Wednesday, October 28, 2009

RED WARRIORS selangkah ke final...


Walaupun kecoh pada siang hari kerana berebutkan tiket bola (rasanya ada siar dlm berita tv3), namun penyokong2 Kelantan pastinya gembira kerana pasukan kesayangan mereka dapat memenangi perlawanan mlm tadi dengan 2-0 hasil jaringan indra putra (penalti) dan pemain jersi 17 (lupa lak nme per).

1st ak nak cte sal kekecohan yg berlaku di stadium pada pagi td. Ak difahamkan sekitar jam 8 pg,lebih 7000 penyokong sudah menunggu untuk membeli tiket. Padahal kaunter tiket buka jam 10 pg.Ak yg sampai kul 10 pg terkejut melihat begitu ramai orang padahal ari ini ari bekerja (rmai yg ponteng semata2 nk beli tiket..ish2). Kekecohan berlaku disebabkan orang yang terlampau ramai yakni pada pndangan ak sekitar 10 ribu orang berebut-rebut untuk membeli tiket. Lalu bermula la tolak menolak dan sebagainya.Ak yg berada disana selama 2 jam pun blm dpt tiket. Hal bertambah rumit bila ulat2 tiket membeli tiket dengan jumlah yg banyak untuk dijual dengan harga mahal (harga tiket rm12 tp ulat jual smapi rm30 untuk tempat duduk biasa). Pada ak hal ini akan dapat diselesaikan sekiranya pihak berkenaan dapat membuka banyak lg kaunter tiket.Ini tak hanya 4 kaunter yg buka.So jadi la adegan berebut-rebut. Walaupun Tan Sri Anuar Musa (Presiden KAFA) dtg untuk menjernihkan keadaan namun tidak berapa berhasil. Namun setelah kaunter yg dibuka bertambah kepada 6 kaunter, barulah keadaan sedikit ok. Ak bernasib baik kerana mendapat tiket dari kwn ak.Kalau x, x tgk bola la jwbnya..



Keadaan ketika pukul 10 pg


Penyokong sanggup beratur demi sekeping tiket


Sanggup berhimpit-himpit kerana nak tengok bola


Ribuan penyokong yg belum tentu akan dapat tiket



2nd mengenai perlawanan malam ini.Pepun terlebih dahulu tahniah kepada pihak KAFA yg menyediakan skrin besar di Dataran Stadium untuk tatapan penyokong yg x dpt masuk stadium.Ak jangka lebih 5 ribu penonton yg menonton di dataran stadium. Perlawanan dengan Perlis pada mlm ini dianggarkan lebih 25 ribu penyokong memenuhi stadium.Sampai kalau nak jalan pun xleh. Kire xde ruang kosong la. Bayangkan sejam sebelum perlawanan hampir keseluruhan stadium dah penuh. Perlawanan malam td dimenangi Kelantan namun corak permainan THE RED WARRIORS masih belum dapat dibanggakan. Banyak kawalan bola tidak menjadi. Permainan Perlis agak menarik namun mungkin gugup bermain didalam lautan merah. Pepun Kelantan selangkah ke final piala malaysia.Harap dapat mengekalkan kemenangan ketika bertemu di Kangar nanti.. Turut menyaksikan perlawanan tadi adalah YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan).



Skrin besar dipasang di Dataran Stadium


Sejam sebelum perlawanan..PENUH..


Rapat ke pagar penyokong-penyokong


Pemain Kelantan sedang memanas badan


Pepun harap Kelantan dapat ke final. Tak sabar nak jejak Bukit Jalil sekali lagi... 1 lagi perlawanan berkesudahan Negeri Sembilan menang 1-0 keatas Terengganu.

GOMO KELATE GOMO

No comments:

Post a Comment