Saturday, August 15, 2009

Solat Hajat

Petang tadi berlangsung nye solat hajat di rumah untuk bagi selamat tah n anak yg dikandungnye itu juga..Program berlangsung lepas solat jumaat dan dihadiri lebih 30 orang tetamu yakni dari pihak masjid n juga waris warah..semoga selamat semuanya nnti..adios



Ruang solat

Ayah Jik sedang memanggang ayam golek

Ruang makan

Lakaran Bandar Kota Bharu


Peta lakaran bandar kota bharu sekarang..
Maaf la lukisan x berape lawa..
Kl nak nmpaklbh jelas tekan je kat pic tu..
xpn save gmbr tu n tgk la kat ne2..
tentu nmpak lbh jelas ckit

Permatang Pasir: Salleh lwn Rohaizat

PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos. Petang ini, BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Calon bebas

Sebelum ini, seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk mencuba nasib sekali lagi bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pasir.

Kamarul sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti tetap gagal.

Berikutan itu, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan calon bebas.

Thursday, August 13, 2009

Pening-Pening

Pening-pening..Cmne x pening..
Jalan bandar kota bharu dah tol2 berubah...
Dari 2 hala skrg nie menjadi sehala...
Xtau la bgs ke x tindakan wat jalan sehala nie..
Mgkn sbb Kota Bharu Trade Centre nak buka kot sbb tu jalan hbis berubah.
Kepada perantau2 yg akan balik raya nie nanti..
Bersedia la tuk peningkan kepala anda..
Jangan anda sesat dalm bandar sudah..
Hehe..

Adios

Tuesday, August 11, 2009

DOAKU...

Bismillah Yaa Rahman Yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa Halim Bismillah
Yaa Allah Yaa Mannanu Yaa Karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa Mannanu Yaa Karim Yaa Allah
Bismillah
Bismillah
Bismillah..

Yaa Rob'bi sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari, mendaki dan berduri

Yaa Rob'bi dengarlah do'aku Yaa Rob'bi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Cubaan, ujian kulalui
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim

Yaa Rob'bi sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari, mendaki dan berduri

Yaa Rob'bi dengarlah do'aku Yaa Rob'bi
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Cubaan, ujian kulalui
Yaa Allah Yaa Rahman Yaa Rahim

Alahai Menantuku

Pak Kasim seorang yang tamak harta. Dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yangg kaya raya sahaja. Suatu hari datang la Seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak Kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.

Setelah 3 hari berkahwin. Seman masih duk kat umah mentuanya. Setelah azan maghrib berkumandang.Pak Kasim mengajak Seman utk solat maghrib berjamaah. Seman gelabah. Sebelum ini dia tak pernah solat. lalu Seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang. camner ni. abg tak penah solat ni" "takpe bang. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.

Seman pun keluar untuk solat bersama Pak Kasim. setelah Pak Kasim takbir. Seman ikut takbir.. lalu Pak Kasim membaca surah alfatihah. "bismillahirrahmanirrahim.." Seman pun turut membaca bismillah dengan lantang.. "bismillahirrahmanirrahim.." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat. getus hati Pak Kasim. Pak Kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. Seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

Pak Kasim pelik. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat Seman. Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" Pak Kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari Seman. Seman turut berjalan ke depan mengikut langkah Pak Kasim. Pak Kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya.

Seman terus berlari mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman. "Sema.... apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "Ayah... susah ye nak solat maghrib ni, baru saya tau, sampai kena berlari."

Monday, August 10, 2009

Tawaran Ramadhan


cepat2 sebelum tamat tempoh...
ambil kesempatan yang ade ini kerana tahun hadapan kita belum tentu lagi dapat menikmatinya lagi..

adios...

Saturday, August 8, 2009

Kereta RM10??

Hari tu memang ceria untuk Ajoi. Beliau sudah cukup duit untuk membeli kereta baru. Baru untuk dia, sebab dia adalah pemilik yang baru, walaupun kereta tu dah dijual oleh penjual kereta terpakai. Dalam perjalanan ke kedai kereta terpakai, dia singgah sekejap ke Pasar Tani untuk membeli sedikit minuman. Terpandang olehnya seorang peminta sedekah yang cacat anggotanya. Dihulurnya RM10 sebagai sedekah.

Hampir sampai ke kedai kereta terpakai itu, dia mengira semula duit yang ada. Ahhhh... tak cukup RM10 dari harga yang dipersetujui semalam dengan tauke kereta terpakai itu. Tanpa berfikir panjang beliau berpatah balik ke Pasar Tani dan berjumpa kembali peminta sedekah.

Ajoi: Encik... saya minta maaf. Saya macam buruk siku je... rasa segan nak cakap
Peminta Sedekah: Kenapa nak?
Ajoi: tadi saya sedekahkan pakcik RM10. Saya nak minta duit tu balik
Peminta Sedekah: Kenapa nak minta balik?
Ajoi: Saya tak cukup RM10 nak beli kereta
Peminta Sedekah: Kereta apa anak nak beli?
Ajoi: Proton je pakcik
Peminta Sedekah: Oooo... kalu macam tu ambik la balik duit RM10 kamu. Ni duit RM20
Ajoi: Kenapa pakcik bagi RM20 lak. Duit saya cuma tak cukup RM10 je...
Peminta Sedekah: Lagi RM10 tu anak belikan pakcik lagi sebijik la Proton tu.... nak juga pakcik pakai kereta Proton

4 peringkat dosa

Dosa Peringkat Pertama

Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua.

Dosa Peringkat Kedua

Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang.

Dosa Peringkat Ketiga

Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya.
Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat.

Dosa Peringkat Keempat

Seseorang itu akan membuat dosa, bangga dengan perbuatannya dan mula MEMANDANG HINA ATAS KEBAIKAN ATAU KEBAJIKAN. Pada peringkat ini orang tersebut mula mencabar Al-Quran, Hadis & Sunnah kerana sifat sombong, bongkak dan riak sudah sepenuhnya menguasai diri.

Oleh itu, hendaklah kita sentiasa berkira-kira tentang perbuatan kita setiap hari dan cepat-cepat bertaubat atas kesilapan atau perbuatan kita yang berdosa dan masuklah kita di kalangan orang-orang yang bertaqwa disisi Allah.

Seseorang sahabat pernah bertanya kepada Rasullullah, "Wahai Rasulullah akan adakah orang yang menyeru kearah kejahatan dan dosa setelah datangnya islam yang lengkap ini." Rasullullah menjawab," Ia, memang akan ada pendakwah neraka di akhir zaman setelah datang islam yang lengkap." Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku
bertemu zaman itu dan pendakwah neraka tersebut". Rasulullah menjawab,"Hendaklah kamu cari ulama-ulama benar (ulama pewaris nabi) dan berpeganglah kamu kepadanya dan jangan sekali kali kamu lepas darinya."

"Wahai orang-orang yang beriman!Jika datang kepada kamu sesuatu berita,maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu lakukan." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

Thursday, August 6, 2009

Perkara-Perkara Pelik Yg Berlaku Di Malaysia

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia:

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga RM 7,000 ke RM 8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.

2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong tetapi sanggup pula bertekak sampai berjam-jam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan di tengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai anak gadis dan remaja ke tempat kerja dan tempat awam dengan pakaian yang xcukup kain.

5. FAM sibuk mencari punca terjadinya pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.

credit to cina islam