Saturday, July 25, 2009

Fiesta Kelantan temukan 2 tokoh Kelantan


2 tokoh Kelantan bergandingan untuk Fiesta Kelantan 2009.

Rasa sejuk je hati ini bila memandang gambar 2 tokoh Kelantan yang dihormati bersalaman sesama mereka semasa majlis pra fiesta kelantan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.Kedua-dua tokoh ini berkerjasama untuk majlis fiesta kelantan 2009 yang akan diadakan bermula 28 Oktober 2009 selama empat hari di perkarangan stadium sultan muhammad ke-4 dan padang perdana.Diharap akan ada lagi kerjasama antara kedua-dua pihak untuk memajukan rakyat kelantan dan negeri tercinta ini.Kita lupakan persoalan politik seketika demi rakyat kelantan.

Antara aktiviti yang akan diadakan pada fiesta ini adalah seperti aktiviti kekeluargaan, sukan rakyat dan hiburan selain mengadakan pameran mengenai pendidikan, pertanian, industri kecil dan sederhana, kesenian dan kebudayaan serta sukan dan rekreasi.

Sama-samalah kita menjayakan majlis ini nanti.Tahniah Tok Guru Nik Aziz dan Datuk Mustapa Mohamed.Diharap selepas ini akan ada lagi permuafakatan antara kedua-dua pihak untuk rakyat negeri kelantan seperti hak royalti minyak.Harap-harap begitulah.AMIN..

No comments:

Post a Comment