Sunday, January 2, 2011

2010 Tinggal Kenangan 2011 Penuhi Keazaman


Selamat Tinggal 2010..Selamat Datang 2011..

Pejam celik pejam celik 2010 sudah meninggalkan kita..kejap jew rasanya..baru je rasa sambut tahun baru 2010 (wpun xnah sambut) ni dah tahun 2011..

Dalam meniti tahun 2010, banyak dugaan,cabaran,pengalaman suka duka yang telah ku lalui..namun semua ini perjalanan hidup..kena tempuhi jua walau ape pun yang berlaku..

Antara kisah sedih yang menghiasi diari hidupku selama tahun 2010 adalah kisah bapa saudarau yang meninggal dunia..pada tahun lalu 2 pak saudaraku meninggal dunia..1st adalah Allahyarham Nik Rusdi Nik Yaakob meninggal pada 7 Februari 2010..allahyarham sebenarnya telah mengidap penyakit kanser paru-paru tahap 4 (tahap akhir) sejak 2009 lagi dan kalau mengikut doktor dia hanya mampu bertahan sekitar 6 bulan sahaja.tapi Allah memberi kesempatan kepadanya selama setahun lebih untuk hidup..2nd adalah Allahyarham Wan Ali bin Wan Mustapha (kl x slp) meninggal pada 30 Oktober 2010..pada masa ini saya berada di Kuala Lumpur untuk menyaksikan perlawanan akhir piala malaysia antara Kelantan vs N9..Namun takdir tuhan,ketika jam 5.00 pg saya dikejutkan dengan panggilan telefon yang menyatakan beliau meninggal dunia..so ak pun terus pulang ke KB tanpa menyaksikan game tersebut..itu adalah satu pengorbanan yang mampu ku lakukan..AL-FATIHAH untuk arwah berdua..

Selain itu kisah cinta yang x kesampaian turut menghiasi diari 2010...walaupun hati ini masih terasa apa yang dia lakukan pada diriku,ak kena tabah serta anggap lah dia hanya sahabat ak..mungkin untuk berkawan ak dapat terima namun untuk bercinta lagi ak rasa tidak mungkin..apa-apa pun terima kasih pada dia sbb pernah hadir dalam hidupku untuk tahun 2010..

Selain kisah sedih dan duka,2010 turut memberi kegembiran pada diriku..selain mempunyai seorang anak buah yang comel,ARMAN tahun 2010 turut memberi kegembiraan padaku kerana mak saudara yang telah lama berjasa menjaga & membesarkan ak sejak kecil akhirnya melangsungkan perkahwinan..sukur ke hadrat Ilahi...tahniah pada ciksu..selain itu dari segi sukan,walaupun tidak terlibat secara langsung,namun sebagai penyokong Kelantan khususnya dan Malaysia amnya saya dapat turut bergembira kerana kejayaan pasukan The Red Warriors meraih gelaran sulung Piala Malaysia dan juga pasukan Harimau Malaya yang berjaya meraih Piala Suzuki AFF..

Untuk diriku pula,setelah setahun bekerja dgn syarikat construction, bln 11 yang lalu ak telah diterima bekerja dengan sebuah syarikat kerajaan negeri..alhamdulillah setakat hari ini,dah masuk 2 bulan kerja disini dan dapat la menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang baru..kalau nak cerita gembira asenya terlau banyak untuk diceritakan namun 2010 ini banyak mengajar ak lebih matang dalam sesebuah kehidupan..

Untuk 2011 ini pula, kalau orang lain ada azam,ak pun ada azam juga..1st ak nak mengurangkan berat badanku yang skrg ini sedikit naik..bukan pe demi kesihatan ak..selain itu insyaallah tahun 2011 ini akan menyaksikan perubahan besar dalam diriku..ak tidak akan bgtaunye skrg kerana bila ia sudah berlaku,ak akan bgtau cerita sepenuhnya..harap2 akan berlaku dengan baik..oleh itu mulai hari ini ak perlu lbh kuat bekerja n kumpul wang untuk semua2 ini..apa2 pun harapnya tahun 2011 ini memberi lebih banyak kegembiraan padaku berbanding tahun 2010..insyallah...

No comments:

Post a Comment