Friday, February 26, 2010

Rooney Dalam Pembikinan


Rooney setaraf Messi, Ronaldo


Pengurus England iktiraf 3 penyerang

LONDON: Fabio Capello melabelkan Wayne Rooney selaku antara tiga pemain terbaik dunia ketika ini apabila pengurus England itu meletakkan penyerang Manchester United itu sebaris dengan Cristiano Ronaldo (Real Madrid) dan Lionel Messi (Barcelona).

"Rooney, Messi bersama Cristiano Ronaldo adalah pemain muda yang dapat memikat mana-mana pasukan.


"Rooney adalah luar biasa, dia ada bakat dan kesungguhan. (Alex) Ferguson sudah banyak menggilapnya dan saya hanya perlu memantapkan lagi persembahannya," kata Capello.

Pengendali berbangsa Itali itu berkata penyerang yang sudah menyumbang 28 gol itu kini diminta memberi tumpuan kepada gempuran dalam kotak penalti.

"Perpindahan Ronaldo dari Manchester menjadikan Rooney lebih bertanggungjawab dan dia kini banyak terbabit dalam permainan," katanya.

Namun, prestasi Rooney belum lagi menamatkan harapan rakan sepasukan United, Michael Owen untuk dipanggil semula.

"Mereka mahu saya memilih Owen kerana dia penjaring terbaik sepanjang zaman. Tapi saya tidak boleh memilihnya jika dia tidak bermain kerap." - Agensi


SUMBER: bharian

No comments:

Post a Comment