Kalau tadi mengenai jantung, sekarang nie kita tengok pula camne punca@sebab terjadinya serangan sakit jantung..Semoga menjadi panduan kita bersama..Hidup Sihat Membawa Kebahagiaan.:-)
1. Cemas
Serangan jantung boleh menimbulkan rasa cemas atau ketakutan atas kematian. 
2. Sakit dada
Memang tak semua sakit dada menjadi penunjuk serangan jantung. Rasa  sakit ini kadang diibaratkan seperti dada yang dihempap sesuatu yang  berat.
3. Batuk atau bersin terus-menerus
Boleh menjadi simptom sakit jantung akibat pengumpulan cecair di paru-paru.
4. Pening
Jangan menganggap remeh pening ini kerana ini boleh saja boleh menyebabkan sakit jantung.
5. Penat
Merasa kepenatan sepanjang hari boleh menjadi simptom dari kegagalan jantung berfungsi dengan sempurna.
6. Mual atau tidak nafsu makan
Sebenarnya bukan perkara yang biasa ketika serangan jantung, seseorang  merasa sakit perut atau muntah. Namun, pembengkakan di bahagian perut  yang dikaitkan dengan sakit jantung memang boleh mengganggu nafsu makan.
7. Sakit di bahagian tubuh lain
Dalam kebanyakan serangan jantung, rasa sakit bermula dari dada dan  menyebar ke bahu, lengan, siku, punggung, leher, rahang, atau perut. Ada  kalanya mereka yang mengalami serangan jantung tidak merasakan sakit  dada. Hanya ada rasa sakit di kawasan tubuh yang lain. Rasa sakit pun  boleh datang dan pergi.
8. Denyut jantung cepat atau tidak teratur
Semasa denyut jantung cepat dan tidak teratur, apalagi apabila rasa  lemas, atau nafas pendek, boleh menjadi tanda serangan jantung, sakit  jantung, ataupun aritmia.
9. Sukar bernafas
Ada kalanya seseorang yang mengalami serangan jantung tidak merasakan  sakit atau tekanan di dada, tetapi merasa kesulitan bernafas.
10. Berpeluh
Perlu waspada kalau tiba-tiba anda berpeluh padahal sedang duduk di kerusi.
11. Tubuh bengkak
Sakit jantung boleh menyebabkan cecair terkumpul di dalam tubuh.  Akibatnya di bahagian tubuh seperti kaki, perut, dan pergelangan kaki,  bengkak.
12. Sangat lemah
Mereka yang mengalami serangan jantung merasakan rasa lemah yang amat  sangat. Rasanya mereka tidak boleh memegang sehelai kertas di antara  jarinya.
kredit:isuhangat
No comments:
Post a Comment