Monday, December 13, 2010

Sudah terang lagi bersuluh

SAH....itulah gambaran yang dapat dibuat bila 3 pemain kesayangan The Red Warriors (indra,farhan & azizi) menyatakan hasrat untuk bermain dengan pasukan T-Team untuk Liga Super 2011. Walaupun pengesahan dari pihak T-Team telah menyatakan bahawa 3 pemain ini akan beraksi bersama pasukan mereka musim depan,namun status pemain-pemain ini masih dikira belum terjawab. Ini kerana menurut pihak Pengerusi Jawatankuasa Pemain, YB Dato Takiyudin, mereka bertiga MUNGKIN akan digantung untuk 1 musim sekiranya ada perkara yang tidak diselesaikan semasa proses pengambilan pemain.

Bila dibaca dari dua-dua pihak (KAFA & T-Team), saya merasakan episod ini akan lebih berlanjutan sekiranya tiada kata putus dari kedua-dua pihak.Oleh itu kita berharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Kepada pihak KAFA,saya merasakan tiada guna lagi kita berharap pada yang tidak sudi bermain dengan pasukan kita. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka tidak mahu kekal bersama pasukan yang memenangi gelaran Piala Malaysia buat kali pertama.

Pepun kita sebagai penyokong The Red Warriors akan terus menyokong pasukan kita untuk selamanya..


~Sokongan kita bukan ketika menang sahaja tapi zaman-berzaman~

~GOMO KELATE GOMO~

No comments:

Post a Comment