Tuesday, August 31, 2010

Ucapan Khas Rayaku


Bismillahirrahmannirahim....

Sempena hari raya yg akan disambut tidak lama lagi ini,sy ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada:-

*Ayah,umi,abg long,kak tah,kak lin,adk faiq n arman..xlupa juga pada tok cik,pak2 sdara,mak2 sdara,spupu spapat,warih warah dan seangkatannya...

*Cikgu-cikgu serta pensyarah-pensyarah yg mendidik ku selama ini; Cg. Kertiny,Cg. Zawawi, Cg.Fadzilah, Cg. Maheran,Cg. Azura, En. Sham, En. Syukor,En.Badwi, Ust. Ahmad,Pn. Intan, Cik Asyikin, Pn Amizatul Hani serta cikgu2 n pensyarah2 lain yg ak xbrapa nk ingt nme..thanx sbb mndidik ak shingga mnjadi insan berguna..

*Kwn2 UMP ; is, wafi, paan, faiz, usop, firham, azmer, adiey, daus, hakim, syamir, syawal, nuar, hilman, zul, fathi, do, izo, amar, adam, yus, tiqa, wani, nad, wan, mira, amrina, asma, fathin, ima, laila, siti, sue, marnie, lyza, syidah , june, dayang, tham (wpun non muslim)..korg mmg best...W.A.F

*Kwn2 Teknik; abu, loh, dilah, zurairi, hazami, bazzil, kuwe, razak, yien, piji, pejal, rahim, maarof, admiral, meri, ain, ana, dina, effa, nik, nor, salimi, waheeda, mimi, kak ida, kak sya, nisah, neza, sue, salbiah...

*Kwn2 MPI ; keril, puying, kerol, hasran, alimin, hafizuddin, hayyi, sulhi, farid yul, farees, pojie, mamat, asyraf, azim, masyitah, liana, ilyani, asma, afifah, farah, norbi, jannah, syuhada, amaliana..

*Kwn2 PC1 ; ibrahim, pije, teah, iza, ninie, pijah, kak cik, fairuz, ayuni...

*Kwn2 lain ; zaki, usop, adie case, syukran, ,khairul, pian, adk yati, adk zura, ida, aja, yana, ieka, ayu, bie, zila, masni, amy ...


dengan ucapan '' Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin..Maaf seandainya persahabatan kita semua selama ini saya ada membuat salah dan silap dari segi kelakuan serta percakapan..Maaf juga andai tidak mampu jadi sahabat yg terbaik untuk korang semua..dan andai ini rayaku yg terakhir, saya mahu korg tau yg korg tetap ada dalam hati ini untuk selamanya... :-) "






p/s:kepada yg x disebut bkn bermakna ak x ingat korg tp mungkin ak terlepas pandang.mohon diampun...

Kini - SPOON




Sepi mengisi ruang hatiku
Menghakis saat indah bersamamu
Antara kita tak pernah sengketa
Tapi mengapa kasih mu pudar

Sepi yang melanda kini
Tak daya aku lalui hidup ini

Cubalah engkau selami jiwaku
Cubalah engkau hargai cintaku
Jangan biarkan sepi jadi api
Sanggup engkau sisihkan diriku

Ku harap engkau mengerti
Setulus cinta yang telah ku beri
Supaya mekar kembali
Rimbunan kasih yang pernah bersemi

Oh... hari ke hari
Ku rasa bagai mimpi seolah kau di sisi

Oh... mengapa sanggup
Melihat ku terusan tersiksa begini

Cukuplah segala sengasara
Yang ku tanggung kini

Monday, August 30, 2010

Salam Kemerdekaan Ke-53


Salam Hari Kemerdekaan ke-53 wat semua penjenguk2 blog ini..
semoga dengan kemerdekaan ini diri kita bebas dari perkara2 yg akan merosakkn kita semua..

MERDEKA..MERDEKA...MERDEKA...



p/s:ape maksud M.E.R.D.E.K.A bg korg semua...?????

Friday, August 27, 2010

SMS-SMS Raya...

Hmm belum masuk separuh Ramadhan, suasana Hari Raya dah mula terasa. Terutama kalau ke pusat membeli belah. Tauke shopping kompleks ni bukannya kira janji meriah dan barangan diaoarang laku.

Dan biasanya pada pagi raya, berderet-deret tit tot bunyi sms ucapan hari raya. Bagus la kan saling mengingati sesama sahabat handai dan saudara mara. Yang tak bagusnya ada sms dari kontraktor yang paling awal bagi sms tapi bila kita dah tak berurusan dengan dia bayang sms pun tak nampak. Ini kawan berkepentingan namanya.

Selamat membalas SMS

1.Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

2.Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, SMS dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di aidil fitri. Selamat Hari Raya Aidil Fitri

3.Tesalah kata ku ucap sorry, tersalah laku jgn dimaki, Hendak ku ucap salam aidil fitri, rupanya baru Depavali….!! Vanikkam Vasantham Central Am’maa…

4.Di Aidil Fitri Mulia, Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa TERsilap bicara TERmarah yg x kena TERtanya yg x tentu hala TERsasul yg x sengaja TERpukul kat mana2 TERpinjam harta benda TERmoody x semena2 TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

5.Pelita indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, SMS dikirim pengganti diri, tanda ingatan tak layu di hati, SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

6.Blm Ramadhan mnjelang kini, Sdhlh tiba masa dnanti, Syaitan & Iblis sdh dgari, Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!

7.Masak lemang sambil berdiri, Hendak makan di aidil fitri, Nak hantar kad posmen dah cuti, SMS jer boleh ku beri. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

8.Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA slh mndengar, LIDAH trlnjur brkata, FIKIRAN khilaf mnafsir, & HATI silap mnduga. Mohon maaf atas segalanya, Salam Aiil Fitri.

9.Kini senja mula tiba, tanda alam jadi gelap, tiba waktu berbuka puasa, jgn lupa pelawalah saya, SLMT BRBUKA PUASA

10.I Meet IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE, HEALTH & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived saftly to celebrate RAMADHAN with U. May ALLAH bless U & family.

11.Askum, sebarkn kpd shbt muslim akan hal ini. Tlh dmaklumkn melalui internet bahawa: AIR SIRAP adalah berdosa diminum!!! ..Di siang hari Ramadhan… SELAMAT BERPUASA

12.SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS SMS See how nice i am, i’m sending U so many SMS!!!

13.Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

14.Lapar Puasa Terketar2, Bila berbuka lega rasanya, Kad raya tak sempat nak hantar, SMS pun kira oklah ye…!

15.Membeli belah dipasaraya, Sambil mengorat anak Pak Ali, Kalau puasa “Selamat Hari Raya” Kalau tak puasa sambutlah “Depavali” “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin”

16.RAMADHAN telah menjelma. Berdoalah sebelum menjelangnya SYAWAL BERDOA BERDOA BERDOA BERDOA ORANG CAKAP BERDOA LAA… Bukan picit-picit henpon!

17.Biarpun beribu rintangan yang akan hadir, aku redha. Jiwaku terlalu rindu padamu. Tak sabar menanti kehadiranmu. Selamat datang Ramadhan, jangan tak pose tau!

Thursday, August 19, 2010

Cara mengetahui Pasword Facebook Teman Anda



Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengetahui password teman anda:

1. Tanya sendiri kepada teman anda apa password facebooknya, jika dia memberitahu bererti anda beruntung dan teman anda itu ‘bangang!’

2. Di saat teman anda ingin login di facebook, cepat intip password yang dia tulis tanpa pengetahuannya , jika kantoi – risiko anda.

3. Pergilah ke tempat yang boleh mengajar anda untuk membaca fikiran orang lain agar anda dapat membaca fikiran orang itu di saat dia menulis password untuk login facebook.

4. Ancam dengan menggunakan senjata ke teman anda / orang lain agar dia memberitahu passwordnya, jika dia report polis, itu tanggung jawab anda.

5. Pergilah ke dapur anda untuk mengambiL pisau atau meminum baygon agar anda cepat mati, kata orang-orang kalau orang sudah mati, roh dia mengetahui semuanya, jadi anda boleh mengintai passwordnya dengan mudah. Lagi sekali risiko anda tanggung sendiri- jangan cari aku nak cekik dah la.

6. Kalau semua cara di atas tidak berhasil, maka anda kurang beruntung dan loginlah di facebook anda sendiri kan senang, apakejadahnya nak login akaun facebook orang kan?

Selamat Mencuba!!

Sunday, August 15, 2010

Bila tiba bulan Ramadhan semua boleh???

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba tak tinggal berjemaah Isya’ dan tarawih. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba bangun sebelum Subuh untuk bersahur, masa tu jugak dapat aku bertahajjud dan membaca Al-Quran seperti selalu nabi buat. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba datang berjemaah subuh di Surau/Masjid terdekat. Solat sunat sebelum Subuh pun tak tinggal. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba membaca kitab Al-Quran sebanyaknya, ada je waktu lapang, aku akan buka kitab suci ni. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba peruntukkan sejumlah pendapatan aku untuk sedekah. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba kawal kata-kataku, penglihatanku, pendengaranku, perbuatanku agar tidak melakukan perkara lagho@sia-sia. Aku tak lagi mengumpat, aku tak lagi berbual kosong, gelak ketawa, aku tak lagi mendengar lagu-lagu yang melekakan, aku tak pergi tengok wayang, melepak, ronda-ronda shopping complex tanpa tujuan. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Bila tiba bulan Ramadhan, aku akan cuba banyakkan zikir kepada Allah, pagi petang malam, tak henti-henti aku berzikir. Tapi kenapa aku tak cuba macam tu jugak di bulan lain?

Kenapa? Oh..betapa sebelas bulan yang lain, aku jauh terleka. Ini semua salah kau syaitan. Kau yang menyebabkan aku leka. Bulan Ramadhan, kau terikat. Mudah untuk aku kembali mengingat Allah.

Eh..kenapa aku salahkan syaitan? Bukan ke aku sendiri bersalah? Mengikut saja kata teman aku tu tanpa menolak. Huhuu..lemahnya diri aku ini.

Sekarang aku sedar, aku insaf. Tapi kuatkah aku untuk kekal beramal sepanjang tahun..bukan pada bulan Ramadhan saja? Kawan-kawan aku semua macam ni, kalau aku berubah..aku jadi macam kera sumbang. Aku akan kehilangan kawan-kawan aku.

Tapi itu bukan alasan untuk aku berkawan rapat dengan syaitan durjana yang melekakan aku dan kawan-kawan aku. Oh..aku tahu jalannya. Kenapa tidak, aku ajak sekali kawan-kawan aku yang lain juga berubah seperti keinginan aku ini.

Lalu soalan-soalan pada diri sendiri ini aku fowardkan untuk tatapan kawan-kawan semua. Semoga Ramadhan kali ini akan menjadi titik tolak untuk kita berubah. Kalau berubah sendiri, aku tak kuat..aku perlukan juga kawan-kawan semua.

Kisah Benar


Dapat melalui email yg bertajuk : Kisah benar yang diceritakan oleh seorang sahabat

Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Suri rumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.

Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.

Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.

Sewaktu beliau koma

Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.

Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.

Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.

Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumah anak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.

Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya.

Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.

Apa yang disesalkan:

1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.

2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati

3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.

4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan

5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.

6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.

7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.

8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.

9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar

10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.

Sahabat:

Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.

Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi…

Kredit:ISUHANGAT