Wednesday, February 23, 2011

Ayat-Ayat Pelindung Diri

Ayat-ayat Benteng Pertahanan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak

1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;


1. Surah Al-Ikhlas

image

2. Surah Al-Falaq
image

3. Surah An-Naas
image

CARA

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat.
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa.
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah).
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas.
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.

Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari.

2.0 AYATUL KURSI
BACAAN

image

Terjemahan;

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah).
Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.

3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
BACAAN

Terjemahan:
(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur’an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. (7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.

CARA
1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai
bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali.

Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.

4.0 AYAT BERKUBU
BACAAN

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.

CARA

Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas.

Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0 AYAT PENGERAK
BACAAN

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA

Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Kredit kepada portal Darussyifa & isuhangat


SIla klik kiri pada mouse untuk baca..ade kesilapan yg menyebabkan tidak dapat dibaca terus.MAAF

keBOSANan kesangatan

BOSAN...BOSAN...BOSAN....xtau la npe ngn ak nie..semakin hari semakin bosan..nk kate bosan ngn keje x jg...nk kata bosan ngn awek,awek xde lak tu...tp xtau la ase bosan n serabut sgt2...xtau da pe yg ak ngh fikir skrg nie...aduhai...

npe la ak leh jadi cmni...ngt kn amik cuti ai tu leh release tnsion..TAPI....balik2 sini da ase tension..xtau da spe lg ak nk ngadu...mujuur de blog leh luah pe y ptt...mungkinkah ak kini jauh dari rahmatNYA...emmmm....kl diikutkn mmg bnyk prkara yg ak ase ak wat xbtol dlm hdp nie...mgkn sbb itu Tuhan bagi perkara2 cmni supaya ak mendekatkan diriku padaNYA semula...

YA ALLAH....ak insan yang lemah,,,Kau kembalikan la ak ke jalan yang lurus dan benar..seseungguhnya diri ini btol2 trasa keserabutan yg amat sangat...

Thursday, February 10, 2011

~ keje VS bola ~

Lama benar asenya xupdate blog nie...panas2 camni ase malas sgt nak menaip..tido pun sodap nie...

Tapi hari nie nk tulis gak entry wpun sedikit...tapi nk tulis sal pe ek...hoohooo....

Site sal keje pun best gak nie...ok kita mula dari sini...seminggu nie mmg penat skit bagi diriku..bukan apa ditambah dengan cuaca yang tersangat panas nie, asenya minggu nie tiap2 hari turun g site tgk keje yang dilakukan...dah la kena melawat 9 site, kn drive lak tu..ouhh mmg memenatkan...tp mujur de kwn join..kl x g lepak umah da...hoho

Oleh kerana tu juga la ak di'timpa' selsema n batuk2...nk wat cmne antibodi xkuat...:p tp mmg lama da ak xkena penyakit nie..so die rindu la tu nk jmpa ak..haha..nak saja ak mc tetapi memandangkan minggu dpn ak da amik cuti, so ak ase biarkn jela...lgpun ak stilll leh bertahan...org kuatkn...xnk la rekod keje nampak buruk sbb bnyak cuti...lagipun ak kan pekerja dedikasi...lalalala

ok biz sal keje cte sal bola skit...sy kan peminat bola no 1...skrg nie da 2 game berlangsung untuk liga super 2011..syabas tuk The Red Warriors kerana berjaya memenangi Piala Sumbangsih 2011 menewaskan Selangor 2-0 jaringan Mat Yo n Piya..permainan pada 1st game ni amat memuaskan...pd game kedua lak bertemu Terengganu di stadium keramat KB, pemain seolah-olah terpaku dengan kehadiran ramai penonton walaupun biasa dgn pandangan begitu.ak yg g tgk kat sana pun sedikait hampa dengan corak permainan pemain2 kelate..tp mgkn kerana belum cukup serasi dan kptsnnye kita seri 1-1..perlawanan seterusnya bertemu Johor Fc di KB sabtu ini (12/02/11)..kita harap pemain-pemain dapat tumpukan game dgn baik dan beri persembahan yg terbaik disebalik sokongan padu penyokong2 Red Warriors..

GOMO KELATE GOMO

Wednesday, February 2, 2011

~JAWATAN KOSONG~


cepat2 sblm terlambat...
peluang ini hanya datang sekali seumur hidup..
jangan lepaskan peluang terbaik ini..