Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha 1430H


Untuk rakan-rakanku sekalian,
ambo mengambil kesempatan untuk mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Semoga kita mengambil pengajaran
mengenai nilai pergorbanan itu sendiri

Sunday, November 22, 2009

Tinggal Kenangan - Saleem




Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Saturday, November 14, 2009

2 Kisah Benar

Masa ak duk lepak2 ngan pekerja2 kat tempat ak kerja, ade sorg nie cte tentang 2 kisah benar...
Kalau korg nak percaya,percayalah...Kalau xnak percaya, korg fikirlah sendiri..


Kisah 1: Kucing dan Anjing

Korang tau x kenapa kucing akan kambus 'bahan buangannya' bila die buang. Kisahnya camni,pada masa lalu kucing dan anjing nie sangat la baik. Tapi suatu hari, anjing meminta kucing untuk mengajarnya memanjat pokok. Kucingkan 'terror' panjat pokok. Tapi kucing x mahu lalu lari kearah pokok dan memanjatnya sambil dikejar oleh anjing. Sampai kat pokok tu anjing berada bawah pokok manakala kucing diatas pokok. Lalu anjing bagitau kat kucing, kalau aku jumpa kau siaplah kau. Aku akan cari kau xkira dimana kau berada. Oleh kerana ketakutan sbb itulah kucing bila buang 'najis' die akan kambus supaya x dapat dihidu oleh anjing..Benarkan..hiihii..


Kisah 2: Kisah Unta, Babi dan Buah Gajus

Pada suatu hari unta dan babi ingin lumba lari bagi mengetahui sape yang paling laju. Ketika berlari unta berada didepan babi. Tiba-tiba unta ternampak pokok buah gajus lalu ia pun mem'brek' secara tiba-tiba. Kerana stop dengan mengejutlah bonggol di atas badan unta timbul. Dan babi pula tidak sempat mem'brek lalu terlanggar pokok buah gajus itu.Sebab itu hidung babi 'penyek' seperti sekarang dan kerana perlanggaran itulah biji buah gajus terkeluar seperti yang kita tengok sekarang ini..Hihi

KENAPA.....TAK PERCAYA....!!!!!!

LU FIKIRLAH SENDIRI...

Monday, November 9, 2009

KELATE: Menang Dalam Kalah

MENGECEWAKAN...Itulah yg dapat ambo luahkan pada kekalahan Kelantan malam Sabtu lalu..Serba-serbi tidak menjadi..Dari segi pemain,penyokong,peminat dll..Kita menerima kekalahan itu namun permainan pemain2 Kelantan amat mengecewakan.Tidak seperti perlawanan akhir piala FA semasa bertemu Selangor dimana semangat juang pemain begitu tinggi..Walaupin tewas 3-1 kepada Negeri Sembilan namun pasukan Kelantan tetap menang..Kalau nak tau kenapa??Baca seterusnya..

Disini ambo akan bgitau sbb2 pasukan Kelantan kalah dan menang menurut pandangan ambo sendiri..Kita mulakan dengan KEKALAHAN:

1. Percaturan yg tidak kena dari jurulatih bila meletakkan Farhan sbgai midfield sedangkan beliau pemain penyerang.Dan jg memasukkan Farisham (jersi no 9) sebagai pemain penyerang pada awal2 game. Sepatutnya memasukkan Che Hisamuddin.

2. Pemain-pemain berasa gugup bila bermain dihadapan lebih 70 ribu penyokong RED WARRIORS terutama pemain-pemain yg 1st time main final.

3. BOMOH..Sebelum perlawanan bermula kira2 sejam sblum start game, pemain2 n pegawai2 N9 ade masuk ke dlm stadium untuk melihat kdaan dalam stadium ketika itu. Namun ade beberapa pegawai N9 kelihatan berkeliaran di keliling gol Kelantan dan ade orang melihat pegawai tersebut mencurahkan air di pintu gol Kelantan. (sape2 ade gmbr or video ketika perkara tu berlaku,harap leh tunjukkan)

4. Pemain2 Negeri Sembilan dapat menguasai bola dan mendapat gol awal.



KEMENANGAN...

1. MENANGgung kekalahan..Itu sudah pasti..hehe

2. MENANGgung malu atas sikap segelintir penyokong2 yg membuat kacau didalam stadium seperti membakar kerusi n membaling mercun kepada pihak polis.

3. Menang sorak kerana hampir 3/4 stadium dikuasai oleh penyokong2 RED WARRIORS n N9 hanya 1/9 je..Bergema sorakan GOMO KELATE GOMO..namun bila N9 score gol pertama terus senyap hingga game tamat...


Pepun TAHNIAH RED WARRIORS kerana berjaya melangkah ke final Piala Malaysia setelah hampir 40 tahun tak dapat masuk final..Kalau dikira,pasukan Kelantan antara pasukan yg paling berjaya tahun ini kerana walaupun kali pertama dapat masuk Liga Super namun dapat masuk final 2 kali yakni final Piala FA n Piala Malaysia..Ini adalah musim kebangkitan pasukan Cik Siti Wan Kembang ini..Harapnya tahun hadapan kita dapat memperoleh kejayaan yang lebih bermakna...Adiosss....


GOMO KELATE GOMO


p/s: Gambar2 sekitar perlawanan akhir akan diupload kemudian..

Friday, November 6, 2009

Indra : Pemain Paling Bernilai

AYAM tambatan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin diumumkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS-FAM 2009 di Hotel Hilton, Petaling Jaya semalam.

Lebih membanggakan apabila Indra turut diumumkan sebagai Penyerang Terbaik.

Kejayaan itu pastinya memberi suntikan semangat buat Indra, 28, menjelang final Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini.

"Satu penghargaan dapat memenangi anugerah ini dan ia secara tidak langsung memberi lonjakan semangat kepada saya menjelang final Sabtu ini," kata Indra yang pernah beraksi untuk Perak, Pahang dan Selangor sebelum berhijrah ke Kelantan musim ini.

Selaku penerima anugerah Pemain Paling Bernilai, Indra merangkul trofi serta hadiah wang tunai berjumlah RM3,000.

Bagaimanapun, Indra diwakili pengurus Kelantan, Azman Ibrahim kerana dia masih menjalani latihan di Kota Bharu.


Indra Putra


Anugerah-anugerah lain pula menyaksikan Penjaga Gol Terbaik dimenangi Farizal Marlias dari Perlis, Pertahanan Terbaik dimenangi Aidil Zafuan Radzak (Negeri Sembilan), Pemain Tengah Terbaik dimenangi Amri Yahyah (Selangor) dan Pemain Harapan dimenangi Muslim Ahmad (Harimau Muda).

Baki empat lagi anugerah iaitu Jurulatih Terbaik dimenangi K. Devan (Selangor), Persatuan Bola Sepak Terbaik dimenangi Selangor, Kelab Terbaik dimenangi Johor FC dan Kelab Penyokong Terbaik dimenangi KL Plus.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berkata, sistem pemilihan tahun ini menerusi panel pengadilan dilihat lebih realistik berbanding undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para peminat seperti dilakukan sebelum ini.

"Saya berpendapat sistem secara panel daripada wakil FAM, media dan 100PLUS ini lebih realistik. Anugerah seumpama ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi para pemain tempatan untuk dipilih menjadi yang terbaik.

"Diharap anugerah ini dapat diadakan secara berterusan setiap tahun pada masa akan datang," kata Azzuddin.















GOMO KELATE GOMO
















Sumber : KOSMO Online

Monday, November 2, 2009

Darah Tinggi....!!!!!



Arghhhhhh tidakkkkk.......!!!!!! ak ade penyakit DARAH TINGGI... argh x mungkin....

Malam tadi ak ade cuba alat tuk check darah yg pak sedara ak beli...
Memang bnda tu hospital guna gak...
Check puna check ak tgk darah ak naik tinggi...
Adakah ak mengalami penyakit darah tinggi...
Ak cuba sedapkan ati ak,mungkin sbb ak mkn pedal dan hati malam tadi..
Tu yg darah naik tu...
Tapi mgkin gak sbb keturunan sbb ayah ak ade darah tinggi..
emmmm...
Kalau nk tau result samada ak ade pnyakit darah tinggi ke rendah ker...
Ak akan check smula bila ak xmakan pe2..
Masa tu baru kite tau yg kte tol2 ade pnyakit tu ke x..
Tapi wat masa skrg nie,ak akan mula pantang makan..
hehe

Sunday, November 1, 2009

6 Hari Sebelum Final Piala Malaysia




Sabar penyokong2 RED WARRIORS...
Xlama dah...
Harap2 tahun ini Piala Malaysia pulang ke Kelantan..
Dengar2 tiket leh mula dibeli ari Rabu ini..
Tapi untuk jualan di stadium Kelantan..
Tuk Bukit Jalil lak mgkn sehari or pada hari perlawanan..
Jom kita penuhkan Bkt Jalil dengan Lautan Merah..
Sebelum tgk aksi final Sabtu ini..
Jom kita tgk aksi2 semalam yg membawa Kelantan ke Final Piala Malaysia






GOMO KELATE GOMO