Saturday, December 19, 2009

Teka Teki Tekuk

Bosannya ai nie..xtau nak wat pe...nak tgk tv,cte x best2 lak yg tayang..so tuk ilangkan bosan nie pe kata kita main teka teki...sape leh jawab mmg die tu sorg yg hebat...orait..kite mulakan sekarang...


Soalan 1: Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Soalan 2:
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 3:
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Soalan 4:
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang?

Soalan 5:
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan 6:
Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan marah-marah?

Soalan 7:
Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi tinggi?

Soalan 8:
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?

Soalan 9:
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Soalan 10:
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Ha.....cukuplah dulu 10 soalan...harap korg leh jawab ek...

Tekan Ctrl A utk tau jwpan...haha

J1: Penguin

J2: Telur

J3: Aku berjalan secara mengundur

J4: Kebawah...mane leh kepala lembu berpusing

J5: Jatuh pokok naik dulu baru jatuh manakala jatuh perigi jatuh dulu baru naik

J6: Orang naik beca semasa hujan

J7: Seluar panjang

J8: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh

J9: Kutu..sebab ia berada dia atas kepala manusia

J10: Ikan Belukang kerana Blue perkataan inggeris manakala Kang perkataan Jawa

No comments:

Post a Comment