Saturday, December 4, 2010

TERIMA KASIH

Bangun pagi hari ini rasa lain jew..rasa duk dalam dunia baru..ape taknye bila mengenangkan kehidupan kita makin terbeban..tapi kenapa???

Terkejut(wpun da taw awal2) tindakan kerajaan yang tetiba menaikkan harga minyak n gula..ape kes...tiada ribut tiada taufan tetiba mahu dinaikkan..walaupun kenaikkan cuma 5 sen/seliter tapi cuba kita fikirkan..apekah kita guna minyak hanya 1 liter..kalu dulu kita bayar rm10 dapat hampir 6 liter skrg??korg kiralah sendiri..

Yang pasti jawapan dari pihak kerajaan minyak kita masih murah jika dibandingkan Singapura,Indonesia,myamar dll(mereka mahal sbb negara mereka bkn pengeluar minyak..so dorg kn import minyak sbb tu mahal)...kenapa kita x bandingkan ngan negara2 pengeluar minyak yg lain seprti qatar,iran dll sedangkan kita pengeluar minyak..

Dan satu lagi jawapan yg hebat adalah nak kurangkan subsidi kerajaan...kenapa???kerajaan dah xcukup duit kah...atau duit ni nk kumpul sebab nk wat bangunan warisan 100 tingkat yg belum tentu baik untuk rakyat..tidak terasakah kerajaan tentang kesan kepada rakyat bila harga minyak naik...semua barang2 akan naik kerana kos pengangkutan di ambil kira..

So apa tindakan kita???senang sahaja sebagai rakyat yg diberi peluang untuk mengundi akan datang..kita tukar kerajaan baru plak..mana tau kerajaan yg baru nanti akan lebih membela rakyat..jgn kita terus diperbodohkan oleh cerita media yang akan terus menghasut kita dengan cerita2 putar belit mereka..berharap pilihanraya akandatang akan memberi kemenangan kepada parti yang betul2 ikhlas membantu rakyat...

Pepun TERIMA KASIH kepada kerajaan diatas jasa menaikkan harga minyak ini...Rakyat diutamakan...Hidup 1 Malaysia..!!!

Ni senarai harga minyak tuk tahun 2010 di negara2 pengeluar minyak dlm seliter...

11.MALAYSIA RM 1.80
10.UAE RM1.22
9. BAHRAIN RM 0.89
8. QATAR RM 0.72
7. KUWAIT RM 0.69
6. LIBYA RM 0.46
5. ARAB SAUDI RM 0.39
4. IRAN RM 0.36
3. NIGERIA RM 0.33
2. TURKEMINISTAN RM 0.26
1. VENEZUELA RM 0.16

No comments:

Post a Comment