Wednesday, January 26, 2011

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Belum pun liga malaysia bermula, FAM sudah buat hal. Bermula dengan tindakan mengenakan pergantungan kepada jurulatih Kelantan B.Sathiathan selama 6 bulan, hukuman kedua dikenakan kepada Kelantan adalah berkaitan dengan kemungkinan tidak dapat beraksi menentang Selangor untuk Piala Sumbangsih 29 Januari ini. Ini kerana KAFA perlu mendapatkan seorang jurulatih yang ade Kelas A untuk mengendalikan pasukan..

Apa MASALAH FAM sebenarnya nie..kenapa bila berkaitan dengan pasukan Kelantan ada saja yang tidak kena..apa motif anda semua terutama S/U Aizuddin dan Naib Presiden Hamidin..adakah korang takut akan kebangkitan pasukan Kelantan or anda berdua DENGKI kerana The Red Warriors mendapat penajaan bernilai jutaan ringgit..

Berkaitan dengan kes pergantungan coach Sathiathan, kenapa perkara ini tidak dilakukan terlebih awal. Habis je Piala Malaysia, kenapa tak terus wat siasatan n jatuhkan hukuman..Kenapa perlu sehingga Liga Malaysia 2011 nak bermula baru nak jatuhkan hukuman.tu pun 5 hari sebelum game bermula..lepas tu nk kena cari pengganti Sathiathan dalam tempoh tersebut..ini kerja GILA...

Apa salah sathiathan sehingga dihukum sebegitu sekali..Komen beliau mengenai jadual perlawanan yang padat hukumannya gantung 6 bulan.???npe kes2 yang lain tidak diambil tindakan tegas..kes anuar baharom menghantuk kepala pe cte???kes penyokong (bkn pnyokong Kelantan) melempar batu jongkong ke dlm stadium pe cte???

Kalu begini la sikap pengurusan FAM sampai bila-bila pun bola sepak Malaysia tidak kemana. Sejujurnya biarlah orang yang pegang pengurusan bola sepak tau tentang bola sepak..Jangan dilibatkan politiking seandainya mahu bola sepak kita maju setanding dengan Korea dan Jepun...

Friday, January 21, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA

BUAT PEDOMAN BERSAMA.

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

(DR.FADILAH KAMSAH)

Wednesday, January 19, 2011

~antara CINTA dan SAHABAT~

emmm mula2 fikir mmg mls nk tulis sal entri nie..tp memandangkan bnda ni slalu maen kat fikiran n ditambah ngn xde keje nk wat, so why not i tulis ape2..lagipun lame xupdate blog asenya..hihi

OK...citenya bermula disebuah opis di sebuah negeri kelahiran Tok Kenali..opis nie terletak berdekatan dgn Kolej Sultan Ismail (SIC) Jalan Telipot..pe la yg ak melalut nie..trs jela cik faris weiii...

Camni sbnrnya..ak keje kat sini baru lagi..dlm 3 bulan cmtu la..keje ak melibatkan teknikal..nk lbh terperinci ia berkaitan ngn projek...so bnyak la ak kena handle mengenai projek2 pembinaan loji..dan biasanya bila ia berkaitan ngn pembinaan yg besar, selalunya dilantik sebuah perunding tuk keje2 berkaitan..

So nak dipendekkan cite, keje ak banyak ngan seorang jurutera perunding tersebut..serba sedikit mengenai jurutera tersebut seperti berikut:

nama: ak kenalkan sbgai IZ
jantina: perempuan (xkan la nk bercinta ngn laki..opss)
umur: 25 (tua dia setahun dari ak)
status: makwe orang (kl xde pe2 hal thun dpn kahwin..emm)

Mula-mula tu ak xde pe2 perasaan pn kat IZ nie wpun die mmg comel..cam kawan2 perempuan yg laen gak la..tp hbgn kami mula rapat bila banyak keje kn wat sama2..kdg2 g site pun sama-sama..n then minggu lps ak ase hbgn kami makin rapat..sbbnya bos ak ade kursus selama 4 hari..so banyak la bnda yg nak kena settle sbb minggu nie nak kn siap keje tu..biasanya IZ wat keje ngn bos ak je..so sepeninggalan bos ak nie, ak la yg kn settle ngn IZ..dah la keje sampai malam...pah ari sabtu pun keje ngn IZ sbb nak siapkan benda tu..

Untuk perhatian pembaca, IZ nie tinggal berdekatan je ngn umah ak..dlm 10 minit cmtu la..(kalu bw keta la..kl jln kaki mgkn setengah jam kot br smpai..)..so masa keje ai sabtu hari tu, ak g la amik die kat umah die..kami keje smpai mlm..kul 8 mlm br blk asenya..pah g mkn same2 lak tu..dari situla perasaan ak pada dia mula rasa lain..ak ase nk je selalu ngn dia (tgk die pn xpe da)..n ak ase dlm minggu nie tiap2 hari kami jumpa..pas biz keje msti jmpa minum2..kdg2 kami blk sekali sbb die drop keta kat umah die..tp die g keje ngn ayah die..lgpn pat keje kami xjauh pun..5 minit jew..

Aku pun xtaw nape ak leh suka kat IZ..mgkn perwatakan IZ yang selalu amik berat sal ak n cara dia layan ak..IZ juga banyak cite sal pe2 mslh die kat ak (hal peribadi pn kdg2 cite) walaupun kami baru kenal..ni pun die dah bg cdgan tuk g KL sama-sama bulan April nanti nie..saja g berderak katanya..lgpun tgk tiket flight airasia RM30 je pegi balik..

Tapi masalah yang menimpa diriku ini adalah:

1) IZ da ada pakwe n kemungkinan besar akan berkahwin tahun hadapan..dia ngn bf die baru je couple..sekitar bln 8 cmtu..tp dorg da kenal sejak sek men lg..(silap ak xmasuk keje nie awal2)..heehee

2) ak sebenarnya takut tuk meluahkan perasaan ak pada dia..takut pe yg ak luahkan nanti dia xdapt terima..lgpun hbgn kami sekadar kwn sekerja tuk masa ini...ak xnak kehilangan kawan mcm dia..

3) ati n perasaan ak sebenarnya masih sakit dengan kegagalan cinta dulu..tp sampai bila ak kena tutup pintu ini???emmm

SO APA YANG PERLU AK LAKUKAN....!!!!!

1 je yang ak mampu fikir sekarang ini..lupakan IZ...anggap dia sebagai kawan baik sahaja...TITIK

Tuesday, January 11, 2011

~Kisah Tentang MINYAK~


Kuala Lumpur, 6 Jan 2011 – Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.40 seliter, manakala RON95 pula naik 5 sen.

Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat secara terpencil di dada akhbar. Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak
berhari hari lamanya.


Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,”Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur.Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna”.

Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, “Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya mencapai azam saya iaitu hidup serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas.”

Pemuda yang mahu dikenali dengan nama Ajoi , 38, yang bekerja di syarikat komunikasi berkata, “Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Dengan ini saya dapat mengurangkan aktiviti merempit di sebelah malam. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup prihatin.”

Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Sumardi , 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, “Tak payah interview saya …. Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer..”

Wartawan kami juga sempat menemubual seorang gadis yang sedang berjalan kaki melintas stesyen minyak tentang pendapat beliau mengenai kenaikan harga minyak RON97. Gadis tersebut yang juga mahu namanya dirahsiakan, berkata “Bagus la bang minyak naik, nanti harga barangan lain pun naik, ikan naik harga, ayam pun naik harga, ni bawang merah pun dah naik harga. Jadi saya boleh berdiet bang. Bolehlah lepas ni saya pakai baju fesyen-fesyen, ehmm RON tu nickname nama Badron kan bang? Tentu dia hensem…”

Untuk melengkapkan artikel biar dapat panjang sikit space di akhbar kami, wartawan kami sempat juga menemubual seorang kanak-kanak lelaki yang sedang mengepam tayar basikalnya di stesyen minyak yang sama. “Minyak mana boleh naik bro… kan kalau pam minyak tu turun masuk dalam tangki kereta…”

Wartawan sempat juga menemubual pam attendan stesyen minyak tersebut, “minyak naik pun gaji sama juga encik..tak naik pun”


kredit:isuhangat

Saturday, January 8, 2011

~Al-FATIHAH~



Dari DIA kita datang & kepadaNYA jua la kita pergi..

Setiap yang hidup pasti akan merasai MATI

Tanggal 6 Januari 2011,pasti meningatkan saya kepada satu peristiwa yang saya xkan lupakan sampai bila-bila. Pemergian nenek tercinta, Allahyarhamah Nik Embong bt Nik Idris membuatkan diri ini seperti kekosongan. Tiba-tiba teringat kenangan bersama nenek akan tersemat rapi dalam ingatan.

Kali terakhir berjumpa arwah pada 31/12/11. Masa itu ak lihat nenek masih seperti biasa. Tidak dapat cakap banyak tp dia still faham pe yang kita cakap. Kalu dia gatal, ak tolong garukan.emmm

Ya Allah Kau tabahkan lah hati dan perasaan ku ini..xmampu tuk tulis lebih panjang...

AL-FATIHAH






Thursday, January 6, 2011

Anda Sakit Jantung...


Kalau tadi mengenai jantung, sekarang nie kita tengok pula camne punca@sebab terjadinya serangan sakit jantung..Semoga menjadi panduan kita bersama..Hidup Sihat Membawa Kebahagiaan.:-)


1. Cemas


Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian.

2. Sakit dada


Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang berat.

3. Batuk atau bersin terus-menerus


Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.


4. Pening


Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.

5. Penat


Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.

6. Mual atau tidak nafsu makan


Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.

7. Sakit di bahagian tubuh lain


Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun boleh datang dan pergi.

8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur


Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit jantung, ataupun aritmia.

9. Sukar bernafas


Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.

10. Berpeluh


Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.

11. Tubuh bengkak


Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh. Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki, bengkak.

12. Sangat lemah


Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara jarinya.


kredit:isuhangat

~Tentang Sebuah Jantung~


1. Jantung kita hanyalah sebesar sekepal tangan kita


Photobucket


Meskipun jantung kita cuma sebesar kepalan tangan kita, tetapi jantung merupakan bagian tubuh yang paling aktif dan tidak pernah berhenti bekerja sekalipun kita tertidur. Kalau jantung berhenti berdenyut, berakhirlah hidup kita. Jantung tidak pernah penat dan bekerja selama kita hidup.


Jantung berfungsi secara automatik. Ia tidak seperti sebahagian besar organ badan kita yang dapat dikendalikan menurut kehendak kita.

2. Jantung bukan hanya satu pam


Photobucket


Jantung terdiri dari dua pengepam yang berdampingan. Pam sebelah kiri mengeluarkan darah ke seluruh tubuh dan membawa oksigen serta zat makanan untuk disebarkan ke seluruh sel kita. Setelah sampai di bahagian tubuh kita paling hujung, darah kembali ke pam sebelah kanan dan di hantar ke paru-paru untuk mengumpulkan oksigen yang lebih banyak. Kemudian, darah kembali ke pam sebelah kiri dan di pam keluar dari jantung. Demikianlah proses ini terus berulang.

3. Volume Pengepam satu hari


Photobucket

Ini contoh tangki 15,000 liter . Volume sebanyak ini yang tiap hari dipam dan diputar jantung kita . Dalam satu hari, jantung bekerja mengepam darah sebanyak 15,000 liter.

4. Panjang saluran darah


Saiz aorta hampir bersamaan saiz hos air yang biasa digunakan dan saiz kapilari pula 10 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut. Jika disambung semua saluran darah ini, panjang sistem ini hampir 100,000 kilometer atau bersamaan jarak mengelilingi dunia lebih dua kali!

5. Denyutannya jantung



Jantung kita berdenyut dengan kecepatan yang berbeza-beza, bergantung apa yang sedang dilakukan tubuh. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak. Sebab itu, jantung berdenyut lebih cepat, 120 kali atau lebih seminit. Ketika sedang berehat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60 hingga 80 kali semenit.

Semasa seseorang ketakutan atau stres, jantung berdenyut lebih cepat dari biasanya. Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetik sebanyak 3 billion kali tanpa berhenti. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia?

6. Tekanan pam jantung


Jantung berupaya menghasilkan tekanan yang boleh memancutkan darah sejauh 10 meter setiap kali ia mengecut. Walaupun ketika seseorang itu berehat, otot jantung bekerja dua kali ganda lebih keras daripada otot kaki seorang yang berlari pecut.

Jantung adalah anugerah Allah yang sangat luar biasa, sekarang, tugas kita adalah menjaganya dengan baik agar jantung kita mampu berfungsi dengan baik dan normal selama mungkin.


Kredit:isuhangat

Monday, January 3, 2011

~Selamat Bersekolah ~

Hari ini 3.1.11 adalah 1st day bagi hampir sejuta kanak-kanak tahun 1 di Malaysia yang akan memulakan seisi persekolahan mereka. Bila dikenang-kenangkan zaman aku masuk sekolah dulu-dulu ase2 nak gelak pun ada..hehe

Hari ini ak nak cerita la serba sedikit pengalaman ak semasa mula-mula mendaftar darjah 1..Tapi kawan2 kena janji jangan bagitau sesapa pun rahsia ini..Ini antara kita2 jew taw..huhu

Ak mula bersekolah pada tahun 1994 kira-kira 17 tahun dahulu. Ak tidak pernah masuk tadika, so bila mula-mula nak masuk sek ni ak ase xselesa la..yela xpernah bergaul ngan owg masa tu..Ak daftar masuk di Sek Keb Ismail Petra 3, Bunut Payung (kl xslp)..masa mula2 daftar nie ak pergi berteman kan ibuku..Tapi yang kelakarnya ak berada dalam kelas manakala ibuku berada diluar kelas..ak ase ibuku sorg je yang teman anaknya kat sek pada hari itu..Nak dijadikan cerita semasa ngah belajar,ak tgk ibuku xde diluar kelas..ak ape lagi dah mula rasa nak nangis..haha...ak pun bagi alasan kat cikgu nak kua g tandas..(mujur gak cikgu bagi)..ak pun kua kelas dan cari2 ibuku tapi xjumpa..ak pun apa lagi lari kua dari sek sbb ingatkan ibuku dah pulang..ak kua lari dari sek tp pak guard nmpak ak kua...die pun ape lagi follow ak ngn motor sbb nk kejar ak..ak ngat jauh gak la ak lari hingga ke jalan besar n dkt ngn traffic light..tapi mujur la pak guard tu dapat kejar ak n ak nangis minta dia hantar ak balik umah..ak xnk pegi sek da masa tu sbb ak fikir ibu dah pulang..ekeke

Dan disekolah pula,ibuku risau bila dia tengok ak xde dalam kelas..dia tanya cikgu tapi cikgu cakap ak g sek..ibu masih bimbang sbb ak lambat balik ke kelas..tapi mujur ade orang bagitau yang dia nampak ada budak lari dari sek(aku la tu..hi..)..bila ibu tau camtu,die terus call my ayah bgtau perkara tu..ayahku bila dengar berita tu terus kua ofis dan g cari ak..masa tu ayah cakap die drive keta sampai lampu merah pun dia langgar sbb bimbangkan keadaan ak..(sorry ayah sbb da menyusahkan ayah)..tapi bila dibagitau ada orang da anta ak balik umah,lega diorang..ak pun apa lagi sonok la xyah g sek..hehe

Lepas dari peristiwa tu ayah amik keputusan tuk hantar ak ke Sek Keb Padang Garong 1..kat sek ni ak bersama ngan dua kakakku..tapi ak still xleh tinggal perangai lama..kali nie yang jadi 'mangsa' adalah ayahku pula..heehee..ayahku terpaksa 'belajar' bersama-samaku didalam kelas selama sebulan..xtau la cmne perasaan ayah masa tu..cam2 cara diorag pujuk ak supaya blaja sorg2 tapi ak ttp xnak..dari kakakku sampai ke guru displin amik berat sal diriku masa tu..hehe..

Bila dikenang2 semula, begitu besar pengorbanan ayah dan ibuku tuk membesarkan ak supaya ak menjadi insan berilmu dan berguna..saat yang ak xleh lupakan adalah masa konvo ak pada bulan 10 2009..saat tu la ak menitiskan airmata ku bila pengerusi mengisahkan pengorbanan ibu bapa membesarkan anak2 hingga ke menara gading..dan hari ini,bila ak dah mula bekerja ak rasa bertuah sgt dikurniakan seorang ayah & ibu yang memberi pendidikan yang berguna untuk ku bukan dari segi pendidikan dunia tapi juga akhirat..jasa dan pengorbanan ayah ibu xkan ku lupakan sampai bila-bila..

p/s:khas tuk adik2 sekalian..amik lirik dikir TUNTUTLAH ILMU sbgai pedoman kita


TUNTUTLAH ILMU

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

bangun pagi pagi lepas mandi kita semayang
nak g sekolah cium tangan ayah ibu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

balik sekolah bila dah lepas makan
kerja cikgu suruh kita buat selalu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

diwaktu petang adik g ngaji quran
bila dah malam rajinlah baca buku

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

masa belajar tanamlah sifat nak melawan
biar periksa dapat nombor 1

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

masa mengaji toksoh malu toksoh segan
benda hok tak tahu cepat-cepat tanya cikgu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

dadah dan ganja jangan adik nak telan
bila ketagih tubuh segar jadi layu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

bila dah kaya jadi pegawai kerajaan
jangan mu lupa jasa ayah dan ibu

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

perkara hok baik adik ambik buat teladan
perkara hok buruk jangan adik nak tiru

adik adik di bangku pelajaran
tuntutlah ilmu jangan mudah jemu

Sunday, January 2, 2011

2010 Tinggal Kenangan 2011 Penuhi Keazaman


Selamat Tinggal 2010..Selamat Datang 2011..

Pejam celik pejam celik 2010 sudah meninggalkan kita..kejap jew rasanya..baru je rasa sambut tahun baru 2010 (wpun xnah sambut) ni dah tahun 2011..

Dalam meniti tahun 2010, banyak dugaan,cabaran,pengalaman suka duka yang telah ku lalui..namun semua ini perjalanan hidup..kena tempuhi jua walau ape pun yang berlaku..

Antara kisah sedih yang menghiasi diari hidupku selama tahun 2010 adalah kisah bapa saudarau yang meninggal dunia..pada tahun lalu 2 pak saudaraku meninggal dunia..1st adalah Allahyarham Nik Rusdi Nik Yaakob meninggal pada 7 Februari 2010..allahyarham sebenarnya telah mengidap penyakit kanser paru-paru tahap 4 (tahap akhir) sejak 2009 lagi dan kalau mengikut doktor dia hanya mampu bertahan sekitar 6 bulan sahaja.tapi Allah memberi kesempatan kepadanya selama setahun lebih untuk hidup..2nd adalah Allahyarham Wan Ali bin Wan Mustapha (kl x slp) meninggal pada 30 Oktober 2010..pada masa ini saya berada di Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan akhir piala malaysia antara Kelantan vs N9..Namun takdir tuhan,ketika jam 5.00 pg saya dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan beliau meninggal dunia..so ak pun terus pulang ke KB tanpa menyaksikan game tersebut..itu adalah satu pengorbanan yang mampu ku lakukan..AL-FATIHAH untuk arwah berdua..

Selain itu kisah cinta yang x kesampaian turut menghiasi diari 2010...walaupun hati ini masih terasa apa yang dia lakukan pada diriku,ak kena tabah serta anggap lah dia hanya sahabat ak..mungkin untuk berkawan ak dapat terima namun untuk bercinta lagi ak rasa tidak mungkin..apa-apa pun terima kasih pada dia sbb pernah hadir dalam hidupku untuk tahun 2010..

Selain kisah sedih dan duka,2010 turut memberi kegembiran pada diriku..selain mempunyai seorang anak buah yang comel,ARMAN tahun 2010 turut memberi kegembiraan padaku kerana mak saudara yang telah lama berjasa menjaga & membesarkan ak sejak kecil akhirnya melangsungkan perkahwinan..sukur ke hadrat Ilahi...tahniah pada ciksu..selain itu dari segi sukan,walaupun tidak terlibat secara langsung,namun sebagai penyokong Kelantan khususnya dan Malaysia amnya saya dapat turut bergembira kerana kejayaan pasukan The Red Warriors meraih gelaran sulung Piala Malaysia dan juga pasukan Harimau Malaya yang berjaya meraih Piala Suzuki AFF..

Untuk diriku pula,setelah setahun bekerja dgn syarikat construction, bln 11 yang lalu ak telah diterima bekerja dengan sebuah syarikat kerajaan negeri..alhamdulillah setakat hari ini,dah masuk 2 bulan kerja disini dan dapat la menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang baru..kalau nak cerita gembira asenya terlau banyak untuk diceritakan namun 2010 ini banyak mengajar ak lebih matang dalam sesebuah kehidupan..

Untuk 2011 ini pula, kalau orang lain ada azam,ak pun ada azam juga..1st ak nak mengurangkan berat badanku yang skrg ini sedikit naik..bukan pe demi kesihatan ak..selain itu insyaallah tahun 2011 ini akan menyaksikan perubahan besar dalam diriku..ak tidak akan bgtaunye skrg kerana bila ia sudah berlaku,ak akan bgtau cerita sepenuhnya..harap2 akan berlaku dengan baik..oleh itu mulai hari ini ak perlu lbh kuat bekerja n kumpul wang untuk semua2 ini..apa2 pun harapnya tahun 2011 ini memberi lebih banyak kegembiraan padaku berbanding tahun 2010..insyallah...