baca, ak jadi terfikir..PE YANG AKAN JADI EK..emm..sesama la kita fikir n selamat beramal..



Sama-samalah kita fikrkan

Camtu la sedikit sebanyak kisah bilik bujangku..Harap2 ia akan kekal bersih n kemas selalu..br leh jadi bilik bujang contohkan..kan..kan...

Tuesday, September 29, 2009

oo....jalan jem..

Camni lah keadaan di Plaza Tol Cheras (kalau x silap) bila smua dh pulang ke ibukota..
Cam tempat jual kereta lak tgk..
Mau tersekat 3,4 jam kat situ..
Pepun semoga semua pemandu sabar..
Pandu selamat jiwa tenang..Hihi


Keadaan di lebuhraya ketika semua pulang ke KL.
Foto:Bernama

Monday, September 28, 2009

Jika Aku Jatuh Hati...

Gambar Majlis Aqiqah Anak Sedara


baby comel, NIK FAYRUZ ARMAN



Sebelum Majlis Bermula





Semasa Majlis Diadakan





Rara ngan anak sedara

Suasana Hari Raya 2009


Emm..gembira rasanya dapat berhari raya ngan family tercinta..
Tambah meriah bila dapat beraya ngn anak sedara yg baru lahir..
Kire bertambah ahli keluarga la..
Saya paparkan sedikit sebanyak gambar hari raya bersama family yang sempat diambil..


saat dinanti..memohon kemaafan dari ayah


sepupu2 yang datang


bapa mithali..hee..


umi & ayah


family tercinta..abg je ngh tdo..



Sunday, September 27, 2009

KELANTAN & MU menang

YAHOO...Tahniah THE RED WARRIORS n MANCHESTER UNITED diatas kemenangan malam tadi. Kelantan berjaya menewaskan Pulau Pinang 2-1 manakala MU tewaskan Stoke City 2-0..
Pepun sekarang ini pasukan Kelantan mengungguli group E kerana pasukan Kedah seri dengan ATM 1-1. Jaringan-jaringan Kelantan dijaringkan oleh Indra Putra n Khalid Jamlus (kalu x silap la).. GOMO KELATE GOMO

------------------------------------------------------------------------------------------------


Selain itu pasukan faverot ambo yakni MU turut menang.Gol-gol dijaringkan oleh D.Berbatov (62') dan John O'Shea (77'). Dan kerana kekalahan Chelsea kepada Wigan, secara otomatiknya MU sekarang pendahulu liga yakni sama mata dengan Chelsea 18 mata namun jaringan gol memisahkan kedua2 pasukan. GLORY MU GLORY


Lain-lain keputusan EPL


FTPortsmouth0 - 1Everton

FTBirmingham C.1 - 2Bolton W.

FTBlackburn R.2 - 1Aston Villa

FTLiverpool6 - 1Hull C.

FTStoke C.0 - 2Manchester U.

FTTottenham H.5 - 0Burnley

FTWigan Athletic3 - 1Chelsea

Saturday, September 26, 2009

Saingan Liga Malaysia Bermula

Hari ini ( 26/09/09) pada kul 8.45 malam akan bermula la perlawanan Liga Malaysia 2009.Harap-harap tahyn nie pasukan Kelantan@Red Warriors akan menjadi juara. Perlawanan sulung pasukan Kelantan adalah pasukan Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan.Harap-harap pasukan Kelantan akan menang untuk pergi lebih jauh dalam liga ini. Harap-harap dapat g Bukit Jalil sekali lagi tuk tgk final..dgn jurulatih baru B. Satinanthan dan kapten Indra Putra dapat membuahkan sesuatu untuk pasukan RED WARRIORS..

GOMO KELATE GOMO

Wednesday, September 23, 2009

MU menang lagi..

Kami berhak menang - Ferguson




MANCHESTER - Manchester United berjaya membenam keangkuhan Manchester City selepas mencatat kemenangan 4-3 di Old Trafford malam kelmarin.

Bagaimanapun, pengurus United, Alex Ferguson (gambar) terpaksa berdepan perlawanan kelab berjiran itu dengan cukup mendebarkan.

"Kadangkala kamu akan mendapat jiran yang bising dan kamu terpaksa terus tinggal bersama-sama mereka.

"Kamu tidak dapat melakukan semuanya jika mereka terus mahu bising tetapi apa yang kamu boleh lakukan, seperti yang kami tunjuk hari ini (kelmarin) ialah teruskan dengan hidup kamu.

"Pemain kami tahu tanggungjawab masing-masing dan mereka mempamerkan permainan bertenaga. Itulah jawapan kepada segala persoalan ini.

"Setiap kali kami menjaringkan gol, kami melakukan kesilapan. Namun, kesilapan tersebut telah menjadikan pertemuan setempat ini paling menarik setakat ini," kata Ferguson.

Ditanya manakah lebih digemarinya sama ada menang pertemuan setempat itu dengan jaringan 6-0 atau menang menerusi pertemuan yang menarik, Ferguson berkata, dia lebih suka jika United mengatasi City dengan 6-0.

"Kami telah beraksi cukup baik pada separuh masa kedua. Bagi saya, itu adalah kekuatan sebenar permainan United," katanya.

Pada aksi kelmarin, United mendahului seawal minit kedua menerusi Wayne Rooney sebelum Gareth Barry menyamakan kedudukan pada minit ke-16.

Gol kedua United menyusul hasil tandukan Darren Fletcher pada minit ke-49 tetapi Craig Bellamy menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Fletcher menanduk gol ketiga United pada minit ke-80 dan Bellamy sekali lagi mengikat kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-90.

Michael Owen muncul wira apabila meledak gol kemenangan United pada minit terakhir masa kecederaan.

"Kami melakukan tiga kesilapan paling teruk yang jarang berlaku pada pasukan kami tetapi akhirnya Owen menjaringkan gol kemenangan yang cukup menarik. Kami berhak menang perlawanan ini," jelas Ferguson.

- Agensi

Sumber: Kosmo Online

Majlis Aqiqah Anak Saudara

Majlis Aqiqah akan diadakan pada

Tarikh: 24 September 2009
Jam: 12 tgh hari - 6 ptg

Pada sahabat2 yg berkesempatan,
silalah lah datang.

Insyallah nanti ambo akan upload gambar nanti.

Selamat Hari Raya

Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



'Berlalu la sudah Ramadhan,
Sebulan berpuasa,

Kini Syawal tiba kita rayakan
Dengan rasa gembira'


Begitulah antara lirik lagu Suasana Hari Raya.Bila dengar lagu ini teringat akan kemeriahan raya.Dan dikesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua penjenguk2 blog saya.Maaf sekiranya selama penulisan saya ini ada yang menyinggung penjenguk2 sekalian.Semoga raya tahun ini memberi kegembiraan kepada kita semua.Jangan lupa lepas raya nanti,puasa enam pulak..

p/s:Jangan lupa datang rumah raya kedua nanti..

Thursday, September 17, 2009

Cerita sedih di hari raya..

Dalam beberapa hari saja lagi,kita umat islamakan menyambut hari kemenangan yakni Hari Raya Aidilfitri.Ketika kita sedang bergembira bersama-sama dengan keluarga tersayang,namun masih ada antara kita yang x pernah mendapat kegembiraan itu.Disini saya sertakan cerita tersebut.Selamat menghayatinya..

Meski bukan baru, tetapi baju yang Salleh pakai masih terlihat seperti baru. Bersih dan rapi. Begitu juga yang dikenakan isteri dan anak-anak Salleh.

Tangis haru dan tawa gembira mewarnai suasana lebaran hari ini. Pulang dari sholat AidilFitri, anak-anak Salleh mendapatkan ayah dan ibu mereka, berpelukan dan mengucup lembut tangan dan pipi mereka. Salleh dan isteri membalasnya dengan kucupan terkasih. Sebelum berlalu, tidak lupa mereka meminta 'habuan' wang lebaran. Setelah itu mereka berlari-larian mendapatkan nenek mereka untuk meminta cium.


Ada airmata yang menitis ketika Salleh menatap wajah tua di hadapannya. Terlalu lemah hati Salleh untuk menahan rasa yang begitu dalam terhadap ibu, sesosok anggun yang selalu ingin Salleh cium kakinya. Salleh memeluk kaki letihnya, menikmati wangi cintanya seraya berharap kelak mendapatkan syurganya dari sana. Lalu, mengalirlah doa dan kalimah penuh kasihnya untuk anak yang sering tak tahu membalas budi ini. Kemudian satu persatu adik beradik Salleh tersungkur di kakinya.


Aneka kuih khas hari raya yang sejak subuh telah tersedia di meja ruang tamu nampaknya tak sabar menanti untuk disentuh. Salleh dan isteri, tentu saja takkan melepaskan hidangan khas lebaran di rumah cinta itu, Nasi Beriani Hujan Panas, Lemang dan Rendang. Tidak hanya anak-anak ibu yang menikmati juadah masakan ibu, tetapi juga sahabat-sahabat Salleh yang sengaja datang untuk dua perkara; silaturrahim dan juadah masakan ibu Salleh!


Begitu indah dan harunya hari raya, hingga Salleh hampir terlupa akan sebuah janji jika sahaja tak diingatkan seorang sahabat. "Jadi kah kita kesana?"
Salleh bersama keluarga dan empat orang sahabatnya memandu kereta menuju tempat yang sudah direncanakan untuk dikunjungi. Untuk sementara, Salleh tangguhkan rencana kunjungan silaturrahim ke beberapa rumah teman lama. Lebih kurang lima belas minit, mereka sudah sampai di depan sebuah rumah yang dituju.


Sebaris senyuman ikhlas anak-anak dari halaman rumah menyambut salam tetamu yang baru tiba. Salah seorang dari mereka mempersilakan Salleh, keluarga dan teman-teman masuk.


Rumah kecil itu, dinding-dindingnya terlihat terkelupas di beberapa tempat. Tak ada satu pun anak yang mengenakan baju baru, sepatu baru, juga tak ada yang terlihat sedang menghitung-hitung wang hasil pemberian saudara-saudara mereka. Tak ada kuih khas hari raya. Tak tersedia ketupat lebaran, apalagi rendang daging atau lemang. Air yang tersedia untuk mereka pun hanya air tak berwarna, jelas, kerana mereka tak ada sirap.


Di rumah tumpangan anak yatim itu, hanya ada mata-mata kosong menanti huluran tangan para dermawan. Mereka tak pernah lagi menikmati saat-saat indah di hari raya dengan aneka hidangan, pakaian bagus, ciuman dan pelukan hangat dari orang-orang terkasih. Tak lagi mereka dapatkan tangan dan pipi untuk dikucup setelah pulang dari sholat AidilFitri, juga kaki-kaki mulia tempat mereka bersimpuh, bahkan sebahagian besar mereka pun tak pernah tahu wajah orang yang pernah melahirkannya.


Sebahagian mereka mengaku terus bertanya, kenapa Allah membiarkan mereka hidup tanpa orang tua? "Apakah Allah tak ingin melihat saya bermanja dengan ibu?" tanya Adi, salah seorang penghuni rumah tumpangan yang berusia delapan tahun. Tidak kurang juga dari mereka terus berharap Allah mengembalikan orang tua mereka agar mereka dapat merasakan menjadi anak, yang mendapatkan kasih sayang orang tua, agar ada tangan yang dikucup saat berangkat dan pulang sekolah, agar ada satu kesempatan bagi mereka untuk menikmati manisnya berbakti.


Mereka seolah-olah tak peduli dengan aneka makanan dan hadiah yang Salleh bawa. Bukan itu yang mereka rindui. Mereka mengaku sudah biasa hidup tanpa berlimpah makanan. Bersekolah tanpa wang jajan pun sudah mereka rasakan. Ada yang lebih mereka rindui di sepanjang hari, lebih-lebih di hari raya ini. Akhbar, anak kecil berusia enam tahun menghampiri dan berbisik di telinga anak perempuan Salleh, " Kak, bagaimana rasanya tidur ditemani mama?"


Gagal Salleh menahan airmatanya dari berguguran ..

Wednesday, September 16, 2009

Donut Yang Sedappppppp...


Wah..dah lama mngidam nak makan donut nie..
Kalu kat UMP dulu,selalu gak la makan donut nie..
tapi bl dah balik umh,jarang la beli..
Bukan pe makan sorg2 x best..
lagipun sape yg nak hbskn donut yg bnyak nie..
Kalau kat tmpat blaja,sonok leh mkn ngn kawan2..
Jum makan..Nyum..Nyumm

Sunday, September 13, 2009

MU menang lagi..

Tahniah Manchester United (MU) diatas kemenangan kepada pendahulu liga Tottenham United 3-1.Walaupun bermain 10 pemain kerana Paul Scholes dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua pada minit ke-59 dan juga ketinggalan satu gol dek jaringan Jermain Defoe pada minit pertama namun pemain-pemain masih lagi kental dan bersemangat untuk memenangi perlawanan. Jaringan-jaringan MU dihasilkan oleh Ryan Giggs (25'), Anderson (41') dan Wayne Rooney (78'). Satu lagi pasuakan yang ambo minat turut menang ialah Barcelona yg menewaskan Getafe 2-0. Lain-lain keputusan seperti berikut:

FTBlackburn R.3 - 1Wolverhampton W.

FTLiverpool4 - 0Burnley

FTManchester C.4 - 2Arsenal

FTPortsmouth2 - 3Bolton W.

FTStoke C.1 - 2Chelsea

FTSunderland4 - 1Hull C.

FTWigan Athletic1 - 0West Ham U.

GLORY MU GLORY

Menantu Yang Dibenci Mertua

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...

Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi........ tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya..

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.

Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.

Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman...... .tapi malang telah menimpa mereka......

Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan.. ....

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.

Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

........ ......... ....

Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci. Macamana erkkk reaksi ibu mertua

Friday, September 11, 2009

Cinta Rasulullah Pada Umatnya..

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii, ummatiii? ' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Thursday, September 10, 2009

10 Malam Terakhir Ramadhan...

Pejam celik,pejam celik kita dah melangkah ke 10 malam terakhir ramadhan.Tidak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri.Namun begitu,janganlah kita lupa bahawa 10 malam terakhir inilah yang amat berharga pada kita semua kerana terdapat 1 malam yakni malam lailatul qadar dimana ia adalah suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:

Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.

Setibanya 10 malam terakhir ini, kita amat-amat digalakkan supaya memenuhi aktiviti kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti qiyamullail,berzikir,membaca al-quran dan sebagainya.

Bilakah Malam Lailatul Qadar???

Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.

Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.

Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.

Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:

اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني

"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."

Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.

Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.


REBUTLAH MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN YAKNI

MALAM LAILATUL QADAR


Aku dan Baby


Hai semua..mgkn kata baby kepada kita semua..hihi


Akhirnya dapat gak ak bergambar ngan anak sdara sulung ketika dia buka mata...
Bukan pe slalu tidur je...
Nak tgk die buka mata pn payah..hihi....

Wednesday, September 9, 2009

Kereta Baru

Emm...nampaknya raya tahun nie meriah la skit terutama buat kakak sulung ambo sebab dia dapat 2 'hadiah' baru.Pertama dia dapat anak yang baru lahir 5/9/09 dan satu lagi dia akan beraya ngan kereta baru die Proton Persona yang baru ambil petang tadi.Apa yang penting no plat sme ngan no plat keta vios n iswara (9896)..Hehe..Ambo sertakan gambar keta tersebut...


Vios vs Persona


Pandangan Belakang


Pandangan Depan


Radio n Cd Player


Pandangan Tempat Duduk Hadapan


Pandangan Tempat Duduk Belakang

Tuesday, September 8, 2009

Geng Bas Sekolah






Good Luck 4 UPSR 09

Selamat Menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) kepada calon-calon yang mengambil UPSR pada tahun nie yang bermula hari ini hingga khamis nie.Kepada sepupuku juga, supaya dapat menjawab soalan dengan tenang dan beroleh keputusan yang membanggakan.


p/s:Dua sepupuku akan menghadapi UPSR iaitu NIK SOFIYYAH n NIK NUR FAKIHAH..

Puasa Si Miskin

Sekadar renungan.... .......buat peringatan buat diriku yang sering terlepas pandang. Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya.
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan.
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan.
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh."
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh."
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya.
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..".
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ".

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..
Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita.

Sunday, September 6, 2009

Anting-Anting Zaman Moden






Anak Saudara Sulung

Syukur kepada Ilahi kerana dengan izinNya kakak selamat melahirkan baby lelaki pada 5/9/09 jam 1.58 ptg kelmarin.Baby tersebut beratnya 3.11 kg.Baby tersebut merupakan anak saudara sulung dalam keluarga ambo.Semoga baby tersebut menjadi orang yang berguna dan soleh suatu hari nanti.Amin...

Friday, September 4, 2009

Raining Wallpaper





Aku Sayang Mak...


Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....Mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Pantun Raya

Kelantan...

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


Johor...

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie


Melaka...

Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan...

Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur...

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak...

Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


Kedah...

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq


Perlis...

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Thursday, September 3, 2009

Kempen Berhenti Merokok






Camne kalau Malaysia cuba wat kempen mcm nie..
Mne tau berjaya nanti..
Tapi kalau dah kaki rokok tu..
Apa-apa kempen pun x jalan daa..