Showing posts with label POLITIK. Show all posts
Showing posts with label POLITIK. Show all posts

Wednesday, August 26, 2009

PAS kekalkan Permatang Pasir


YB Mohd Salleh Man dijulang oleh penyokong selepas memenangi p/raya kecil DUN Permatang Pasir dengan majoriti 4551. Foto:Mstar

TAHNIAH diucapkan kepada calon PAS iaitu YB Mohd Salleh Man diatas kemenangannya sebagai wakil rakyat di Permatang Pasir.Ini adalah kemenangan ke-7 Pakatan Rakyat daripada 8 pilihanraya kecil selepas PRU 12.Sesungguhnya banyak yang dapat dipelajari dari pilihanraya ini baik Pakatan maupun BN.Pepun ini adalah momentum rakyat yang mahukan perubahan dan selagi kerajaaan BN tidak mendengar rayuan rakyat,tidak mustahil Pakatan akan memerintah Malaysia ini pulak.BN perlu mendengar rintihan rakyat terutama isu-isu mengenai ISA,PPSMI,kebebasan media cetak maupun elektronik dll.Disini saya sertakan serba sedikit analis mengenai pilihanraya Permatang Pasir.

Calon Undi

1.Mohd Salleh Man (PAS) 9618

2.Rohaizat Othman (BN) 5067


Majoriti 4551


Undi Rosak 83


Peratus Keluar Mengundi 73.1%

Pemenang adalah YB MOHD SALLEH MAN

Takbir.

Saturday, August 15, 2009

Permatang Pasir: Salleh lwn Rohaizat

PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos. Petang ini, BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Calon bebas

Sebelum ini, seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk mencuba nasib sekali lagi bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pasir.

Kamarul sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti tetap gagal.

Berikutan itu, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan calon bebas.

Wednesday, July 29, 2009

Makluman Pergerakan Mansuh ISA

Kenyataan Media (29 Julai 2009)

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:


a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Sekian,



KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Monday, April 13, 2009

Amy SEARCH nafi masuk PAS


Tok Guru bersama Amy SEARCH n Renggo ARROW

KOTA BAHARU: Ikon rock negara, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.

Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.

"Tidak...saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.

"Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.

"Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.

~Bernama~

Wednesday, April 8, 2009

PAKATAN 2 BN 1

TAKBIR..HIDUP RAKYAT...thniah pd nizar n manikumar krana mene p'raya bkt gntang n bkt selambau..mjoriti jg b'tmbh..jelas rakyat dh xnk pd UMNO..hrp2 p'rubahan rakyat kekal smpai p'raya 13 n PAKATAN RAKYAT memerintah MALAYSIA...AMIN...

Friday, April 3, 2009

NAJIB PM KE-6

desas-desus sdh t'jwb..NAJIB PM KE-6..ambo arap bwh pimpinan beliau nie akan lbh t'buka khusus kpda rakyat n pembangkang..ingat la bhwa jawatan itu sementara shja...dan utk RPK di parlimen n dun pd 7 APRIL nie,ambo arap rakyat dpt wat kptsn yg terbaik n mngundi calon yg btl2 leh kerja utk rakyat...HIDUP RAKYAT

Thursday, March 26, 2009

KERI KETUA PEMUDA, SHAHRIZAT KETUA WANITA UMNO

wpn ambo x amik tau sgt sal UMNO nie,tp sbb ambo nie jenis open ambo cito la skit mngenai pmilihan UMNO nie...sbb duk gege sgt dale TV n surat kaba...KHAIRY jamaluddin (mnantu pok loh) mene jawatan ketua pemuda umno mnewskan MUKHRIS MAHATDIR (btol xtau ejo namo dio..hehe...) n KHIR TOYO (ex MB SLGR)..SHAHRIZAT lak mene mnwskan RAFIDAH AZIZ...

Monday, February 9, 2009

PERAK oh PERAK

smnggu duo ni,sbuk sal ngeri perak..ade gak kwn2 tnyo ambo sal pergolakan d perok nie..gni la, bg ambo, kito trime jela kptsn sultan wpn pd ambo la lbh baek DUN d bubarkan supayo rakyat perak leh memilih wakil rakyat mrka..lg pn ngn majoriti yg skit nie,x mustahil ade pulok wakil rakyat yg akn jd 'katak'..wpn pd hakikat nyo YB Nizar msh sah sbgai MB Perak mngikut p'lembagaan nyo, yakni slagi xdo undi x prcaya dlm DUN,kito trime la kptsn sultan perak seadanya..kt tnggu jela PRU 13,rakyat akn wat kptsn pulok..cukup2 la b'politik..ms skrg tmpukan kerja n kebajikan kpda rakyat..rakyat akn menilai wakil mereka nti..wokey..