Sunday, September 19, 2010

Cerita Tentang Seseorang

Awak,awak ingt x masa mula-mula kita kenal cmne..kita kenal mlalui fesbuk (fb)..masa 2 sy xknal pn sape awk dan awk x knal pn sape saya..tp bila sy tgk awk dlm friend kwn saya,saya rs saya nk knal n berkawan ngn awk..so sy add awk dan xsangka lak awk approve..pah mula2 sy cb chat ngn awk gn fb..tp awk xlayan sgt..mgkn awk segan atau awk x suka chatting...awk ingat x???

Awk taw x cmne sy dptkn no awk..sy mnta ngn kwn sy yg jg kwn awk..sy paksa gak kwn sy tu nk no awk sbb sy nk knl awk sgt2..mujur die bg..dpt la sy msg n kol awk..suka ati sy taw bila dpt msg or call awk..wpun masa 2 kita xnah jmpa n knal satu sama lain,tp sy dh rasa seronok bila msg sy dibalas n kol sy dijawab..awk taw x???

Awk ingt x kemana kita g ms 1st date kita...sy ajak awk g tgk bola di stadium..kelakarkan awk..biasanya org 1st date bw g mkn2 kat restoran kew, jalan2 g pantai kew..tp x kita g tgk bola..2 pun sbb awk minat gak tgk bola..dh la kita minat team yg sme..best sgt 1st date tu..awk ingat x???

Awk ingt x masa sy g amik awk tuk buka pose sama2 ngn kwn2 sy..disebabkn xde bas nk dtg,sy g amik awk kat sne..wpun sy xtaw jalan sne tp sy cb gak pergi...akhirnya sy smpai sne..tp yg kelakarnya kita sesat kan awk..silap masuk highway..tp xpe sy xkisah sgt sesat sbb sy dpt taw jalan2 baru kat sne..lbh krg sejam kan kita pusing2 nak cr jalan yg btul..akhirnya jmpa gak jalan yg nak ditujui..mujur gak sempat gak kita berbuka same2 kwn2 sy..awk ingt x??

Dan masa bulan pose hari tu,awk ingt x kita g buka pose same2..masa tu awk g amik sy sbb kita nk g anta mkanan dkt adk awk..smpai2 awk suh sy drive..sy yg jrg bw manual ni jd kekok la bl lame x bw..dan masa kat traffic light 2,ade sbuah keta langgar lelaki naik basikal..tol2 dpn kite kn..tp mujur xde pe2 trjadi kat lelaki tu..pah kita g bazar ramadhan..punya la lme pusing2 tp beli air soya n kuih jew..kita mkn nasi putih lauk tomyam dan cam2 lg la..dri situ la sy taw yg awk xleh minum air yg jnis campur susu..awk leh minum yg ade gula jew..awk masih ingat???

Dan masa nk dkt raya ari tu,awk ingt x yg kita kua g cr baju raya tuk saya sbb sy xde lagi..mula2 kita g sebuah kedai tu..tp sy xjadi beli sbb xde saiz baju yg saya nak..pah kita g lak kat satu lagi tempat..masa 2 jalan jem sgt2 kn..sy dah ptus asa nk g beli..tp awk yg ckp alang2 dah nk sampai baik kita g jew..so kita pegi kan..so dpt la sy beli baju raya yg sy nak wpun kena bersesak2 ngn owg rmai..tp xpe yg pntg dpt beli baju raya..hajatnya nk pakai jmpa awk masa raya prtama tp xdpt sbb awk raya kat kg...kita jmpa pn masa raya ke-4..tp xpe wpun lwt raya ngn awk tp saya suka sbb masa tu la 1st time saya dpt jmpa ayah,mak n adik2 awk..mereka ok sgt..awk ingat kan??

KINI....awk dah pergi meninggalkan saya disini sorg2..tp sy trime sbb awk pergi untuk menuntut ilmu..tp sy gembira sbb sblm awk pegi kita dapat jmpa keluar sama2, jalan2 di pantai,makan kat Kfc n amik2 gambar..saya xkan lupakan semua itu awk..NAMUN saya xpasti awak dapat maafkan saya psl hal yg baru terjadi antara kita..sy minta maaf awk kalau melukakan hati awk..lps ni sy akan jaga hati dan perasaan awk sbb sy btol2 dah SAYANGkn awk..xmo awk cedeh2 agi...bersambung......


SUMBER:cerita diblog seseorang

Monday, September 13, 2010

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra;Sultan Kelantan yang baru

SAH...Tuanku Muhammad Faris Petra ibni Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan ayahandanya yg masih lagi kegeringan..Kita sebagai rakyat Kelantan berharap dengan pemasyuran ini maka segala konflik istana Kelantan akan berakhir..Biarlah Tuanku Faris memerintah negeri ini dengan amannya dan semoga pemerintahan Tuanku diberkati Allah S.W.T..Amin..


DAULAT TUANKU




Sultan Kelantan yang baru dimasyhurkan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan dekat di hati rakyat Kelantan.

Sebut sahaja kawasan pedalaman mana yang tidak pernah dilawati baginda bagi menyelami suka duka rakyat termasuk ke kampung-kampung penempatan Orang Asli di Gua Musang dan Jeli.

Sering mengenakan jubah atau berbaju "gumbang" (baju Melayu) serta berkain pelikat dan berkopiah putih ketika melawat rakyat jelata menyebabkan tiada siapa yang menyangka lelaki segak itu merupakan pewaris Kesultanan Kelantan yang baru.

Pernah satu ketika di Pantai Damat, Bachok, baginda tidak kekok duduk bersila dan mendengar kisah penderitaan seorang ibu tunggal yang uzur dan hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mata baginda berkaca ketika mendengar kisah keperitan hidup Azizah Abdullah, 41, membesarkan tiga anaknya.

Membahasakan diri baginda dengan perkataan "kita" menyebabkan baginda dan rakyat seperti tidak ada jurang pemisah yang boleh merenggangkan hubungan rakyat dan raja.

Ketika di rumah Azizah, baginda yang turut menghulurkan sumbangan peribadi, juga sempat memberikan perangsang kepada tiga anak wanita itu untuk berjaya dalam pelajaran mereka.

Tuanku Muhammad Faris Petra merupakan putera sulung Sultan Kelantan sebelum ini, Tuanku Ismail Petra Almarhum Sultan Yahya Petra.

Pendidikan awal

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra, Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A'Ishah Putri.

Baginda mendapat pendidikan awal di Kota Baharu dan di Kuala Lumpur dan seterusnya di Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Kajian Diplomatik di Kolej St. Cross dan Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.

Tuanku Muhammad Faris Petra diputerakan pada 6 Okt 1969 dan dianugerahkan gelaran Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985 dan sejak pelantikan itu baginda telah menunjukkan kecenderungan untuk mempelajari dan mendalami selok belok pentadbiran negeri.

Baginda mula menarik perhatian seluruh negara dengan liputan meluas media ketika bertitah merasmikan Perhimpunan Perpaduan Melayu sempena Maulidur Rasul 1429 Hijrah di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 2008.

Ketika bertitah pada majlis itu, baginda secara terbuka mengingatkan usaha penyatuan Melayu perlu diberi keutamaan yang tinggi berikutan kedudukan orang
Melayu dan Islam yang kian tercabar kerana ia boleh menjejaskan keharmonian negara.

Baginda berharap segala perbezaan pendapat dan perbelahan diketepikan melalui jalan yang bijaksana dengan perpaduan ummah harus diutamakan demi agama, bangsa dan negara sebagaimana yang diimpikan oleh semua.

Di masa lapangnya, baginda gemar membaca bagi mengikuti perkembangan semasa di dalam dan luar negara di samping meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Selain itu baginda juga menunjukkan minat mendalam terhadap sukan memanah, berkuda, boling serta suka memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Dalam hubungan dengan rakyat, baginda ternyata mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam-diam dan di luar pengetahuan media, baginda menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Komander Askar Wataniah

Baginda juga turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan dan juga aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.

Baginda telah dilantik sebagai Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat).

Umum juga mengetahui hubungan yang akrab baginda dengan ayahanda baginda dan kegeringan Tuanku Ismail Petra pada 14 Mei tahun lalu membuatkan baginda diselubungi kesedihan dan berasa tertekan.

Baginda pernah mengimamkan solat hajat bersama-sama rakyat jelata sebelum ini bagi memohon kesejahteraan ayahanda baginda.

Pada 24 Mei tahun lalu, Tuanku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan setelah ayahanda baginda mendapat rawatan susulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

Pelantikan itu membolehkan baginda menjalankan tugas Sultan Kelantan mengikut perenggan (b) Fasal (1) dan (3) Perkara 22A Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) yang menurut pakar perundangan mempunyai kuasa yang sama dengan Sultan mengikut Perkara 4 Fasal 1 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan dan Majlis Perajaan Negeri mengikut peruntukan tersebut...BERNAMA

Tuesday, September 7, 2010

CINTA INI MEMBUNUHKU


Kau membuat ku berantakan
Kau membuat ku tak karuan
Kau membuat ku tak berdaya
Kau menolakku, acuhkan diriku

Bagaimana caranya untuk
Meruntuhkan kerasnya hatimu
Kusadari ku tak sempurna
Ku tak seperti yang kau inginkan


Kau hancurkan aku dengan sikapmu
Tak sadarkah kau telah menyakitiku
Lelah hati ini meyakinkanmu
CINTA INI MEMBUNUHKU

Sunday, September 5, 2010

ARMAN- Setahun Kini

Hari ini genap SETAHUN umur anak saudaraku Nik Fayruz Arman b Nik Fakruddin..pejam celik pejam celik dh setahun masa berlalu..rasanya baru jer Arman dilahirkan..skrg dah besar dah..leh ckp skit2 da..merangkak pn dh boleh cuma jalan jew yg lom..semoga mnjadi anak soleh n mendapat keberkatan Allah selalu..

Malam tadi g sambut hari jadi Arman dan berbuka puasa bersama keluarga di restoran Syam..ramai juga insan-insan yg berbuka bersama keluarga disini tadi..mungkin anak-anak perantau mengambil peluang tuk berbuka puasa bersama keluarga masing-masing..

Pepun SELAMAT HARI LAHIR ARMAN.....luv u so muuuuaaahhhhh....


p/s:gmbr akan diupload kemudian..

Sekadar Peringatan


"Jangan Berbangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange anda kerana….
Pakaian Terakhir anda adalah Kain Kafan…& perfume anda adalah kapur barus.. "


" Jangan Berbangga dengan BMW & Caldina GTfour anda kerana….
Kenderaan terakhir anda adalah Keranda yang akan diusung… "


"Jangan Berbangga dengan Banglo dan Condo anda kerana….
Tempat Beristirehat anda yang terakhir adalah Kubur.. "


" Jangan Berbangga dengan Kehenseman atau Kecantikan anda kerana…..
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing dan Serangga…."

Saturday, September 4, 2010

Rintihan Hati


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

Friday, September 3, 2010

DOAKU

Bismillah Yaa Rahmaanu Yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa fattahu Yaa Halim Bismillah
Yaa Allah Yaa Mannaanu Yaa Karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa Mannaanu Yaa Karim Yaa Allah
Bismillah
Bismillah
Bismillah

Yaa Robbiy Sudilah Pandang Kami
Terangi Jalan Gelap Ini
Jangan Biarkan aku Terus Sendiri
Mencari Mendaki dan Berduri

Yaa Robbiy Dengarlah Doaku Ya Robbiy
Hadirlah Dalam Kehidupan Kematian Kami
Cobaan dan Ujian Kan Kulalui
Ya Allah
Ya Rahman
Ya Rohim