Monday, December 20, 2010

~ mengidam ~


~waaa.....ak tol2 mengidam sekarang nie...tapi nape lak ak leh mengidam nie..~

Kisah ini bermula ketika handphone ak rosak..main msg leh tp kalu nk ckp xleh sbb xdgr..rosak speaker die kot..so dari situ la ak mula2 mengidam nk beli fon baru...bkn pe sng nk contact2 aweks...opppsss...hahaha

Tapi dlm perkiraan otak ak skrg nie ade 2 fon je yg menarik minat ak..udah semestinye jenis NOKIA punye...

1st yang menarik minat ak adalah NOKIA C6..bkn pe tgk design die lawa gak la...n function die pn ok la..selain de 3g n wifi,kamera die pn leh tahan gak la...5MP..






Satu lagi fon yg menarik minat ak adelah NOKIA E71..yg nie pn ok gak la bg ak..cam blackberrry pn ade...hukhuk...harga & function lbh krg sme ngn C6..cm kamera 3.2MP..




So risz...pe lg mau fkr2..sambar jela..nnti melepas..huhu..
risz:xkot bln nie..amik thn baru la best...lgpn bln nie dan pokai kjp..kn byr loan keta,servis agi..nie nnti nk kn byr road tax lak..tu la spe suh maen kete..hahaha...


Nak tau function C6 tekan SINI n nak tau function E71 tekan SANA...

Sunday, December 19, 2010

SR & BB bukan milik Kelantan

SAH
Safiq Rahim(SR) & Badrol Baktiar(BB) tidak sertai pasukan Red Warriors tahun depan..mungkin tiada jodoh tuk tahun 2011..ekekeke....

Pepun perjuangan akan diteruskan.Semoga pasukan Red Warriors terus berjaya untuk tahun 2011..

~GOMO KELATE GOMO~



p/s:TAHNIAH tuk pasukan MALAYSIA kerana layak ke perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010.Semoga kejayaan menjadi milik kita nanti..AMIN..

Thursday, December 16, 2010

Safiq Rahim & Badrol Baktiar ke KELANTAN????

Desas-desus mengatakan 2 pemain (antara pemain terbaik negara) akan menyertai pasukan The Red Warriors akan terjawab petang ini.Ini kerana semalam adalah hari terakhir untuk pendaftaran pemain.Tetapi siapakah 2 pemain itu.???

Diberitakan bahawa Safiq Rahim & Badrol Baktiar akan menyertai pasukan kita.Namun berita itu belum dapat dipastikan sehingga 1 pengumuman pemain akan diberitahu kelak oleh Presiden KAFA,Tan Sri Anuar Musa.Kita berharap kalau berita ini betul dan sahih,penyokong2 Red Warriors pasti gembira setelah kita kehilangan 3 tonggak iaitu indra,farhan n azizi..

Sekarang ini yang pasti menyertai pasukan kita adalah Khalid Jamlus,Wan Rohaimi,Nurul Azwan Roya,Solehin Kanasiah@K.Soley dan Aziz Ismail.Dan seandainya dua pemain hebat tersebut akan beraksi bersama pasukan kita,insyallah peluang kita untuk meraih 3 piala musim depan akan terlaksana(harap2nya..amin)..

Pepun kita tunggu pengesahan Presiden KAFA petang ini..

Monday, December 13, 2010

Sudah terang lagi bersuluh

SAH....itulah gambaran yang dapat dibuat bila 3 pemain kesayangan The Red Warriors (indra,farhan & azizi) menyatakan hasrat untuk bermain dengan pasukan T-Team untuk Liga Super 2011. Walaupun pengesahan dari pihak T-Team telah menyatakan bahawa 3 pemain ini akan beraksi bersama pasukan mereka musim depan,namun status pemain-pemain ini masih dikira belum terjawab. Ini kerana menurut pihak Pengerusi Jawatankuasa Pemain, YB Dato Takiyudin, mereka bertiga MUNGKIN akan digantung untuk 1 musim sekiranya ada perkara yang tidak diselesaikan semasa proses pengambilan pemain.

Bila dibaca dari dua-dua pihak (KAFA & T-Team), saya merasakan episod ini akan lebih berlanjutan sekiranya tiada kata putus dari kedua-dua pihak.Oleh itu kita berharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Kepada pihak KAFA,saya merasakan tiada guna lagi kita berharap pada yang tidak sudi bermain dengan pasukan kita. Mungkin mereka mempunyai sebab tersendiri mengapa mereka tidak mahu kekal bersama pasukan yang memenangi gelaran Piala Malaysia buat kali pertama.

Pepun kita sebagai penyokong The Red Warriors akan terus menyokong pasukan kita untuk selamanya..


~Sokongan kita bukan ketika menang sahaja tapi zaman-berzaman~

~GOMO KELATE GOMO~

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H


Salam Awal Muharam 1432 H untuk penjenguk2 sekalian..

Sedar x sedar dah setahun umur kita semakin meningkat..

Dalam pada tu kita pun xsedar dah berapa banyak amal serta dosa y kita telah lakukan..

Semoga dgn tahun baru ini,kehidupan kita akan lebih bahagia serta dilimpahi nikmat dariNYA sentiasa..
AMIN

Saturday, December 4, 2010

~ Gege Riuh ~

Gegak gempita tentang kem bola sepak kelantan...apa tidaknya selepas kejayaan meraih kejuaraan piala malaysia untuk kali pertama sehingga perarakan piala dipolitikkan,kini pula bising mengenai perpindahan pemain..

Sebagai seorang peminat bola sepak kelantan,seharusnya perkara2 begini tidak perlu diperbesarkan..sudah menjadi lumrah pemain bola sepak untuk menukar haluan masing2 apabila sudah merasakan kepuasan bermain untuk satu2 pasukan.begitu juga dengan tindakan farhan,indra n azizi yang mahu meninggalkan paukan The Red Warriors..sepatutnya bagi pihak KAFA terutama Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa tidak melatah dalam soal ini..tidak perlu memberitahu bahawa pemain2 ini lupa diri or kita mengangkat mereka mnjadi bintang..secara tidak langsung semacam kita tidak menghargai penat lelah mereka selama ini yang berkorban sehingga kita berjaya mendakap Piala Malaysia tahun ini..

Bagi saya,biarkan lah mereka pergi jika mereka mahu..mungkin mereka ada sebab tertentu yang memungkinkan mereka mahu pergi dari pasukan ini.namun jangan kita lupa juga jasa dan pengorbanan mereka..jangan sampai mereka pula bersuara yang suatu hari nanti akan menampakkan keburukan pihak KAFA pula..sebagai contoh hari ini(4/12/10) akmal rizal telah memberitahu tentang bonus yang dijanjikan oleh pihak KAFA belum dapat sedangkan pemain2 lain sudah dapat..(sila rujuk akhbar Kosmo)..jgn nanti keluar pula pihak KAFA tidak membuat pembayaran KWSP,isu gaji dll..ini yang kita tidak mahu dengar..

Buat penyokong2 The Red Warriors, kita terima hakikat yang mungkin mereka ini tidak lagi bersama pasukan kita lagi tahun depan seadanya..mungkin dgn perginya mereka ini,akan membuatkan pemain2 muda kita menjadi lebih hebat jika diberi banyak peluang..mungkin lebih hebat dari mereka..kita tgk saja contoh pasukan MU bilamana cristiano ronaldo pergi,pemain2 muda seperti nani,anderson,oberton mula naik dan MU still hebat..ini semangat yg kita mahu..kita sokong pasukan bukan kerana pemain tetapi kerana nama pasukan kita KELANTAN..

Pepun terima kasih kepada indra,farhan,azizi,akmal,hairuddin serta syed adney diatas jasa dan pengorbanan anda semua sehingga pasukan kita mendakap Piala Malaysia 2010..

TERIMA KASIH

Bangun pagi hari ini rasa lain jew..rasa duk dalam dunia baru..ape taknye bila mengenangkan kehidupan kita makin terbeban..tapi kenapa???

Terkejut(wpun da taw awal2) tindakan kerajaan yang tetiba menaikkan harga minyak n gula..ape kes...tiada ribut tiada taufan tetiba mahu dinaikkan..walaupun kenaikkan cuma 5 sen/seliter tapi cuba kita fikirkan..apekah kita guna minyak hanya 1 liter..kalu dulu kita bayar rm10 dapat hampir 6 liter skrg??korg kiralah sendiri..

Yang pasti jawapan dari pihak kerajaan minyak kita masih murah jika dibandingkan Singapura,Indonesia,myamar dll(mereka mahal sbb negara mereka bkn pengeluar minyak..so dorg kn import minyak sbb tu mahal)...kenapa kita x bandingkan ngan negara2 pengeluar minyak yg lain seprti qatar,iran dll sedangkan kita pengeluar minyak..

Dan satu lagi jawapan yg hebat adalah nak kurangkan subsidi kerajaan...kenapa???kerajaan dah xcukup duit kah...atau duit ni nk kumpul sebab nk wat bangunan warisan 100 tingkat yg belum tentu baik untuk rakyat..tidak terasakah kerajaan tentang kesan kepada rakyat bila harga minyak naik...semua barang2 akan naik kerana kos pengangkutan di ambil kira..

So apa tindakan kita???senang sahaja sebagai rakyat yg diberi peluang untuk mengundi akan datang..kita tukar kerajaan baru plak..mana tau kerajaan yg baru nanti akan lebih membela rakyat..jgn kita terus diperbodohkan oleh cerita media yang akan terus menghasut kita dengan cerita2 putar belit mereka..berharap pilihanraya akandatang akan memberi kemenangan kepada parti yang betul2 ikhlas membantu rakyat...

Pepun TERIMA KASIH kepada kerajaan diatas jasa menaikkan harga minyak ini...Rakyat diutamakan...Hidup 1 Malaysia..!!!

Ni senarai harga minyak tuk tahun 2010 di negara2 pengeluar minyak dlm seliter...

11.MALAYSIA RM 1.80
10.UAE RM1.22
9. BAHRAIN RM 0.89
8. QATAR RM 0.72
7. KUWAIT RM 0.69
6. LIBYA RM 0.46
5. ARAB SAUDI RM 0.39
4. IRAN RM 0.36
3. NIGERIA RM 0.33
2. TURKEMINISTAN RM 0.26
1. VENEZUELA RM 0.16

Wednesday, November 24, 2010

Cheng Ho Ekspo 2010

PENAT TAPI MENYERONOKKAN....tu la yg dapat aku gambarkan wat masa seminggu nie..bermula ari sabtu lepas hingga ke ari nie, tu yg dapat ak rasa...ape tidaknye,ai sabtu tu kena siapkan booth, pagi kena keje n malam lak kena jaga booth untuk Ekspo Cheng Ho..

pepun ni adelah satu pengalaman baru bagi aku...kira best gak la..dapat jumpa ramai orang...tp yg xbestnye bila dorg tanya soalan yg luar dari bidang ak..so ape aku nk ckp...hehe...yg bestnye ak dapat jmpa kwn2 n tmbh kwn2 baru..huhu...bgs gak ade keje2 gni...sekurang2nye ngn ke'busy'an ak ini dapat aku lupakan kenangan2 lame dahulu...huhu...lgpun skrg nie fokus ak pada kerja..nk kumpul duit banyak2 dulu n then baru fikir sal semua tu..lagipun target ak tinggal 2 tahun lagi...hope sempat...hihi...

back to Ekspo Cheng Ho...ak kira ni adelah penganjuran peringkat international yg dilakukan oleh pihak kerajaan negeri..ngan khemah sebesar ngn stadium, sukarelawan hampir 1000 +++...dan yg plg best sudah tentu pertujukan shoalin kungfu dan adili wuxor(xsempat agi nk tgk)...malas da nk tulis panjang2..nk taw sal ekspo ni leh layari fb INI or laman web CHENG HO or blog NIE...

Tuesday, November 16, 2010

~ Luahan Terakhirku~

Salam n Slmt Hari Raya Aidiladha...

Firstly sy nak minta maaf kat penjenguk2 blog ini sbb lama xupdate cte...sbb utama adelah kerana kekangan masa...lgpn mood msh 'down'..so mls nk tulis2 cte..hihi

Pepun ruangan kali nie adalah 'Luahan Terakhirku' untuk 'awak'.


FACEBOOK...inilah dunia yg telah membuat sy mngenali awk..x sy sangka sekitar bulan April 2010 sy mula mengADD dawk sbgai kwn sy..sy kenal awk melalui FB kawan sy..dari situlah bermulanya sebuah cerita ttg sy dan awk..menyelak tirai Mei 2010, sy mula berchatting ngn awk mlalui FB..tp pd masa itu awk wat layan xlayan jew..mgkn tika itu kerana awk msh mempunyai bf..memasuki bulan Jun 2010,walaupun tidak mengenali awk secara dekat, sy cuba untuk mendekatkan diri ini dgn awk..oleh itu sy telah meminta no. tel awk dari kawan sy..dan xsangka kawan sy mempunyai no awk..dari situ sy mula berSMS..walaupun tika itu msg sy jarang dibalas namun sy tau awk membacanya..

3 Ogos 2010 - menjadi titik pertama dalam hubungan kita..inilah kali pertama kita berjumpa..dan pada hari inilah saya mengenali dimana rumah awak..dan yg paling saya xleh lupakan 1st date kita adalah di Stadium Sultan Muhammad ke-IV kerana hendak menonton game bola sepak antara Kelantan vs T-Team..dari situlah saya mula mengetahui yg awak memang seorg yg suka menonton game bola sepak..

14 Ogos 2010 - ini adalah kali pertama awak mengenali kawan-kawan saya especially kwn2 UMP..memang niat saya wat mjlis berbuka puasa ngn kwn2 sy supaya awk dpt mengenali lbh rapat kwn2 sy..tp sblm kisah berbuka puasa bersama-sama kwn sy,ada kisah lain disebalik itu..oleh kerana awak xmempunyai tiket bas untuk ke sini kerana kehabisan, sy sanggup amik awk di Shah Alam semata-mata mahu awk berjumpa ngn kwn2 sy..walaupun kita kesesatan namun mujur msh sempat berbuka ngn kwn2 saya..dan sy rs gembira bila kwn2 sy dpt menerima awk dan awk leh menerima mereka..dan sy rasa dari situlah awk mula mengenal dimana Teluk Cempedak,Benteng dan juga Megamall...

15 Ogos 2010 - saya dan awak balik ke KB sama-sama dari UMP..kita bertolak kul 6pg..dlm perjalanan mcm2 perkara berlaku dan plg sy xleh lupa ketika saya memotong lori minyak..kita hampir2 xcident..tp mujur semuanya selamat..dan bila tiba di Machang sy terpaksa drop awk dkt Uitm kerana sy kena kerja..ptg baru smpai umh msg2..

16 Ogos 2010 - kali pertama berbuka puasa di KB bersama...mula2 tu awk g amik saya sbb nk g anta mkanan pd adk awk kat PC...so lps berbuka kita kn trus balik sbb adk sdara awk nk guna kereta..tp lps pd terawih sy g amik awk pula..kita kua g main boling...then kita minum2 dkt tepi sungai...dan pd hari itulah saya tol2 luahkan perasaan saya pd awk..wpun ms ni awk msh xleh menerima sy sbb awk kata kita br je kenal n xkenal ati budi lagi, tp sy puashati sbb dpt luahkan pe yg sy rasa ptt sy luahkan pd awk..dan kerana bnyk bnda nk ckp ms tu,kita g mkn Mcd lak..ase2 hmpir kul 4 pg br kita pulang..

7 Sept 2010 - inilah kali pertama dalam hidup saya ade 'awek' temankan saya membeli baju raya..selalunya saya beli sndiri or g ngn family..dan 'awek' tu adalah awak..1st kedai kita g xde saiz baju yg sy minta wpun sy dah berkenan ngn baju tu..then kita g beli dkt Wakaf Che Yeh wpun terpaksa menempuhi jalan jem dan juga org ramai..tp berbaloi gak la sbb dapat pe yg saya nak..tp kali nie kita xleh kua lame sbb pak sedara awk sedang menunggu awk dirumah...

10 Sept 2010 - hari raya pertama...saya nak je jumpa awk hari raya pertama ni dan nk mnta maaf atas ape yg berlaku semasa hbgn kita dl namun x dapat sbb awk beraya dikampung...

13 Sept 2010 - inilah kali pertama sy beraya ngn awak dirumah awak..dan kali pertama gak dapat jumpa ngn ayah n mak serta adk beradik awk yg lain...sy tgk family awk happening sgt..dan mereka nmpak ok je...

17 Sept 2010 - inilah kali terakhir kita jumpa..waktu tu sy g amik awk n then kita g mkn umh kwn saya sbb dia wat open house..disitulah awk dpt kenal ngn adk saya..n lps pada tu kita pergi lak PCB...mmg sy seronok sgt masa tu..n lps mgrb kita g mkn dkt KFC lak sbb prut da lapar...tp kita xleh jmpa lame sbb sy kena pegi umh pak sedara n awk nk kemas pakaian sbb esoknya awk nk tolak pegi Shah Alam...tp sempat gak kita bergambar..ai tu saya dah rasa cam xnk anta je awk balik..nk borak2 ngn awk lame2 lg...rupanya ini satu petanda....

Selama sebulan lebih lepas pada hari terakhir kita jumpa saya cuba jaga hubungan nie sbb xmau awk terasa ati ngn saya or kecewakan awk...tup2 saya lak yg disakiti...sampai bila2 pun saya xkn lupakn tarikh tu...

23 Okt 2010 - masa nie saya call awk...dpt la kita borak2 dkt sejam lbh..masa nie saya xrasa ape2 lagi sbb awk ckp ngn saya pn ok n leh gurau2 lagi...

25 Okt 2010 - malam tu saya msg awk...tp awk xbalas..mungkin saya ingat awk xsedar or tertido...so saya call..tp tetibe naik 'waiting call' kat tel saya...sy ignore mgkn awk borak ngn kwn or mak awk...lps sejam lbh saya kol lg tp still naik 'waiting call'...dari situ saya dh rasa lain...

26 Okt 2010 - pagi tu saya call awk..1st awk xangkat..2nd call awk angkat n awk ckp otw balik KB ngn kwn awk..ms tu saya dah fikir lain sbb cara awk ckp awk cuba sorokkan sesuatu..tp sy wat xtaw jew..awk sampai pun awk xbgtau pn sy wpun sy dah pesan suh bgtau..

27 Okt 2010 - ptg tu saya msg awk ajak nk jumpa...mula2 awk bgtau insyallah..xlame lps tu awk msg awk ckp xleh kot sbb xdan ngn masa sbb jnji nk jmpa kul 7.30..so sy decide kte jmpa kul 8..xlame dr tu saya terima miscall dr awk..sy kol blk n awk bgtau yg kita xdpt jumpa..awk ckp awk ade prkara lbh pntg dr jmpa sy..sy tnya prkara ape tp awk xnk bgtau...lps pada tu la saya rs yg awk dah ade teman baru...so itu last time kita msg n ckp..

29 Okt 2010 [7.45 malam] - secara rasmi saya mengetahui yang awk memang dah ada teman istimewa...itupn tau melalui FB awk..kl lah sy xbuka FB smpai ari nie,dh tntu saya xtaw yg saya telah dipermainkan...

Ini adalah sedikit sebanyak rentetan kenangan kita...

Untuk awak-> tahniah sebab berjaya menyembunyikan phbgn awk dan dia sehingga saya hanya mengetahuinya melalui FB..itulah yg plg membuatkan saya kecewa dgn awk..skrg2nya dpt la saya taw yg awk bukannya seorg yg jujur dlm sesebuah hbgn..dan selama sy mengenali diri awk ni dapat sy taw sedikit sebanyak ttg sikap awk..bg sy awk adlh seorg yg ego kerana xpernah nk mengakui pe kesalahan yg awk telah buat..awk nk owg lain jaga perasaan awk tp awk x mencuba tuk jaga ati org lain..dan mgkn kerana sbb itulah ex awk dulu tinggalkan awk..untuk awk kekalkan hbgn awk ngn si dia,sy hrp awk ubah la sikap itu...sy doakan awk bahagia ngn dia...dan lepas pada nie "biarlah aku dgn caraku,selama ini tidak kau peduli..sejak dari dulu tidak sedkit pun aku terima kasih dan sayangmu"......

Untuk kwn2 especially kwn2 UMP, minta maaf sgt2...abg lom sedia tuk ceritakan semua ini pd korg semua..bg abg sedikit masa lg tuk abg up semula smngt abg..nnti insyallah kl abg jmpa ngn korg semua,abg akan bgtau perkara sebenar..

Untuk si dia...maaf wat masa ini biarlah hbgn kita bersandarkan pada 'sahabat'...sy blom bersedia tuk amik risiko untuk bercouple kali ini..lgpun sy suka persahabatan kita ini n hope dpt kekal selamanya...thanxs sbb awk amik berat sgt sal saya..skrg sy hanya fikir mahu tumpukan pada kerja saya dl...hrp awk fhm n mengerti..thanx...


~CINTA saya adalah untuk orang yg betul-betul ikhlas mencintai saya bukan untuk DIPERSENDAKAN~


Monday, November 8, 2010

~semoga berbahagia~


YA ALLAH
kenapa ak sukar melupakan dirinya..
sedangkan dirinya tidak pernah mengingati ak..
mgkn tika ini dia sedang berbahgia dengan 'teman' nya..

adakah ini satu 'pembalasan' untuk diriku.???
mengapa perlu aku mengingati orang yg telah kecewakan ak...
MENGAPAAA.....

perlukah ak buang dia jauh2 dari hidupku..
YES....itu adalah jawapan yg sebetulnya...
anggaplah ia sebagai sebuah kenangan yg mematangkan aku..

kepada 'AWAK' tahniah
kerana telah kecewakan ak dgn sikapmu
semoga berbahgia hendaknya




~untuk diriku sendiri...kuat semangat n fokus pada karier yg baru hendak dibina..anggaplah dia bukan untuk diriku...lupakan dia dari hati ini..INSYAALLAH..