Thursday, December 30, 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

TAHNIAH...TAHNIAH..TAHNIAH...

Pujian itu diberikan kepada semua player,jurulatih n pegawai Malaysia yang telah berusaha supaya pasukan bola kita menjadi Juara Piala Suzuki AFF untuk kali pertama sejak piala ini dilancarkan 14 tahun dulu..

Syabas untuk penjaga gol malaysia aka Kelantan,Khairul Fahmi Che Mat yang telah beraksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pihak lawan selama perlawanan ini berlangsung..

Tidak lupa kepada gandingan pemain pertahanan negara yang rata-rata masih muda sekitar 21 tahun yang menunjukkan kematangan menangkis gerakan-gerakan bahaya pihak lawan..(Mahali, Sabree Abu, Fadli Shas, Muslim Ahmad, Asaruddin Putra Omar)

Ditambah dengan strategi pemain-pemain tengah yang mengawal serta mengumpan permainan supaya menjadikan perlawanan begitu seronok ditonton serta gerakan pantas yang mampu menghasilkan gol..(Amirul Hadi, Asshari Shamsuddin, S Kunalan, Safiq Rahim, Amri Yahyah)

Rangkaian 2 penyerang terhebat negara setakat ini Nor Shahrul Idlan Talaha & Safee Sali menjadikan pasukan kita begitu menyengat bila menentang musuh..Penyudah yang berkesan serta gerakan gelecek yang dipamerkan 2 penyerang hebat ini membuktikan bahawa sememangnya MALAYSIA layak digelar juara baru asia tenggara..

Apa-apa pun perjalanan bola sepak kita baru bermula..Jadikan 2010 sebagai permulaan dan 2011 sebagai pemangkin untuk kita menempah lebih banyak lagi kejayaan.. Kita juga berharap sokongan kepada pasukan kita biarlah berterusan yakni jangan kita sokong bila pasukan kita menang sahaja tapi biarlah walaupun kita tewas,sokongan padu tetap pada pasukan kita..

Sekali lagi tahniah...tahniah..tahniah..

No comments:

Post a Comment