Sunday, February 28, 2010

Awas Penyeluk Saku

Berhati-hati sahabat, macam-macam teknik nak mencuri sekarang ni. Dalam jamban pun boleh diseluk. Bacalah kisah sahabat ini..

Ass,kum semua…macam mana nak crita erk…hati tengah sakit, kecewa, geram dan mcm2 la….tapi kene inform gak pada kengkawan semua…berat mata memandang..berat lagi mata memikul…harap jangan kene pada ahli2 lain…

Cerita nyer macam ni…..

Semalam…16/01/2010(Sabtu)..saya bersama dengan org umah beserta anak saya pergi membeli sedikit barangan rumah di sebuah pasaraya terkemuka di Batu Pahat iaitu di Careffour lebih kurang jam 2.00ptg ker 3.30ptg…dalam jam 3.00 petang saya mengalami sakit perut…so secara lumrah manusia saya terus pergi ke tandas….

Terdapat lebih kurang 5 atau 6 bilik tandas yang atas nyer tidak berbumbung atau rekaan nyer macam kat R&R highway plus..Namun begitu dr 5 atau 6 bilik tandas itu..hanya satu bilik sahaja yang mempunyai saluran paip air…lain nyer telah pun di vandalisme oleh pihak tertentu…so tak der choice..nak tak nak kene masuk gak ker tandas yang mempunyai saluran paip itu..

Sudah lumrah dan tabiat saya apabila masuk ke tandas awam akan menguji paip air itu dahulu adakah ada air atau tidak..Apabila dibuka sahaja paip itu..habis seluar dan baju basah kerana tekanan air yang keluar dr paip itu yang telah dibelah dua lebih kurang dalam 5cm oleh pihak tidak bertanggungjawab…akibat dr itu saya terpaksa membuka seminima air itu supaya tidak terkena pancutan air tersebut..

apabila hendak menyangkut seluar didapati penyangkut itu juga telah divandalisme.biasa di blakang pintu…so maybe pihak pengurusan pasaraya telah memasang penyangkut baru di dinding belakang berdekatan tangki flash..so lepas menyangkut seluar…ermm paham2 dah la…kita akan memblakangkan seluar kita….maka disini lah berlaku satu jenayah yang mengambil kesempatan dr rupa bentuk infrastuktur tandas tersebut..

Dompet saya telah dicuri melalui dr tandas sebelah melalui bahagian atas yang terbuka…kita tidak akan perasan org kuar masuk dr tandas besebelahan..pasal kita akan pikir hajat nyer sama jer..tak besar mesti kecil..

So akibat dr itu …..semua barang berharga saya didalam dompet telah pun lesap dilarikan pencuri…barang berharga yang hilang adalah.IC, Lesen memandu, Wang tunai hampir RM500.00,3 kad ATM dan Juga 2 Kad Kredit…Selepas 1 jam baru saya perasan dompet saya hilang apabila pihak bank menghantar SMS mengatakan kad kredit saya telah digunakan…aduh macam nak pengsan dengar..Jumlah yang telah digunakan adalah menghampiri RM3000.00..

Harap kwn2 ambik iktibar dr kejadian dr diri saya…Laporan semua dah dibuat..


Kredit: ISUHANGAT

No comments:

Post a Comment