Saturday, December 4, 2010

~ Gege Riuh ~

Gegak gempita tentang kem bola sepak kelantan...apa tidaknya selepas kejayaan meraih kejuaraan piala malaysia untuk kali pertama sehingga perarakan piala dipolitikkan,kini pula bising mengenai perpindahan pemain..

Sebagai seorang peminat bola sepak kelantan,seharusnya perkara2 begini tidak perlu diperbesarkan..sudah menjadi lumrah pemain bola sepak untuk menukar haluan masing2 apabila sudah merasakan kepuasan bermain untuk satu2 pasukan.begitu juga dengan tindakan farhan,indra n azizi yang mahu meninggalkan paukan The Red Warriors..sepatutnya bagi pihak KAFA terutama Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa tidak melatah dalam soal ini..tidak perlu memberitahu bahawa pemain2 ini lupa diri or kita mengangkat mereka mnjadi bintang..secara tidak langsung semacam kita tidak menghargai penat lelah mereka selama ini yang berkorban sehingga kita berjaya mendakap Piala Malaysia tahun ini..

Bagi saya,biarkan lah mereka pergi jika mereka mahu..mungkin mereka ada sebab tertentu yang memungkinkan mereka mahu pergi dari pasukan ini.namun jangan kita lupa juga jasa dan pengorbanan mereka..jangan sampai mereka pula bersuara yang suatu hari nanti akan menampakkan keburukan pihak KAFA pula..sebagai contoh hari ini(4/12/10) akmal rizal telah memberitahu tentang bonus yang dijanjikan oleh pihak KAFA belum dapat sedangkan pemain2 lain sudah dapat..(sila rujuk akhbar Kosmo)..jgn nanti keluar pula pihak KAFA tidak membuat pembayaran KWSP,isu gaji dll..ini yang kita tidak mahu dengar..

Buat penyokong2 The Red Warriors, kita terima hakikat yang mungkin mereka ini tidak lagi bersama pasukan kita lagi tahun depan seadanya..mungkin dgn perginya mereka ini,akan membuatkan pemain2 muda kita menjadi lebih hebat jika diberi banyak peluang..mungkin lebih hebat dari mereka..kita tgk saja contoh pasukan MU bilamana cristiano ronaldo pergi,pemain2 muda seperti nani,anderson,oberton mula naik dan MU still hebat..ini semangat yg kita mahu..kita sokong pasukan bukan kerana pemain tetapi kerana nama pasukan kita KELANTAN..

Pepun terima kasih kepada indra,farhan,azizi,akmal,hairuddin serta syed adney diatas jasa dan pengorbanan anda semua sehingga pasukan kita mendakap Piala Malaysia 2010..

No comments:

Post a Comment