Thursday, December 30, 2010

Tahu Tapi Buat Tak Tahu..

Kita tahu…. hidup hanya sementara
Tapi kenapa kelakuan kita seperti mencerminkan bagai kita hidup selama-lamanya di dunia ini?

Kita sememangnya tahu sangat alam kubur dan alam akhirat itu ada..
Tapi kenapa kelakuan kita seperti alam kubur tu lambat lagi untuk kita.

Kita bercita-cita nak masuk syurga
Tapi amalan kita hanya cukup makan

Kita takut sangat masuk api neraka. Nauzubillah
Tapi kenapa kelakuan kita seperti kita dah bersedia nak dijilat api neraka.

Sedangkan di dalam Al-Quran sudah jelas

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggembirakan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

Jelaslah kita tahu tapi buat tak tahu….

Ya Allah kuatkanlah iman kami, jauhkan dari godaan Syaitan. Kami tak mahu bersama mereka di dalam api neraka,kami mahu bersama ahli syurga, bersama kekasih kami Nabi Muhammad, para anbia, para syuhada dan sebagainya.

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH...

Pujian itu diberikan kepada semua player,jurulatih n pegawai Malaysia yang telah berusaha supaya pasukan bola kita menjadi Juara Piala Suzuki AFF untuk kali pertama sejak piala ini dilancarkan 14 tahun dulu..

Syabas untuk penjaga gol malaysia aka Kelantan,Khairul Fahmi Che Mat yang telah beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pihak lawan selama perlawanan ini berlangsung..

Tidak lupa kepada gandingan pemain pertahanan negara yang rata-rata masih muda sekitar 21 tahun yang menunjukkan kematangan menangkis gerakan-gerakan bahaya pihak lawan..(Mahali, Sabree Abu, Fadli Shas, Muslim Ahmad, Asaruddin Putra Omar)

Ditambah dengan strategi pemain-pemain tengah yang mengawal serta mengumpan permainan supaya menjadikan perlawanan begitu seronok ditonton serta gerakan pantas yang mampu menghasilkan gol..(Amirul Hadi, Asshari Shamsuddin, S Kunalan, Safiq Rahim, Amri Yahyah)

Rangkaian 2 penyerang terhebat negara setakat ini Nor Shahrul Idlan Talaha & Safee Sali menjadikan pasukan kita begitu menyengat bila menentang musuh..Penyudah yang berkesan serta gerakan gelecek yang dipamerkan 2 penyerang hebat ini membuktikan bahawa sememangnya MALAYSIA layak digelar juara baru asia tenggara..

Apa-apa pun perjalanan bola sepak kita baru bermula..Jadikan 2010 sebagai permulaan dan 2011 sebagai pemangkin untuk kita menempah lebih banyak lagi kejayaan.. Kita juga berharap sokongan kepada pasukan kita biarlah berterusan yakni jangan kita sokong bila pasukan kita menang sahaja tapi biarlah walaupun kita tewas,sokongan padu tetap pada pasukan kita..

Sekali lagi tahniah...tahniah..tahniah..

Monday, December 20, 2010

Mengapai Impian

Semua orang mempunyai cita-cita tapi kebanyakannya tidak berjaya. Mengapa orang yang bercita-cita besar tidak maju-maju? Mengapa langkah kita tersangkut? Apa yang membuat kita gagal? Kita terus berfikir positif, terus memotivasi diri mereka tapi kita tidak kemana-mana …

Ini dia masalahnya:

1. Terlalu lama berfikir tanpa sebarang langkah ternyata tidak akan membawa kita kemana pun. Semua ada risiko, cepatlah memutuskannya, setiap keputusan pasti ada risiko dan risiko tersebut harus kita terima. Tempuhilah semua tanpa penyesalan!

Atau jadikan cita-cita kita itu hanya sekadar angan-angan kosong dan esok bersambung angan-angan tadi dan terus menjadi angan-angan yang panjang.

2. Kita mesti sedar kewujudan kita di bumi ini hanya sementara, terlalu banyak perancangan baik yang tidak tercapai hanya kerana kita tidak menetapkan timeline dalam perancangan kita. Kita terus menunda, sementara waktu terus berjalan. Beberapa kali kita terus berdalih: “Belum waktunya, harus bersabar, perancangan belum cukup, belum dapat gerak hati dari Allah”

3. Malas dan suka menunda adalah penyakit yang negatif. Kejayaan tidak datang dengan bergolek, mesti ada usaha! Apa pun silalah menunda, 5 tahun dari sekarang anda akan masih tetap sama dengan sekarang ini.

4. Kita memerlukan orang-orang yang tepat untuk maju. Kadang-kadang kita tidak boleh menjadi maksimum dalam persekitaran yang tidak boleh membuat kita menjadi maksimum. Terlalu lama berendam di kolam yang kecil membuat kita jadi lembik dan terus merasa puas kerana menjadi yang cukup di pertandingan di kolam kecil itu. Kita harus keluar dan melihat keluar, lihat dan tataplah lautan luas! Masih banyak ikan yang lebih besar dari kita, rasa puas yang kita miliki adalah kepuasan sementara!

5. Jauhi dan buang semua halangan. Ada banyak halangan untuk maju, seperti orang-orang yang tidak tepat, kesenangan sekejap, kegiatan yang tidak berguna, semua perkara yang mengganggu konsentrasi, semua perkara yang mengganggu dalam berfikir. Lebih baik dihilangkan, karena what lies ahead is bigger than you ever expected when you have a strong will! Too much useless things will kill your time, when you kill your time, no result, no outcome, you are going no where.

6. Tidak suka belajar anda akan tetap menjadi orang yang “cukuplah ni”. Overestimating yourself surely ruins you. Underestimating yourself won’t unleash the real you! Maka galakkan anda sampai ke titik maksimum anda, maka anda akan tahu sampai dimana dan apa yang mampu anda lakukan.

7. Teori selalu berbeza dengan realiti, jangan panik apabila anda menemui banyak perbezaan. Jangan pernah berfikir semua orang itu baik, bahkan banyak sekali orang yang pasang topeng senyum sementara memegang pisau di balik baju mereka.

Demikian juga dengan prosedur kehidupan, orang lebih suka dengan para manusia yang suka dan pandai bercakap, serta pengampu berbanding orang yang suka berterus terang. Kerana kata-kata manis lebih di dengar berbanding kenyataan.

Apa yang anda inginkan? Apakah yang ingin anda capai? Apapun itu, anda akan terus berkata: “the best is yet to come.” Beberapa orang berkata seperti itu kerana hanya menggembirakan diri akibat dari “the best is never come in your life”.

Berharap hari esok lebih baik dari hari ini, well that’s good. Tetapi, hari esok tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini bila anda tidak mengambil tindakan pada hari ini untuk berubah dan mencapai apa yang anda impikan.

Jika anda mahukan sekarang, kita mesti mulakan langkah sekarang,berubah sekarang.

Progress semestinya jelas dan realistik. Kalau tidak ada progress yang nampak, ertinya anda TIDAK ke mana-mana!

Perancangan yang baik, tidak akan dan tidak mungkin menjadi kenyataan tanpa tindakan nyata. The Power of NOW! Now or NEVER!


KREDIT:isuhangat.blogspot

~ mengidam ~


~waaa.....ak tol2 mengidam sekarang nie...tapi nape lak ak leh mengidam nie..~

Kisah ini bermula ketika handphone ak rosak..main msg leh tp kalu nk ckp xleh sbb xdgr..rosak speaker die kot..so dari situ la ak mula2 mengidam nk beli fon baru...bkn pe sng nk contact2 aweks...opppsss...hahaha

Tapi dlm perkiraan otak ak skrg nie ade 2 fon je yg menarik minat ak..udah semestinye jenis NOKIA punye...

1st yang menarik minat ak adalah NOKIA C6..bkn pe tgk design die lawa gak la...n function die pn ok la..selain de 3g n wifi,kamera die pn leh tahan gak la...5MP..






Satu lagi fon yg menarik minat ak adelah NOKIA E71..yg nie pn ok gak la bg ak..cam blackberrry pn ade...hukhuk...harga & function lbh krg sme ngn C6..cm kamera 3.2MP..




So risz...pe lg mau fkr2..sambar jela..nnti melepas..huhu..
risz:xkot bln nie..amik thn baru la best...lgpn bln nie dan pokai kjp..kn byr loan keta,servis agi..nie nnti nk kn byr road tax lak..tu la spe suh maen kete..hahaha...


Nak tau function C6 tekan SINI n nak tau function E71 tekan SANA...

Sunday, December 19, 2010

SR & BB bukan milik Kelantan

SAH
Safiq Rahim(SR) & Badrol Baktiar(BB) tidak sertai pasukan Red Warriors tahun depan..mungkin tiada jodoh tuk tahun 2011..ekekeke....

Pepun perjuangan akan diteruskan.Semoga pasukan Red Warriors terus berjaya untuk tahun 2011..

~GOMO KELATE GOMO~



p/s:TAHNIAH tuk pasukan MALAYSIA kerana layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010.Semoga kejayaan menjadi milik kita nanti..AMIN..

Thursday, December 16, 2010

Safiq Rahim & Badrol Baktiar ke KELANTAN????

Desas-desus mengatakan 2 pemain (antara pemain terbaik negara) akan menyertai pasukan The Red Warriors akan terjawab petang ini.Ini kerana semalam adalah hari terakhir untuk pendaftaran pemain.Tetapi siapakah 2 pemain itu.???

Diberitakan bahawa Safiq Rahim & Badrol Baktiar akan menyertai pasukan kita.Namun berita itu belum dapat dipastikan sehingga 1 pengumuman pemain akan diberitahu kelak oleh Presiden KAFA,Tan Sri Anuar Musa.Kita berharap kalau berita ini betul dan sahih,penyokong2 Red Warriors pasti gembira setelah kita kehilangan 3 tonggak iaitu indra,farhan n azizi..

Sekarang ini yang pasti menyertai pasukan kita adalah Khalid Jamlus,Wan Rohaimi,Nurul Azwan Roya,Solehin Kanasiah@K.Soley dan Aziz Ismail.Dan seandainya dua pemain hebat tersebut akan beraksi bersama pasukan kita,insyallah peluang kita untuk meraih 3 piala musim depan akan terlaksana(harap2nya..amin)..

Pepun kita tunggu pengesahan Presiden KAFA petang ini..

Monday, December 13, 2010

Sudah terang lagi bersuluh

SAH....itulah gambaran yang dapat dibuat bila 3 pemain kesayangan The Red Warriors (indra,farhan & azizi) menyatakan hasrat untuk bermain dengan pasukan T-Team untuk Liga Super 2011. Walaupun pengesahan dari pihak T-Team telah menyatakan bahawa 3 pemain ini akan beraksi bersama pasukan mereka musim depan,namun status pemain-pemain ini masih dikira belum terjawab. Ini kerana menurut pihak Pengerusi Jawatankuasa Pemain, YB Dato Takiyudin, mereka bertiga MUNGKIN akan digantung untuk 1 musim sekiranya ada perkara yang tidak diselesaikan semasa proses pengambilan pemain.

Bila dibaca dari dua-dua pihak (KAFA & T-Team), saya merasakan episod ini akan lebih berlanjutan sekiranya tiada kata putus dari kedua-dua pihak.Oleh itu kita berharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Kepada pihak KAFA,saya merasakan tiada guna lagi kita berharap pada yang tidak sudi bermain dengan pasukan kita. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka tidak mahu kekal bersama pasukan yang memenangi gelaran Piala Malaysia buat kali pertama.

Pepun kita sebagai penyokong The Red Warriors akan terus menyokong pasukan kita untuk selamanya..


~Sokongan kita bukan ketika menang sahaja tapi zaman-berzaman~

~GOMO KELATE GOMO~

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Salam Awal Muharam 1432 H untuk penjenguk2 sekalian..

Sedar x sedar dah setahun umur kita semakin meningkat..

Dalam pada tu kita pun xsedar dah berapa banyak amal serta dosa y kita telah lakukan..

Semoga dgn tahun baru ini,kehidupan kita akan lebih bahagia serta dilimpahi nikmat dariNYA sentiasa..
AMIN

Saturday, December 4, 2010

~ Gege Riuh ~

Gegak gempita tentang kem bola sepak kelantan...apa tidaknya selepas kejayaan meraih kejuaraan piala malaysia untuk kali pertama sehingga perarakan piala dipolitikkan,kini pula bising mengenai perpindahan pemain..

Sebagai seorang peminat bola sepak kelantan,seharusnya perkara2 begini tidak perlu diperbesarkan..sudah menjadi lumrah pemain bola sepak untuk menukar haluan masing2 apabila sudah merasakan kepuasan bermain untuk satu2 pasukan.begitu juga dengan tindakan farhan,indra n azizi yang mahu meninggalkan paukan The Red Warriors..sepatutnya bagi pihak KAFA terutama Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa tidak melatah dalam soal ini..tidak perlu memberitahu bahawa pemain2 ini lupa diri or kita mengangkat mereka mnjadi bintang..secara tidak langsung semacam kita tidak menghargai penat lelah mereka selama ini yang berkorban sehingga kita berjaya mendakap Piala Malaysia tahun ini..

Bagi saya,biarkan lah mereka pergi jika mereka mahu..mungkin mereka ada sebab tertentu yang memungkinkan mereka mahu pergi dari pasukan ini.namun jangan kita lupa juga jasa dan pengorbanan mereka..jangan sampai mereka pula bersuara yang suatu hari nanti akan menampakkan keburukan pihak KAFA pula..sebagai contoh hari ini(4/12/10) akmal rizal telah memberitahu tentang bonus yang dijanjikan oleh pihak KAFA belum dapat sedangkan pemain2 lain sudah dapat..(sila rujuk akhbar Kosmo)..jgn nanti keluar pula pihak KAFA tidak membuat pembayaran KWSP,isu gaji dll..ini yang kita tidak mahu dengar..

Buat penyokong2 The Red Warriors, kita terima hakikat yang mungkin mereka ini tidak lagi bersama pasukan kita lagi tahun depan seadanya..mungkin dgn perginya mereka ini,akan membuatkan pemain2 muda kita menjadi lebih hebat jika diberi banyak peluang..mungkin lebih hebat dari mereka..kita tgk saja contoh pasukan MU bilamana cristiano ronaldo pergi,pemain2 muda seperti nani,anderson,oberton mula naik dan MU still hebat..ini semangat yg kita mahu..kita sokong pasukan bukan kerana pemain tetapi kerana nama pasukan kita KELANTAN..

Pepun terima kasih kepada indra,farhan,azizi,akmal,hairuddin serta syed adney diatas jasa dan pengorbanan anda semua sehingga pasukan kita mendakap Piala Malaysia 2010..

TERIMA KASIH

Bangun pagi hari ini rasa lain jew..rasa duk dalam dunia baru..ape taknye bila mengenangkan kehidupan kita makin terbeban..tapi kenapa???

Terkejut(wpun da taw awal2) tindakan kerajaan yang tetiba menaikkan harga minyak n gula..ape kes...tiada ribut tiada taufan tetiba mahu dinaikkan..walaupun kenaikkan cuma 5 sen/seliter tapi cuba kita fikirkan..apekah kita guna minyak hanya 1 liter..kalu dulu kita bayar rm10 dapat hampir 6 liter skrg??korg kiralah sendiri..

Yang pasti jawapan dari pihak kerajaan minyak kita masih murah jika dibandingkan Singapura,Indonesia,myamar dll(mereka mahal sbb negara mereka bkn pengeluar minyak..so dorg kn import minyak sbb tu mahal)...kenapa kita x bandingkan ngan negara2 pengeluar minyak yg lain seprti qatar,iran dll sedangkan kita pengeluar minyak..

Dan satu lagi jawapan yg hebat adalah nak kurangkan subsidi kerajaan...kenapa???kerajaan dah xcukup duit kah...atau duit ni nk kumpul sebab nk wat bangunan warisan 100 tingkat yg belum tentu baik untuk rakyat..tidak terasakah kerajaan tentang kesan kepada rakyat bila harga minyak naik...semua barang2 akan naik kerana kos pengangkutan di ambil kira..

So apa tindakan kita???senang sahaja sebagai rakyat yg diberi peluang untuk mengundi akan datang..kita tukar kerajaan baru plak..mana tau kerajaan yg baru nanti akan lebih membela rakyat..jgn kita terus diperbodohkan oleh cerita media yang akan terus menghasut kita dengan cerita2 putar belit mereka..berharap pilihanraya akandatang akan memberi kemenangan kepada parti yang betul2 ikhlas membantu rakyat...

Pepun TERIMA KASIH kepada kerajaan diatas jasa menaikkan harga minyak ini...Rakyat diutamakan...Hidup 1 Malaysia..!!!

Ni senarai harga minyak tuk tahun 2010 di negara2 pengeluar minyak dlm seliter...

11.MALAYSIA RM 1.80
10.UAE RM1.22
9. BAHRAIN RM 0.89
8. QATAR RM 0.72
7. KUWAIT RM 0.69
6. LIBYA RM 0.46
5. ARAB SAUDI RM 0.39
4. IRAN RM 0.36
3. NIGERIA RM 0.33
2. TURKEMINISTAN RM 0.26
1. VENEZUELA RM 0.16