Wednesday, January 13, 2010

Awek Bertudung Zaman Sekarang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak ‘garis’
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu ‘mendung’
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat


Pada awek-awek yg berkenaan..FIKIR-FIKIRKAN

Bangunan Tertinggi Di Dunia


Bangunan tertinggi didunia
Burj Khalifa...
Pembinaannya dimulakan pada 21 Sept 2004
Siap pada 1 Oktober 2009
Dirasmiakan pada 4 Januari 2010
Ketinggiannya adalah 828 m (2717 ft)
Untuk tau lebih banyak sal bngunan ini
Leh klik HERE
Ini adalah gambar ketika majlis perasmiannya


p/s:Klik pada gambar kalau mahu tgk dengan lebih jelas



Align Center









Friday, January 8, 2010

Liga Malaysia 2010 bermula


Esok bersamaan 9 Januari 2010 akan bermulalah Liga Malaysia 2010. Perlawanan akan dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih diantara pasukan Negeri Sembilan (juara Piala Malaysia 2009) dengan pasukan Selangor (juara Piala FA 2009). Antara perlawanan yang juga ditunggu oleh kawe adalah tentunya perlawanan pasukan THE RED WARRIORS (Kelantan) bertemu Terengganu di Stadium Terengganu. Kawe harap biarlah perlawanan esok berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Cik Siti Wan Kembang.

Setelah kecewa sebagai naib juara (Piala Malaysia & Piala FA) tahun lepas, harapnya pasukan ini dapat meraih satu kejuaraan pada tahun ini. Dilengkapi dengan pemain-pemain baru yang berpengalaman antaranya Akmal Rizal,Hairuddin Omar, Norshahrul Idlan Talaha dan dibantu oleh pemain-pemain senior (Indra Putra,Badri Razi,Nor farhan) diharapnya tahun ini tahun gemilang untuk pasukan Kelantan. Nanti sama-samalah kita memberi sokongan kepada pasukan kita.Dan diharapkan tiada lagi kejadian rusuhan @ keganasan yang dicetuskan oleh penyokong-penyokong kita.

Sebagai permulaan Liga Super tahun ini, kawe nak upload gambar sekitar perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang berkesudahan Kelantan tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan.Semoga ia tidak akan terjadi lagi kepada pasukan RED WARRIORS.



GOMO KELATE GOMO




Penyokong Fanatik



Lautan Merah @ LRT Bukit Jalil


Barisan Pemain Final Piala Malaysia 2009


Keberangkatan YAM Tengku Faris Petra (Tengku Mahkota)


Fasha Sanda pun sokong Kelantan..hihi


Gomo Kelate Gomo


Asap hasil dari mercun


Penyokong Setia


Kawe duk tingkat 2 masa game nie..



Wajah2 kekecewaan

AJL 24: Pemenangnya adalah .........

BERTEMAKAN Music Unfold, pertandingan yang memartabatkan persaingan lagu-lagu nukilan anak tempatan, Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) bakal bersiaran secara langsung pada hari Ahad, jam 9 malam di TV3. Kali ini, anugerah berprestij yang dijalankan saban tahun itu bakal menyaksikan persaingan sengit 14 lagu terbaik sepanjang tahun 2009.

Ketiadaan tiga kategori lazim iaitu Pop Rock, Balada dan Etnik Kreatif & Irama Malaysia dalam AJL24, bagaimanapun dilihat tidak mencalar kelancaran anugerah tahunan ini. Malah, AJL24 dilihat cukup berbeza dan seiring dengan perubahan arus dan selera muzik semasa.

Istimewanya AJL24, malam keramat untuk penggiat seni muzik tempatan ini bakal menyaksikan persaingan bukan sahaja lagu baru dan segar, malah turut didominasi penyanyi dan pemuzik generasi muda. Nescaya, ia pasti memberi kelainan pada peminat dan pemerhati muzik seluruhnya.

Yuna diramal sebagai cukup berpotensi untuk merangkul AJL24 dengan lagunya, Dan Sebenarnya

Tidak cukup dengan nafas baru pada kapasiti lagu yang dipertandingkan, TV3 selaku penganjur dan penerbit turut menjanjikan kelainan pada konsep persembahan dan pementasan anugerah kali ini.

Bayangkan kelainan yang ingin ditampilkan pihak penerbitan apabila sanggup berhabis sehingga RM2 juta untuk menerbitkan satu malam yang penuh ajaib khusus untuk meraikan industri muzik yang agak 'nazak' ini.

Apa pun, nantikan saja keunikan pentas canggih yang digerakkan secara hidraulik yang bakal mementaskan kesemua peserta yang berentap malam Ahad ini.

Lagu Cinta Adam & Hawa karya 'otai' AJL, Azmeer dan Allahyarham Loloq nyanyian Misha Omar bersifat unik dan tersendiri. Menerusi melodi indah dan bait-bait lirik yang puitis, lagu tersebut berpotensi untuk berjaya.

Misha adalah penyanyi paling berpengalaman dalam saingan AJL kali ini.

Sementelah, Misha Omar dilihat cukup berpengalaman dengan pentas Juara Lagu. Harus diingat, Misha sudah beberapa kali memahat namanya di dalam arkib AJL.

Lagu Bencinta juga punya kekuatan tersendiri. Alunan muzik dan lirik segar hasil kolaborasi Audi Mok dan Faizal Tahir mungkin menjanjikan saingan sengit di malam kemuncak, Ahad ini.

Mengimbas kembali kejayaan Faizal di AJL23, tahun lalu, penyanyi berbakat besar ini telah membuktikan kehebatannya apabila dinobat sebagai Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi Sampai Syurga.

Menyedari konsistensi Faizal, tidak mustahil penyanyi kelahiran program realiti One In A Million itu bakal menggegarkan Stadium Putra, Bukit Jalil.

Estranged bukan sahaja berbakat, malah kumpulan anak muda ini juga pernah mencetus revolusi apabila diangkat sebagai kumpulan indie pertama yang menjuarai AJL22

Aurora, karya kumpulan Estranged juga tidak boleh diperlekehkan. Menyedari pengalaman dan rekod kumpulan itu di pentas AJL22 apabila lagu Itu Kamu diangkat sebagai pilihan menjuarai kategori Pop Rock dan Juara Lagu sekaligus, tidak mustahil Estraged akan mengulangi kejayaan yang sama, kali ini.

Ekoran kebangkitan muzik indie cetusan pengkarya generasi muda beberapa tahun kebelakangan ini, perhatian lebih tertumpu kepada penampilan Yuna dengan lagu keramatnya, Dan Sebenarnya yang cukup memberi impak kepada industri muzik.

Jika persembahan serba ringkas dan vokal bersahaja Yuna di pentas separuh akhir sebelum ini dijadikan kayu ukur, adalah tidak mustahil untuk graduan Undang-Undang itu dinobat sebagai juara tahun ini.

Bagaimana pula dengan nasib himpunan graduan Akademi Fantasia seperti Aizat, Stacy, Hafiz dan Akim menerusi pertaruhan lagu masing-masing? Masih Jelas yang bakal disampaikan oleh Hafiz adalah karya Aidit Alfian dan Ad Samad yang sudah biasa dengan gelanggang AJL.

Mungkinkah Aizat akan tampilkan kejutan menerusi Kau Aku dan Pergi

Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aizat juga tidak boleh diketepikan. Aizat pernah melangkah ke pentas AJL23 menerusi Lagu Kita. Untuk tahun kedua penyertaannya, Aizat yang bakal tampil dengan lagu ciptaan sendiri Kau Aku dan Pergi adalah satu tarikan yang mungkin mengejutkan pentas akhir.

Siapa tahu jika lagu-lagu seperti Rindu Terhenti (Tomok), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Aku Skandal (Hujan) dan Situasi (Bunkface) akan beri kejutan malam esok.

Menebak kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik pula, kedua-dua kategori ini pernah diungguli peserta berpengalaman seperti Misha Omar dan Faizal Tahir sebelum ini.

Adakah Faizal mampu mengulangi kejayaan bergandanya di AJL23 yang lalu menerusi Bencinta kali ini?

Misha umpamanya, menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta (AJL18) dan Pulangkan (AJL19) pernah dipilih sebagai Vokal Terbaik untuk dua tahun berturut-turut pada AJL18 dan AJL19.

Faizal juga pernah memenangi dua kategori itu di AJL23, tahun lalu. Mungkinkah Misha atau Faizal akan mengulangi kejayaan tersebut, atau mungkin peluang akan terbuka kepada pesaing lain? Semuanya akan terjawab berdasarkan persembahan dan vokal 13 peserta menerusi 14 lagu mereka esok.

Seperti edisi lalu, AJL24 juga bakal dikemudi oleh gandingan tiga pengacara, Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar. Malam kemuncak AJL24 nanti turut menggunakan orkestra yang membabitkan 40 pemuzik di bawah pimpinan Ramli MS.

Seperti tahun lalu, Faizal Ismail (kiri) dan Cheryl Samad (kanan) bakal bergandingan bersama Ally Iskandar selaku pengacara AJL24

Untuk edisi kali ini, pemenang AJL24 akan ditentukan mengikut kedudukan, iaitu Juara menerima wang tunai RM35,000, Naib Juara RM15,000 dan tempat ketiga RM12,000. Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000.

Berikut adalah senarai lagu dan artis yang bakal bersaing di pentas AJL24 mengikut giliran persembahan:

1. Aurora (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Estranged)

2. Tak Mungkin Kerna Sayang (Komposer: Ajai/ Penulis Lirik: Habsah Hassan/ Penyanyi: Alyah)

3. Cinta Adam & Hawa (Komposer: Azmeer/ Penulis Lirik: Loloq/ Penyanyi: Misha Omar)

4. Masih Jelas (Komposer: Aidit Alfian/ Penulis Lirik: Ad Samad/ Penyanyi: Hafiz)

5. Situasi (Komposer/ Penulis Lirik: Sam/ Penyanyi: Bunkface)

6. Pakai Buang (Komposer/ Penulis Lirik: Edry/ Penyanyi: Stacy)

7. Pergi (Komposer/ Penulis Lirik: Pete Teo/ Penyanyi: Aizat)

8. Aku Skandal (Komposer/ Penulis Lirik: Noh/ Penyanyi: Hujan)

9. Bencinta (Komposer: Audi Mok/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Faizal Tahir)

10. Aku Rindu Sayang Kamu (Komposer/ Penulis Lirik: Yuzai/ Penyanyi: Black)

11. Bengang (Komposer: Amir/ Penulis Lirik: Sheikh Qalam/ Penyanyi: Akim)

12. Dan Sebenarnya (Komposer/ Penulis Lirik: Yuna, Paan, Efry, Adil/ Penyanyi: Yuna)

13. Kau Aku (Komposer/ Penulis Lirik/ Penyanyi: Aizat)

14. Rindu Terhenti (Komposer: Aubrey Suwito/ Penulis Lirik: Tinta/ Penyanyi: Tomok)


Sumber: KOSMO Online

Baby Ajaib


Haha..
Korg tgk la gelagat anak sedara ak sowg nie...
Ade cam aksi2 ahli gimnastik x...
Memang ligat tol la bdk nie..
Ni baru 4 bulan...
Kalu 4 tahun xtau la..
Tapi sonok je bila ade budak nie..
Bab kata orang penyeri rumah..
Tapi lps nie,lame la dah x jmpa die..
Sebab die nk kena anta kat mak die die Sarawak..
Balik nanti msti dah besar..
Pepun selamat pergi n balik NIK FAYRUZ ARMAN...

Pelik Tapi Benar Di Malaysia


1- Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga Rm7,000 ke Rm8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yg bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan Rm1,250 sebulan.

2- Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong,tetapi sanggup pula bertekak sampai sejam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

3- Pelanggan ditengking semasa berurusan dgn jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4- Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku,tapi masih ramai yg ketempat kerja dgn pakaian seksi(baju tanpa lengan,bertudung tapi pakaian ketat dan skirt pendek nampak peha)

5- Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah diputuskan oleh Hakim yang bukan beragama Islam Lau Bee lan

Sampaikan........

Sekadar menyampaikan. ……

Pesanan terbaik dari seorang rakan….

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau ‘pegang’ betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan ‘menjaga’ bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,
Surah Al-Ikhlas . Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah
Al-Kafirun , kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar
‘untukmu agamamu, untukku agamaku’ .
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik..

Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya
.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..

Iqra’…..!

Take a break……. .meditate. ..3 minutes & calm your mind…
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); ” (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. ‘Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”.

Setelah baca , kongsikan artikel ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.

Wassalam .

Monday, January 4, 2010

Hujan + Banjir + Sekolah

Emm....
Bestnya kalau tido hjn2 nie...
Dah dua ari hjn kat KB nie..
So secara otomatiknya la keje2 kat site xdapat dijalankan..
So keje ak ape lg...
Balik umah sewa tido...
Esok xtau la plak cmne...

Oleh kerana hujan yang x henti2..
Terutama di hulu kelantan...
Ak tgk air dah mula naik..
Adakah akan terjadi banjir gelombang kelima???
Kita tunggu dan lihat...

Ops lupa lak...
Kepada budak2 sekolah..
Selamat kembali ke sekolah..
Belajar pandai2 ek...
Bia jadi cam 'abang' nie...
Haha...

Friday, January 1, 2010

Luasnya Neraka

LUASNYA NERAKA

Assalam Mu’alaikum Wbrth!!! Sahabat semua…bacalah sampai habis.. sekejap jer.. tak sampai 5 minit..pun!!! Kalau yang pernah terbaca artikel ini – refresh sahaja.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH……AMIN…..

.: Luasnya Neraka :.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’

Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.’

Lalu nabi s.a.w. bersabda: ‘Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.’

Jawabnya: ‘Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.’

Nabi s.a.w. bertanya: ‘Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?’

Jawabnya: ‘Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.’ (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: ‘Siapakah penduduk masing-masing pintu?’
Jawab Jibrail:
‘Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa’eir.’

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: ‘Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?’

Jawabnya: ‘Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.’

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: ‘Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?’

Jawabnya: ‘Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.’

Kemudian nabi s.a..w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab ‘Peringatan Bagi Yg Lalai’)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua……Wallahua’lam.


From:Isuhangat.net


*Sama-samalah Kita Berpesan*

Goodbye 2009, Welcome 2010


Tahun 2009 dh pergi meninggalkn kita semua..
Sekarang tiba lah untuk tahun baru bg kita semua..
Namunpernahkh korg terfikir..
Pe makna tahun baru nie...
Bagi ak la,tahun baru adalah cuti umum..
So cuti jela..
Hahaha...

Tapi adakah impian korg pada tahun 2009 semuanya tercapai..
Bagi ak sndiri,bnyak lagi yg ak lom capai..
So ak hrp thun ni dapat la ak capai...
Sbb tu azam ak tahun nie nak capai impian ak thun 2009..
Leh x azam cmtu???

Pepun harapnya tahun baru ini...
Memberi satu dimensi baru dlm kehidupan kita semua...

HAPPY NEW YEAR 2010