Showing posts with label HIBURAN. Show all posts
Showing posts with label HIBURAN. Show all posts

Friday, January 8, 2010

AJL 24: Pemenangnya adalah .........

BERTEMAKAN Music Unfold, pertandingan yang memartabatkan persaingan lagu-lagu nukilan anak tempatan, Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) bakal bersiaran secara langsung pada hari Ahad, jam 9 malam di TV3. Kali ini, anugerah berprestij yang dijalankan saban tahun itu bakal menyaksikan persaingan sengit 14 lagu terbaik sepanjang tahun 2009.

Ketiadaan tiga kategori lazim iaitu Pop Rock, Balada dan Etnik Kreatif & Irama Malaysia dalam AJL24, bagaimanapun dilihat tidak mencalar kelancaran anugerah tahunan ini. Malah, AJL24 dilihat cukup berbeza dan seiring dengan perubahan arus dan selera muzik semasa.

Istimewanya AJL24, malam keramat untuk penggiat seni muzik tempatan ini bakal menyaksikan persaingan bukan sahaja lagu baru dan segar, malah turut didominasi penyanyi dan pemuzik generasi muda. Nescaya, ia pasti memberi kelainan pada peminat dan pemerhati muzik seluruhnya.

Yuna diramal sebagai cukup berpotensi untuk merangkul AJL24 dengan lagunya, Dan Sebenarnya

Tidak cukup dengan nafas baru pada kapasiti lagu yang dipertandingkan, TV3 selaku penganjur dan penerbit turut menjanjikan kelainan pada konsep persembahan dan pementasan anugerah kali ini.

Bayangkan kelainan yang ingin ditampilkan pihak penerbitan apabila sanggup berhabis sehingga RM2 juta untuk menerbitkan satu malam yang penuh ajaib khusus untuk meraikan industri muzik yang agak 'nazak' ini.

Apa pun, nantikan saja keunikan pentas canggih yang digerakkan secara hidraulik yang bakal mementaskan kesemua peserta yang berentap malam Ahad ini.

Lagu Cinta Adam & Hawa karya 'otai' AJL, Azmeer dan Allahyarham Loloq nyanyian Misha Omar bersifat unik dan tersendiri. Menerusi melodi indah dan bait-bait lirik yang puitis, lagu tersebut berpotensi untuk berjaya.

Misha adalah penyanyi paling berpengalaman dalam saingan AJL kali ini.

Sementelah, Misha Omar dilihat cukup berpengalaman dengan pentas Juara Lagu. Harus diingat, Misha sudah beberapa kali memahat namanya di dalam arkib AJL.

Lagu Bencinta juga punya kekuatan tersendiri. Alunan muzik dan lirik segar hasil kolaborasi Audi Mok dan Faizal Tahir mungkin menjanjikan saingan sengit di malam kemuncak, Ahad ini.

Mengimbas kembali kejayaan Faizal di AJL23, tahun lalu, penyanyi berbakat besar ini telah membuktikan kehebatannya apabila dinobat sebagai Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi Sampai Syurga.

Menyedari konsistensi Faizal, tidak mustahil penyanyi kelahiran program realiti One In A Million itu bakal menggegarkan Stadium Putra, Bukit Jalil.

Estranged bukan sahaja berbakat, malah kumpulan anak muda ini juga pernah mencetus revolusi apabila diangkat sebagai kumpulan indie pertama yang menjuarai AJL22

Aurora, karya kumpulan Estranged juga tidak boleh diperlekehkan. Menyedari pengalaman dan rekod kumpulan itu di pentas AJL22 apabila lagu Itu Kamu diangkat sebagai pilihan menjuarai kategori Pop Rock dan Juara Lagu sekaligus, tidak mustahil Estraged akan mengulangi kejayaan yang sama, kali ini.

Ekoran kebangkitan muzik indie cetusan pengkarya generasi muda beberapa tahun kebelakangan ini, perhatian lebih tertumpu kepada penampilan Yuna dengan lagu keramatnya, Dan Sebenarnya yang cukup memberi impak kepada industri muzik.

Jika persembahan serba ringkas dan vokal bersahaja Yuna di pentas separuh akhir sebelum ini dijadikan kayu ukur, adalah tidak mustahil untuk graduan Undang-Undang itu dinobat sebagai juara tahun ini.

Bagaimana pula dengan nasib himpunan graduan Akademi Fantasia seperti Aizat, Stacy, Hafiz dan Akim menerusi pertaruhan lagu masing-masing? Masih Jelas yang bakal disampaikan oleh Hafiz adalah karya Aidit Alfian dan Ad Samad yang sudah biasa dengan gelanggang AJL.

Mungkinkah Aizat akan tampilkan kejutan menerusi Kau Aku dan Pergi

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aizat juga tidak boleh diketepikan. Aizat pernah melangkah ke pentas AJL23 menerusi Lagu Kita. Untuk tahun kedua penyertaannya, Aizat yang bakal tampil dengan lagu ciptaan sendiri Kau Aku dan Pergi adalah satu tarikan yang mungkin mengejutkan pentas akhir.

Siapa tahu jika lagu-lagu seperti Rindu Terhenti (Tomok), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Aku Skandal (Hujan) dan Situasi (Bunkface) akan beri kejutan malam esok.

Menebak kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik pula, kedua-dua kategori ini pernah diungguli peserta berpengalaman seperti Misha Omar dan Faizal Tahir sebelum ini.

Adakah Faizal mampu mengulangi kejayaan bergandanya di AJL23 yang lalu menerusi Bencinta kali ini?

Misha umpamanya, menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta (AJL18) dan Pulangkan (AJL19) pernah dipilih sebagai Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut-turut pada AJL18 dan AJL19.

Faizal juga pernah memenangi dua kategori itu di AJL23, tahun lalu. Mungkinkah Misha atau Faizal akan mengulangi kejayaan tersebut, atau mungkin peluang akan terbuka kepada pesaing lain? Semuanya akan terjawab berdasarkan persembahan dan vokal 13 peserta menerusi 14 lagu mereka esok.

Seperti edisi lalu, AJL24 juga bakal dikemudi oleh gandingan tiga pengacara, Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Malam kemuncak AJL24 nanti turut menggunakan orkestra yang membabitkan 40 pemuzik di bawah pimpinan Ramli MS.

Seperti tahun lalu, Faizal Ismail (kiri) dan Cheryl Samad (kanan) bakal bergandingan bersama Ally Iskandar selaku pengacara AJL24

Untuk edisi kali ini, pemenang AJL24 akan ditentukan mengikut kedudukan, iaitu Juara menerima wang tunai RM35,000, Naib Juara RM15,000 dan tempat ketiga RM12,000. Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000.

Berikut adalah senarai lagu dan artis yang bakal bersaing di pentas AJL24 mengikut giliran persembahan:

1. Aurora (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Estranged)

2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Komposer: Ajai/ Penulis Lirik: Habsah Hassan/ Penyanyi: Alyah)

3. Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer/ Penulis Lirik: Loloq/ Penyanyi: Misha Omar)

4. Masih Jelas (Komposer: Aidit Alfian/ Penulis Lirik: Ad Samad/ Penyanyi: Hafiz)

5. Situasi (Komposer/ Penulis Lirik: Sam/ Penyanyi: Bunkface)

6. Pakai Buang (Komposer/ Penulis Lirik: Edry/ Penyanyi: Stacy)

7. Pergi (Komposer/ Penulis Lirik: Pete Teo/ Penyanyi: Aizat)

8. Aku Skandal (Komposer/ Penulis Lirik: Noh/ Penyanyi: Hujan)

9. Bencinta (Komposer: Audi Mok/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Faizal Tahir)

10. Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/ Penulis Lirik: Yuzai/ Penyanyi: Black)

11. Bengang (Komposer: Amir/ Penulis Lirik: Sheikh Qalam/ Penyanyi: Akim)

12. Dan Sebenarnya (Komposer/ Penulis Lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil/ Penyanyi: Yuna)

13. Kau Aku (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Aizat)

14. Rindu Terhenti (Komposer: Aubrey Suwito/ Penulis Lirik: Tinta/ Penyanyi: Tomok)


Sumber: KOSMO Online

Monday, August 17, 2009

Akhil-Waheeda akhirnya berkahwin



HULU SELANGOR: Setelah dua tahun membiarkan banyak pihak membuat spekulasi dan berteka-teki tentang hubungan mereka, penyanyi serta penceramah bebas, Akhil Hayy, 40, dan penyanyi popular Waheeda, 30, akhirnya telah selamat diijabkabulkan di Masjid Ar Rahimah, Kuala Kubu Baru, hari ini.

Hanya dengan sekali lafaz, Akhil atau nama sebenarnya, Akhil Abdul Hayy sah bergelar suami kepada penyanyi yang popular dengan lagu Wassini itu pada majlis pernikahan mereka yang dihadiri oleh kira-kira 200 tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Turut hadir ialah dua anak Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12 dan Mohd Syarif Idayatullah, 11.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Zulhairi Jaid sekitar pukul 12 tengah hari. Pada majlis itu, Waheeda menerima mas kahwin berjumlah RM 80 serta tujuh dulang hantaran berbalas 11 dulang oleh pihaknya.

Tiada wang hantaran diberikan, sebaliknya Waheeda dan ibubapanya hanya meminta senaskhah Al-Quran daripada pihak lelaki.

Akhil yang ditemui sejurus selepas majlis pernikahan itu melahirkan rasa syukur dan berharap perkahwinan ini mampu menjadi penutup kepada segala kontroversi yang melanda dirinya dan Waheeda selama ini.

"Jodoh dan pertemuan adalah urusan Allah. Sebelum ini pun, terlalu ramai yang bertanya bila kami akan berkahwin. Jadi hari ini, kami buktikan dan berharap ia dapat menutup segala spekulasi.


Baca seterusnya disini

Monday, July 27, 2009

Yasmin Ahmad meningal dunia


Keranda arwah Yasmin Ahmad dibawa turun dari masjid.

AL-FATIHAH...semalam kita dikejutkan dengan kematian sutradara terkenal Yasmin Ahmad..walaupun ambo x pernah tonton filem2 kontroversi beliau, namun sebagai orang islam kita sepatutnya memberi al-fatihah dan berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 bertaqwa..

Yang dah pergi sudah tentu pergi.Kita yang masih hidup ini, pernahkah kita fikir amalan kita sudah cukup menghadap Ilahi.Harap Tuhan ampunkan dosa-dosa ku yang kecil mahupun yang besar.AMIN

p/s:kalu nak tau serba sedikit tentang Yasmin Ahmad TEKAN sini

Monday, April 13, 2009

ARTIS PALING POPULAR 2008 adlh........

NABILLLL.....thniah Nabil 1st time mng artis paling fofular ABP m'galahkn Mawi n Ct Nurhaliza....tambh2 dpt 2 angrh sampingan iaitu ARTIS KOMEDI LELAKI n ARTIS BARU POPULAR...thniah sbb dpt kete nissan slyphy(cam 2 la ejanye kot)..d bwh senarai pemenang..

ARTIS PALING POPULAR -> NABIL
ANUGERAH SEPANJANG ZAMAN -> JAMAL ABDILLAH
PELAKON FILEM LELAKI -> QUE HAIDAR
PELAKON FILEM WANITA -> MAYA KARIN
PENYANTI LELAKI POPULAR -> MAWI
PENYANYI WANITA POPULAR -> DATUK CT NURHALIZA
PELAKON DRAMA LELAKI -> ROSYAM NOR
PELAKON DRAMA WANITA -> DYNAS
ARTIS DUO/BERKUMPULAN -> MEET UNCLE HUSSEIN
PENGACARA LELAKI POPULAR -> AZNIL HJ NAWAWI
PENGACARA WANITA POPULAR -> FARA FAUZANA
ARTIS NASYID POPULAR -> RABBANI
ARTIS BARU LELAKI POPULAR -> NABIL
ARIS BARU WANITA POPULAR -> STACY
ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR -> NABIL
ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR ->NOR KHIRIAH
PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR -> FAIZAL ISMAIL
PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR -> FARA FAUZANA

thniah kpda smua pemenang..

Friday, March 20, 2009

Geng: Pengembaraan Bermula kumpul RM6.011 juta dalam 5 minggu


DALAM tempoh lima minggu, filem Geng: Pengembaraan Bermula setakat ini berjaya mengumpul sebanyak RM6.011 juta.

Menurut pengarahnya, Mohd. Nizam Abd. Razak, filem ini masih ditayangkan di 40 buah pawagam seluruh negara sehingga 25 Mac depan.

Bagaimanapun, Nizam yang sebelum ini mensasarkan Geng: Pengembaraan Bermula mengutip RM8 juta hingga RM10 juta menjangka agak mustahil untuk filem ini mencapai kutipan itu setakat ini.

Memandangkan minggu ini merupakan minggu cuti sekolah, Nizam berkata terdapat beberapa buah pawagam masih ‘penuh’ dengan penonton filem berkos RM4.2 juta ini.

“Alhamdulillah, filem ini turut mendapat tumpuan ramai penonton bukan Melayu seperti ramai bangsa India di Bukit Raja dan ramai bangsa Cina di Kepong sehingga keseluruhannya berjaya mencecah 770,000 penonton.

“Itupun kita anggap sebagai suatu pencapaian yang besar sebab Finas beritahu jika mendapat 500,000 penonton pun sudah bagus.

“Maknanya, filem ini berjaya menarik minat penonton pelbagai bangsa di Malaysia dan bukannya golongan Melayu sahaja,” ulas Nizam ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, filem yang bakal ditayangkan di 50 buah panggung di Indonesia pada September ini sebelum itu akan menemui penonton di Brunei pada Jun.

“Kita sasarkan filem ini mengutip RM0.5 juta di Indonesia.

“Sekarang ini, kita masih lagi menunggu jawapan untuk tayangkan di Singapura dan India.

“Pada Ahad ini, saya akan ke Hong Kong sebab di sana ada ‘Hong Kong film market’ untuk mencari ‘regional distributor’ termasuk Thailand,” kata Nizam.

Jelasnya, walaupun filem ini sudah berjaya mengutip lebih RM6 juta, namun tidak semestinya mereka boleh 'goyang kaki' kerana sebahagian daripada hasil kutipan ini perlu dikongsi dengan pihak pawagam.

“Nampak macam banyak, tetapi kami dapat sedikit sahaja. Sekarang, kita cuba bergantung kepada ‘TV right’.

“Kita juga yakin jika hendak ke negara ‘regional’ dan menunggu untuk ke luar negara pula.

“Misalnya, kita juga mendapat permintaan di Turki, Amerika Syarikat, Argentina, Chille tetapi bukan untuk ‘release’ filem tetapi pergi ke ‘TV right’.

“Negara-negara ini mengetahui tentang produk kami menerusi pasaran audio dan visual.

“Pada bulan April dan Oktober ini, kita akan jual 'Upin dan Ipin The Series' dan 'Geng',” beritahunya.

Apa yang penting, mereka dapat mengumpul pengetahuan untuk meningkatkan mutu filem seterusnya.

Belum pecah rekod filem Melayu

Dalam pada itu, ketika diajukan adakah filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini sudah memecahkan rekod filem Melayu, Nizam berkata:

“Kami belum pecah rekod filem Melayu lagi kerana filem ini masih belum mengatasi rekod kutipan filem Lagi-Lagi Senario iaitu RM6.33 juta.”

Nizam turut menganggap filem ini masih mampu memanggil penonton ke pawagam walaupun negara sedang mengalami krisis ekonomi yang teruk.

“Kalau cerita dan pasarannya bagus tidak mustahil jika filem kita boleh dapat kutipan RM10 juta,” akhirinya.


sumber: mstar online

Tuesday, March 10, 2009

TIARA PENGETUA AF 7


SAH....TIARA (puteri gunung ledang) pengetua af 7..prmpuan pertama memimpin af..adakah TRANSFORMASI akan berlaku..sama2 kita saksikan..