Thursday, July 30, 2009
Rahsia Keperibadian Di Sebalik E-mel Seseorang
Gunakan Nama Penuh
Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya adysyammohdsaid@ yahoo.com . Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.
Nama Depan Dan Tengah
Contoh: Ady Syam Mohd Said Dia menggunakan alamat emelnya sebagai adysyam@yahoo. com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
Nama Dan Tahun
Contoh: adysyam2001@ yahoo.com. Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.
Nama Samaran
Hehheh... ramai yg suka buat email begini..Contohnya tuntul_comel@ yahoo.com. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya.Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.
Nombor Dan Abjad
Contoh: abc123@yahoo. com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja. Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak ... kirim salam sahajalah..
p/s:ambo pn xtau btol ke x..pepn kite layan jer..hihi
Wednesday, July 29, 2009
Makluman Pergerakan Mansuh ISA
Kenyataan Media (29 Julai 2009)
MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009
1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:
Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:
a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan
c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing
2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA
3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan
Sekian,
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 20091. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:
Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:
a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan
c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing
2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA
3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan
Sekian,
KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.
Monday, July 27, 2009
1 OGOS 2009-Himpunan Mansuhkan ISA
Hari yang amat digeruni oleh pihak kerajaan.Saya jangka lebih 100 ribu rakyat akan turut serta dalam demo ini yang kalau x silap saya demo yg ketiga terbesar selepas himpunan BERSIH dan Mansuhkan PPSMI.Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk turut serta hari sabtu nie untuk himpunan Mansuhkan ISA,ini ada panduan untuk korg semua.Harap ia menjadi panduan pada kita semua.Insyallah kalau tiada aral melintang, ambo akan turun sekali untuk meriahkan majlis.
BACA SINI
BACA SINI
Kepelbagaian penggunaan LAPTOP
Pada zaman sekarang nie,cam2 leh guna dengan laptop nie.Orang cakap seribu dalam satu..hehe..Kalu x caya,jom la tgk..

Nak tau lebih banyak lagi kegunaan laptop,pe lagi TEKAN sini

Nak tau lebih banyak lagi kegunaan laptop,pe lagi TEKAN sini
Yasmin Ahmad meningal dunia
AL-FATIHAH...semalam kita dikejutkan dengan kematian sutradara terkenal Yasmin Ahmad..walaupun ambo x pernah tonton filem2 kontroversi beliau, namun sebagai orang islam kita sepatutnya memberi al-fatihah dan berdoa agar rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 bertaqwa..
Yang dah pergi sudah tentu pergi.Kita yang masih hidup ini, pernahkah kita fikir amalan kita sudah cukup menghadap Ilahi.Harap Tuhan ampunkan dosa-dosa ku yang kecil mahupun yang besar.AMIN
p/s:kalu nak tau serba sedikit tentang Yasmin Ahmad TEKAN sini

Saturday, July 25, 2009
Fiesta Kelantan temukan 2 tokoh Kelantan
Rasa sejuk je hati ini bila memandang gambar 2 tokoh Kelantan yang dihormati bersalaman sesama mereka semasa majlis pra fiesta kelantan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Kedua-dua tokoh ini berkerjasama untuk majlis fiesta kelantan 2009 yang akan diadakan bermula 28 Oktober 2009 selama empat hari di perkarangan stadium sultan muhammad ke-4 dan padang perdana.Diharap akan ada lagi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk memajukan rakyat kelantan dan negeri tercinta ini.Kita lupakan persoalan politik seketika demi rakyat kelantan.
Antara aktiviti yang akan diadakan pada fiesta ini adalah seperti aktiviti kekeluargaan, sukan rakyat dan hiburan selain mengadakan pameran mengenai pendidikan, pertanian, industri kecil dan sederhana, kesenian dan kebudayaan serta sukan dan rekreasi.
Sama-samalah kita menjayakan majlis ini nanti.Tahniah Tok Guru Nik Aziz dan Datuk Mustapa Mohamed.Diharap selepas ini akan ada lagi permuafakatan antara kedua-dua pihak untuk rakyat negeri kelantan seperti hak royalti minyak.Harap-harap begitulah.AMIN..

Friday, July 24, 2009
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal...
Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......
mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..
Baca seterusnya disini....

Jambatan Terpanjang Di Dunia

Jambatan terpanjang di dunia ialah terletak di Louisiana iaitu 38.4 km.
Kalau nak tgk jambatan terpanjang click la
STRANGE WORLD
Wednesday, July 22, 2009
Sebulan Sebelum RAMADHAN
Esok kita semua akan memasuki suatu bulan yang sangat disukai oleh Rasulullah S.A.W yakni bulan Syaaban.Bulan ini juga adalah bulan persediaan sebelum kita menghadapi bulan Ramadhan.Bulan ini juga kita ingati sebagai bulan Nisfu Syaaban dimana Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita dimana pada malam Nisfu Sya`ban telah datang Jibril kepada Rasul s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.
Disini saya akan nyatakan kelebihan serta amalan yang boleh kita lakukan pada bulan Syaaban.
Disini saya akan nyatakan kelebihan serta amalan yang boleh kita lakukan pada bulan Syaaban.
- Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.
- Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
- Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
- Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.
- Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.
Tuesday, July 21, 2009
DETIK PENENTUAN
Malam ni merupakan detik penentuan kepada pasukan THE RED WARRIORS samada dapat mengalahkan pasukan KEDAH atau tidak..Sekiranya menang,pasukan kita akan menduduki tangga ketiga liga super dan syarat tidak kalah pada Johor FC pada perlawanan terakhir..Harap2 pasukan kita akan mengekalkan momentum kemenangan serta dapat memberi kejayaan kepada negeri kita..SAMA-SAMA KITA PENUHKAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-4 MALAM INI..
GOMO KELATE GOMO
RED WARRIORS FOREVER
TERKINI:KELANTAN TEWAS KEPADA KEDAH 1-0.OLEH ITU TAMAT SUDAH LA PEMBURUAAN KELANTAN UNTUK MEREBUT TEMPAT KETIGA LIGA SUPER.SEKARANG NI BERADA KEDUDUKAN 5.FAKTOR UTAMA KEKALAHAN THE RED WARRIORS ADLH KERANA PERTAHANAN YANG SANGAT LONGGAR.MUKUR ASAKAN KEDAH BANYAK DISELAMATKAN OLEH SHAHRIZAN(KEEPER).SELAIN ITU PERLAWANAN DICEMARI DENGAN ADEGAN MENUMBUK OLEH PEMAIN KITA IAITU AZLAN.PEPUN SAYA BANGGA NGAN SIKAP PENYOKONG2RED WARRIORRS WPN DLM KDAAN HUJAN LEBAT PADA MS KEDUA NAMUN KEBANYAKANNYA TIDAK BERGANJAK DARI TEMPAT DUDUK.PEPUN KITA GOMO PIALA MALAYSIA PLAK...adios

Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)